Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Personal

Zaman Kanak-kanak Adalah Masa Paling Seronok

Bila mengimbau kenangan zaman kanak-kanak, tentunya yang paling seronok adalah zaman bermain. Antara yang paling kak zai ingat adalah zaman bermain bola selipar, batu seremban, lompat getah dan macam-macam lagi. Main lompat getah..boleh terbang gitu..hihi Bola selipar...lejeng Paling syok kat sekolah pun boleh main. Masa rehat tak rasa sangat nak makan, tapi lebih seronok nak bermain...hahaha Permainan paling femes Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling seronok. Ingat nak main jer...langsung takde masalah.

Bercuti Sambil Belajar Dan Mengenali Alam Sekitar

Cuti sekolah adalah masa yang paling sesuai nak bawa anak-anak berjalan. Timba pengalaman baru dan belajar mengenali alam sekitar dengan lebih dekat.  Kami cuti sekolah kali ni tak ke mana-mana, lepak kat rumah jer sebab abahnya tak dapat cuti. Perancangan untuk cuti terpaksa ditunda kepada cuti sekolah akan datang. Ikut perancangan nak bawa keluarga ke Kuching nak tengok orang utan kat Semenggoh. Last pergi masa haziq umur setahun kot. Bila bagitahu nak pergi tengok orang utan, Yaya paling excited sebab belum pernah tengok. Inshaallah jika diizinkan akan sampai ke sana nanti. Kami suka ke tempat-tempat macam ni berbanding masuk bandar. Suasana yang tenang dan mendamaikan. Bercuti sambil belajar mengenali alam sekitar dan cintai alam sekitar.

Perubahan Setelah Terjebak Dengan Dunia Shaklee

Banyak sangat perubahan yang kak zai alami setelah terjebak dengan dunia shaklee ni. Perubahan dari segi kesihatan, pengurusan masa, perhubungan dengan Allah dan sesama manusia. Sejak join shaklee jugaklah akak dah berani nak ada impian atau kata orang berani untuk dream big! Alhamdulillah akak zai jumpa dengan orang yang betul dan kumpulan yang memang sangat-sangat awesome. Rezeki la kan...ada sesentengah orang terjoin dengan orang yang tak boleh bawa dia ke level seterusnya...lagi sedih ditinggalkan sendirian terkapai-kapai. Dalam group kak zai ni memang selalu kami saling ingat mengingati sesama kami. Bisnes bisnes juga tetapi hubungan dengan Allah paling diutamakan. kalau sebelum join shaklee jarang2 buat solat sunat seperti solat tahajud dan dhuha, sekarang alhamdulillah dah merasa betapa manisnya dhuha dan tahajud. Syukur sangat Allah lorongkan kak Zai ke dunia shaklee ni. Banyak perubahan positif akak dah alami. korang bila lagi? Kalau nak rasai apa yang kak zai dah alami ni bol...

Hobi Masa Terluang Suka Tengok Orang Make up

Hobi masa terluang suka tengok video orang makeup. Sekarag banyak yang buat live video kat fb, sesekali layan juga. Cuci mata katanya...hihiii Jom layan video ni. Hobi akak zai masa terluang sekarang ni suka tengok orang buat make up. Ralit wei bila dah mula tengok. Akak tak pandai make up, tapi suka tengok dorang main conteng-conteng ni Orang yang kulit tak cantik pun boleh jadi sangat cantik bila dah make up ni. Pandai betul dorang ni. Bahaya hobi ni, boleh melekat kat skrin sehingga berjam-jam tau...hahahaa. sesekali layan ok jer, boleh release stres juga. Tengok benda-benda cantik ni, boleh bagi ilham jugak. Enjoy!!

Built To Last Buat Sampai Jadi

Betul la kata orang kalau buat sesuatu kerana fokus pada keuntungan semata-mata kita akan mudah jadi rapuh dan patah semangat. Akan selalu beralih arah bila mana arah kita lalui sekarang penuh onak dan duri. Jangan mudah menyerah, built to last atau buat sampai jadi. Sama juga la kalau dah pilih nak buat bisnes Shaklee ni pada mulanya kerana nak untung semata, lama kelamaan korang akan hilang dari radar bila mana tiba pada fasa statik. Korang akan rasa give up dan mula mencari bisnes baru...korang lompat lompat lompat dan lompat. Bila nak berhenti melompat pun tak tau la...tak penat ke? Akak Zai suka buat bisnes Shaklee ni, selain memang nak jana pendapatan pada mulanya. Tetapi setelah mengenali secara mendalam produk keluaran Shaklee ni, akak zai jadi jatuh cinta padanya. Produk Shaklee ni lain dari produk2 yang ada di pasaran tau. Rasa berdosa bila akak tak share kebaikan dan kelebihan produk Shaklee ni.  Produk Shaklee ni dah lengkap dengan kajian ujian mengenai keselamatan dan ...

Jom Buat Bisnes Dari Rumah

Tengah intai peluang bisnes yang tak perlu korang keluar dari rumah selalu dan tidak menganggu kerja hakiki korang? Jom sertai kak Zai buat bisnes dari rumah jer. Kak Zai buat online 100% tau. Ini ada kak Zai nak share dengan korang peluang jana pendapatan dari rumah. Akak dah masuk tahun ke 3 aktif dengan bisnes ni. Modal serendah rm 68.90 sahaja, tidak perlu simpan stok bawah katil, tidak perlu keluar meeting malam2, siapa dan apa pun pekerjaan korang memang tidak akan menggangu langsung. Akak zai bermula dengan tiada ilmu langsung mengenai bisnes, alhamdulillah dengan support group yang ada sehingga kini, akak banyak belajar dan sangat2 mudah sebenarnya. Jika korang mahu jangan segan2 hubungi akak dan katakan yang korang memang serius mahu menjana pendapatan. Korang akak diajar dari A to Z...semuanya ditangan korang.  Jom bersama2 team kak zai...siap yang mahu dan bertindak dia yang untung...mahu tapi malu tidak ke mana. Kak zai tidak menjanjikan hasil bulan dan bintang tetapi ...

Kesan Ketara Setelah Amalkan Vitamin Shaklee

Sejak mengenali Shaklee pada tahun 2014, akak dan keluarga telah menjadi pengguna yang setia sehingga ke hari ini. Banyak kesan ketara setelah amalkan vitamin shaklee ni tau, antaranya kesan pada suami akak sendiri. Suami akak..tengok kesan parut ni memang takut sangat.. kesian usah cakapla Suami akak telah diserang dengan demam chicken pox yang sangat teruk pada bulan 10 tahun 2015. Akibat chicken pox tersebut seluruh badan suami berparut hitam. Faham aje la macam mana perasaannya bila seluruh badan dah berparut, lebih-lebih lagi kat muka. Suami akak ni seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Mahu atau tidak dah habis cuti terpaksa juga lagi turun kerja, mengajar, meeting dan pergi berkursus sana sini.  Menang No 1 uols..hihih Hanya dia aje tahu bagaimana perasaannya, malu dan merasa sangat rendah diri, apakan daya sebab kerja kena juga laluinya. Macam-macam krim dia cuba, pantang ada yang cadangkan dia akan cuba. tapi selepas 3 hari...

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Zaman muda remaja zaman belajar dulu kak Zai ada masuk PALAPES tau..hihii Tak tau la macam mana boleh terjebak ke dunia PALAPES tu, saja suka suki isi borang dan pergi ujian fizikal kat Kolej 7..lepas  uols. Akak pernah panjat tembok macam ni..ingat memang tak epas, tapi ramai2 tolong..lepas (pic gugel) Sayangnya gambar banyak dah takde. Maklum la zaman kak Zai ni zaman kodak, kalau ada gambar pun semua dah kabur...hihihi Seronok jugak walau kak Zai tak habiskan sampai tauliah, sempat habis masa Junior je. Sempat merasa pengalaman yang sangat2 best. Pengalaman berkawad, meredah kubur cina masa aktiviti compas matching, jatuh tergolek kat kubur cina...haiii pengalaman sungguh. Pernah merasa menjadi top 10 penembak terbaik, kak Zai sorang jer wanita dalam 10 orang tu tau..hahaha. Sungguh tak sangka, pengalaman indah semua tu. Paling seronok kawan-kawan dalam PALAPES memang sangat rapat, tak kira la dari Junior, Intermediate atau Senior, semua boleh jadi kawan. ...

Laksa Kuah Merah resepi Dari Ganu Sedap

Siapa suka makan laksa kita geng. Kak Zai memang suka laksa, tak kisah la laksa apa pun, kalau ada depan mata semua kak zai ngap. Paling suka laksa kuah masak dan kuah putih dari Terengganu (dah nama pun asal ganu kan..hehehe). Tapi laksa Sarawak dan laksa penang pun akan hantu jugak ok. Sedap wei, kalau seharian makan laksa saja pun akak zai tak kisah. Kata orang makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap, kan sia-sia makan penampo..hehehe Layan gambar dari pakcik gugel..thanks pada empunyer pic.  Laksa penang Laksa Sarawak pun sedap Laksam memang peberet Ok la dah alang-alang cerita pasal laksa akak zai share la satu resepi laksa kuah masak atau kuah merah dari Ganu. Resepi ni akak cedok dari blog MamaSya yang pakar tu...terima kasih mamasya sebab share resepi best ni. Mama Sya izinkan saya pula share ya…lagipun untuk rujukan saya sendiri juga nanti senang kalau nak buat laksa kuah masok ni klik je blog sendiri…hihuhihu.   La...

Impian Untuk Cycle Baru 2017

Bercerita mengenai cita-cita atau impian sangatlah seronok. Sapa tak seronok kalau bab berangan kan...hehee. Tapi angan-angan tanpa usaha hanyalah tinggal angan-angan. Kak Zai nak sangat join trip umrah Shaklee yang dikatakan sangat best oleh kawan-kawan sid yang telah join. Jadinya untuk cycle ni kak zai target atau impian kak zai adalah untuk dapatkan tiket umrah percuma dari shaklee Untuk 2 orang. Menjadi impian Kak Zai juga nak besarkan lagi group kak Zai dan nak bantu lebih ramai orang dapat kesihatan yang lebih baik disamping untuk menjana pendapatan juga. Ok la nak juga ceritakan pengalaman pahit manis sepanjang cycle 2016/17 yang bakal berakhir bulan ni. Cycle baru 2017/18 bakal muncul, namun segala apa yang dah dilalui sepanjang cycle 2016/17 amat bermakna.  Walau target belum tercapai, namun usaha dan doa tidak pernah putus. Biasa la ada kala perasaan akan up and down, namun kerana niat yang satu yang sudah ditanam sejak awal menjadi penguat semangat untuk meneruskan perj...

Anak bongsu masuk sekolah mak emosi lebih

Tahun 2017 ni tibalah giliran Yaya pulak masuk sekolah! Terasa dah makin berusia ibu bila hantar Yaya masuk kelas semalam. Pengalaman terakhir ibu hantar anak masuk darjah satu. Maklumlah Yaya kan anak bongsu. Tengok, ibu dah feeling dah..huhuhuu Yaya sangat teruja nak pergi sekolah. Hampir setiap hari tanya, berapa hari lagi nak sekolah. PAgi semalam pun dia bangun awal. Sibuk tanya kenapa lambat sangat nak gi sekolah, dah tengahari ni, padahal baru pukul 8 pagi. Kejap-kejap tanya, tengok jam dia cakap jam rosak..hahhaaYaya yaya Dah besar Yaya. Terasa macam baru semalam lahirkan Yaya, menyusukan Yaya....rindu dengan baby Yaya. Inilah perasaan ibu-ibu bila anak-anak makin besar, rindu saat anak-anak masa kecil. Excited betul Yaya nak sekolah..jumpa kawan2 baru. Semoga Yaya happy selalu dan semoga dipermudahkan untuk menuntut ilmu anakku. Mendapat ilmu yang berkat untuk dunia dan akhirat. Panjang lagi perjalanan Yaya dalam menuntut ilmu ni... Anak bongsu masuk dar...

Selamat Tahun Baru 2017

Selamat Datang 2017, Terima kasih dan selamat tinggal 2016. Tahun 2016 banyak meninggalkan kenangan pahit manis yang tak akan dilupakan. Banyak sekali nikmat dan anugerah yang Allah kurniakan sepanjang 2016...Alhamdulillah. Kegagalan pada 2016 pasti dijadikan sebagai pengajaran. Kejayaan yang tertangguh akan diteruskan pada 2017. Never give up and keep it up! Tahun 2017 ni dikhabarkan keadaan ekonomi akan menjadi sangat mencabar dan getir bagi sesetengah orang. Jadi KZ pun dah mulakan dari tahun 2016 lagi persediaan untuk hadapi keadaan ekonomi 2017 ni. Iaitu mantapkan perjalanan bisnes KZ ni, alhamdulillah banyak juga 'tembok' dah langgar sepanjang 2016. Kepada kawan-kawan yang belum ada buat apa-apa persediaan untuk menghadapai keadaan ekonomi 2017 ni, terutamanya golongan surirumah macam KZ ni boleh la fikirkan dan rebut peluang yang KZ selalu offer ni untuk sama-sama tingkatkan ekonomi keluarga. Orang selalu kata kena berjimat,sebanyak mana kita nak berjimat jika semua bara...

Hobi Yang Boleh Menjana Pendapatan

Hobi hobi hobi...kalau bijak hobi boleh menjana income. Haaa...macam akak ada hobi yang mengabihkn beras dan yang boleh menjana income jugak...haha...seimbang g2. Akak suka mengait tau..giler tengok patern dan kaler benang yang cantik2. Adoii tak tahan! Mengait memerlukan

Jatuh Cinta Dengan Ostematrix

Cinta Pandang Pertama ♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡ Produk yang pertama sekali KZ cuba adalah Ostematrix atau kalsium ni. KZ cuba sebab nak atasi masalah sakit tumit dan lenguh2 betis waktu malam..tak kejang tapi lengguh yang amat, nak kena urut baru boleh tidur. Kalau tak memang nangis la weiii Sebelum terjebak dengan dunia bisnes shaklee ni KZ adalah juga seorang

Kisah Surirumah Berjaya Menjana Pendapatan Melalui Bisnes Online

Kat wall fb saya  penuh dengan poster-poster dan cerita mengenai produk shaklee jer. Almaklum la saya sipenjual vitamin shaklee, seorang surirumah sepenuh masa jugak. Kalau tak promote acaner orang nak tahu dan beli vitamin dengan saya . Nama pun bisnes online kan. Ya dok? Jangan tak tahu ramai jer surirumah yang berjaya menjana pendapatan melalui bisnes online dari rumah dan menjana pendapatan lumayan ok. Saya salah seorangnya...hihihii Kenapa saya galak sangat duk promote produk shaklee ni? Banyak ker shaklee bagi sampai siang malam duk promote tu? Mungkin ada yang tertanya-tanya sambil-sambil skroll wall saya  kan...hihihi Saya sebelum jual vitamin shaklee ni saya sendiri dengan ahli keluarga saya memang dah amalkan. Kami sangat puashati dengan keberkesanan dan jaminan kualiti serta keselamatan oleh pihak shaklee. Lebih-lebih lagi dengan adanya landmark study. Jadi kami amik keputusan nak share kebaikan produk ni dengan lebih ramai orang. Kalau boleh saya...

Hargai titik peluh anak-anak,wajib bangga dengan mereka!

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Abang chik dapat Anugerah Pencapaian no 2 dalam kelas. Baru berkesempatan nak share kisah 3 hari yang lepas.Minggu terakhir persekolahan sebelum cuti akhir tahun bermula,sekolah anak saya mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang.Majlis Anugerah Cemerlang SK Kidurong 2014 diadakan di Dewan Suarah Bintulu bagi menghargai murid-murid yang menunjukkan pencapaian cemerlang sepanjang tahun.Kita sebagai ibu bapa  perlu hargai titik peluh anak-anak dan wajib bangga dengan mereka! Abang chik dan Guru Kelas 2 Dahlia..Cikgu Huda. Tahun ni hanya abang chik je yang mendapat anugerah cemerlang tahun 2.Abang ngah tak dapat,sebab kurang cemerlang...huhuuuu..takpe tahun depan abang ngah kena pulun untuk dapat 5A dalam UPSR. Abang chik..Haziq dan rakan sekelas. Syukur alhamdulillah abang chik menunjukkan prestasi yang membanggakan.Terima kasih pada guru-guru yang memberi tunjuk ajar pada abang chik.Jasamu dikenang cikgu. Ab...

Pengalaman manis saya melahirkan zuriat...

Assalamualaikum dan salam ceria semua. 4 permata hati kami suami isteri Setiap ibu yang pernah melahirkan pastinya mempunyai pengalaman melahirkan yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang hayat mereka. Begitu juga saya,saya melahirkan 4 orang cahayamata. Semua anak-anak saya dilahirkan di hospital kerajaan,di tiga buah hospital yang berbeza.Duduk dalam wad kelas yang berbeza.Layanan yang berbeza,pengalaman yang berbeza. Pengalaman melahirkan anak sulung  Aysha Anak sulung saya, Ummi Syafiqa Aysha Zamri dilahirkan di Hospital Besar Kuala Terengganu.Waktu ni memang nak bersalin di kampung, maklumlah anak sulung. Pengalaman bersalin Aysha bagi saya amat manis. Saya tidak merasa sakit hendak bersalin,cuma pecah air ketuban je. namun apabila diperiksa oleh nurse dan doktor,mendapati Aysha telah berak dalam perut.Bimbang akan keselamatan nyawa anak dalam kandungan,saya dinasihatkan oleh doktor untuk melahirkan secara pembedahan,memandangkan jalan tidak ter...

Beg oh beg...

Beg oh beg...ada apa dalam beg saya?Biasalah kalau dalam handbag perempuan mesti banyak barang,apatah lagi kalau seorang ibu...macam-macam ada,macam poket doraemon..hahahahaa Saya surirumah,jadi saya jarang bergaya dengan handbag ni,biasa kalau ke pasar atau supermarket bawa beg kecil saja.Saya suka pakai sling bag,simple. My dream bag. Kat dalam tu ada:  purse, handphone, tisu...itu saja la. Kalau pergi window shopping atau bercuti baru bawa handbag yang besar sikit,kat dalam ada: purse, handphone, powerbank, tisu, wet tisu, compact powder, gincu, galaxy tab anak, buku nota kecil, pen, bisnes card Shaklee (extra banyak,mana tahu kalau jumpa prospek boleh bagi jer), magic book, flyers Shaklee buku bacaan yang bersaiz muat-muat beg,saya suka baca buku kalau perjalanan yang ambil masa panjang. tuala kecil gula-gula atau biskut anak...aduila ni pun masuk sekali. Rahsia dalam handbag saya telah terbongkar...banyak betul barang.Hand...