Skip to main content

Posts

Showing posts with the label resepi kek

Resepi Kek Coklat Moist Kukus semudah ABC

Saya nak share resepi kek coklat moist kukus semudah ABC sahaja. Kek yang saya buatkan untuk Yaya bawa ke majlis sambutan Hari Guru di tadika dia khamis lepas. Resepi yang amat mudah dan rasa yang sangat sedap. Saya sudah berpuluh kali mot guna resepi ni. Terbaik! KEK COKLAT KUKUS BADARIAH ( sumber : Puan Badariah Ibrahim @ ResepiNet ) BAHANNYA : Bahan A      2 cwn tepung gandum     1 cwn serbuk koko     1 sudu teh baking powder     1 sudu teh soda bikarbonat      Bahan B     2 biji telur (Gred A)     1 cwn gula pasir     1 cwn susu pekat manis     1 cwn minyak masak Bahan C     1 cwn air panas CARANYA :   Satu bahan B dalam satu bekas dan pukul sehingga sebati   ( saya guna pakai mixer ) Ayak bahan A. Masukkan ke bahan C, kacau sebati lagi   Last sekali m...

Resepi kek Gula Hangus semudah ABC

Kek gula hangus atau kek sarang semut sangat diminati ramai. Sangat mudah untuk membuatnya, semudah abc ajer dan bahan-bahan pun tak banyak. Sangat sedap untuk dinikmati diwaktu petang atau bila-bila masa di mana-mana sahaja. Tak jemu dan tak muak bila dimakan. Walaupun saya kata semudah abc, ada juga yang yang mencuba buat kek sarang semut ni dan  tak berjaya mendapatkan sarang yang cantik. Tak tahu mana silapnya,tapi diharapkan anda tak berputus asa untuk mencuba lagi dan ikut seperti resepi, yang penting jangan menderhaka...hihiii Kek ini mempunyai raya yang kenyal, warna yang agak gelap dan mestilah bersarang..macam sarang semut..hihiii. Kata orang, kalau kejadiannya gebu macam kek sponge, maka tak menjadilah kek gula hangus ni. Ianya harus kenyal. Banyak tips dan teknik nak buat kek ni yang dikongsikan oleh otai-otai kita,anda boleh google sendiri la ya. Ada yang kukus juga kek ni. Ada yang tak pukul telur sampai kembang, masih juga mendapat hasil yang tip top. Say...

Resepi kek coklat istimewa untuk anda yang sukakan coklat!

Tengok pun dah meleleh air liur...hahahaa Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni saya nak kongsikan satu resepi kek coklat yang sangat sedap,moist dan walaweiii, istimewa untuk anda semua pencinta kek coklat dan saya yakin pengemar coklat mesti suka kek ni. Saya selalu guna resepi ni kalau nak buat kek coklat.Bahannya amat simple dan cara membuatnya amatlah senang.Rasa jangan cakap la,memang terbaik! KEK COKLAT MOIST Bahan-bahan: - 2cwn tepung gandum - 1sdt baking powder - 1sdt soda bikarbonat (satukan dan ayak bahan diatas) - 1cwn serbuk koko - 1cwn gula perang - 1cwn susu pekat - 1 3/4 cwn ssu cair - 1cwn minyak masak ( masak sume bahan atas api slow hingga semuanya sebati dan larut.Tak perlu sampai mendidih) - 2 biji telur gred A - 1sdt esen vanila Cara cara: - pukul telur dengan whisk hingga berbuih (x perlu guna mixer)..masukkan esen vanila. - masukkan bahan yang dimasak...kacau sebati - masukkan tepung ya...

Resepi Congo Bars

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Congo Bars Nak share dengan anda semua resepi Congo Bars yang sedap dan senang dibuat ni.Gerenti menjilat jari..hahaha.Serius sedap dan senang sangat nak buatnya.Resepi saya copy dari dapur  kak Ita  ,terima kasih kak Ita.Saya panjangkan resepi ni kat blog saya pula. Congo Bars Congo Bars Bahan-bahan: 315 gm tepung gandum 2 1/2 sudu kecil baking powder 1/2 sudu kecil garam 150 gm butter 320 gm gula perang - boleh kurangkan 3 biji telur 1 sudu kecil esen vanila 250 gm chocolate chips 1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional Kepingan badam untuk taburan - optional Cara-cara: Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati. Masukkan esen vanila. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukka...

Kek Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kek Marble cheese brownies Kek ni antara kek yang telah berkali-kali saya buat.Sedap yang amat,pengemar kek coklat dan cheese mesti cuba kek ni.Saya suka makan sejuk2 yang baru dikeluarkan daripada peti sejuk...nyumnyummm Saya copy paste aje resepi ya...resepi ni saya save kat file,kadang2 lupa nak save dari dapur siapa...huhuuu,maafkan saya...apa2 pun jutaan terima kasih kepada yang memanjangkan resepi ni sehinggalah sampai ke dapur saya pula. Resepi Marble cheese Brownies Bahan2 Brownies : 250 g mentega 1 cawan serbuk koko 1/2 cawan susu cair 1 1/2 cawan gula halus 3 biji telur gred B 1 1/2 cawan tepung gandum* 1 camca teh baking powder* 1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak) 1 camca teh esen vanilla Bahan2 cheese : 250 g cream cheese 1 cawan gula halus (blh juga kalau nak guna 3/4 cawan) 1 biji telur gred B Cara2 membuatnya :- Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan...

Resepi kek Snowy Cheese

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share resepi Snowy cheese yang mabeles ni. Antara kek yang femes di alam maya sejak dulu hingga ke hari ini,ramai peminat ni. Kek snowy cheese ni kerap kali juga ditempah oleh kawan-kawan saya sekitar Bintulu ni. kek snowy cheese Kek Snowy Cheese Anniversary Pn Norul...salah eja nama kat kek tu sebenarnya...huhuu   kaya dengan parutan cheese...mabelesss Ok layan resepi k. Kek Snowy Cheese Sumber: kakzai teratak impian Dicuba oleh:zai @zaizamrich vitashop BAHAN2 UTK KEK: 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya) 100 gram gula halus 100 gram tepung hong kong 60 gram tepung jagung 50 gram air sejuk (dr peti ais) 1 sudu teh baking powder 2 sudu makan ovelet 75 gram mentega (dicairkan) UNTUK KRIM 1 kotak cream cheese philadelphia 1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2. UTK TOPPING 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) Cara-cara: 1. ...