Skip to main content

When i sad,i will....




Bila saya sedih,saya akan.... ( ini cara saya..bergantung pada sebab apa saya sedih..)

Bila saya sedih,sah-sah saya akan menangis.Ada ke orang yang sedih akan ketawa mengilai-ngilai,tak ada kan.Saya menangis semahunya,tapi tak lama,tak larat nak sedih lama-lama,buang masa,masalah bukan selesai pun.Tapi tak dinafikan dengan menangis saya akan merasa sedikit lega.

Bila saya sedih, saya suka duduk sorang-sorang.Boleh layan perasaan kejap...hahaa

Bila saya sedih,saya suka tengok kartun,kartun Mr Bean...ala-ala lawak bodoh gitu...hihii

Bila saya sedih,saya suka sibukkan diri...tak kira la mengemas rumah ke, memasak ke,membasuh ke...jadi saya tak ada masa layan perasaan sedih sangat.

Bila saya sedih,saya suka mengadu...mengadu pada yang sudi mendengar keluh kesah tentang kesedihan saya..siapa???..tiada siapa siapa,tapi pada Yang Maha Mendengar Maha Mengasihi...Allah swt. Saya akan luahkan segala-galanya...kemudian baru hilang kesedihan saya tu..kerana saya tahu ada Allah bersam saya setiap ketika.

Bila saya sedih saya suka berjalan-jalan,duduk tepi sungai atau pantai...boleh layan perasaan sambil hirup udara segar.Boleh hilang rasa sedih tu.

Bila saya sedih...saya cepat-cepat fikir positif semula..bak kata 'ada hikmah atas setiap apa yang berlaku'..

Tengok la atas sebab apa saya rasa sedih...kadang-kadang tak ada sebab pun,perasaan sedih boleh juga datang bertamu.

Tak perlu nak sedih sangat dan nak sedih lama-lama....hidup perlu diteruskan. Keep moving!



Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Benarkah Shaklee ni bisnes MLM yang menipu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share satu video mengenai MLM Shaklee dengan anda semua. Tapi sebelum tu nak juga bagitahu yang saya juga pernah terjebak dengan beberapa syarikat MLM yang lain. Saya pernah mendaftar sebagai ahli untuk beberapa buah syarikat lain. Syarikat apa? Biarlah rahsia...hihii. Tapi setakat ahli sahaja sebab selepas mendaftar ahli, saya akan di bawa ke syarikat mereka untuk dibagitahu "step" seterusnya untuk cepat naik pangkat. Wah time ni seronok tau sebab katanya cepat dapat naik pangkat dan income sangat lebat. Tapi tapi tapi bila dah tahu "step" yang seterusnya tu, saya terkedu. Mana tak, saya disuruh buat pinjaman dengan bank dengan sekian sekian amaun untuk beli pangkat iaitu beli stok banyak-banyak. Ya ampunnnn, saya mana boleh buat pinjaman bank sebab saya surirumah je. Kata mereka suruh jer suami yang buat...aduhhhh. Memang tak la suami nak terlibat. So harapan nak cari income lebih habis kat situ j...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...