Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Resepi

Laksa Kuah Merah resepi Dari Ganu Sedap

Siapa suka makan laksa kita geng. Kak Zai memang suka laksa, tak kisah la laksa apa pun, kalau ada depan mata semua kak zai ngap. Paling suka laksa kuah masak dan kuah putih dari Terengganu (dah nama pun asal ganu kan..hehehe). Tapi laksa Sarawak dan laksa penang pun akan hantu jugak ok. Sedap wei, kalau seharian makan laksa saja pun akak zai tak kisah. Kata orang makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap, kan sia-sia makan penampo..hehehe Layan gambar dari pakcik gugel..thanks pada empunyer pic.  Laksa penang Laksa Sarawak pun sedap Laksam memang peberet Ok la dah alang-alang cerita pasal laksa akak zai share la satu resepi laksa kuah masak atau kuah merah dari Ganu. Resepi ni akak cedok dari blog MamaSya yang pakar tu...terima kasih mamasya sebab share resepi best ni. Mama Sya izinkan saya pula share ya…lagipun untuk rujukan saya sendiri juga nanti senang kalau nak buat laksa kuah masok ni klik je blog sendiri…hihuhihu.   La...

Resepi Kek Coklat Moist Kukus semudah ABC

Saya nak share resepi kek coklat moist kukus semudah ABC sahaja. Kek yang saya buatkan untuk Yaya bawa ke majlis sambutan Hari Guru di tadika dia khamis lepas. Resepi yang amat mudah dan rasa yang sangat sedap. Saya sudah berpuluh kali mot guna resepi ni. Terbaik! KEK COKLAT KUKUS BADARIAH ( sumber : Puan Badariah Ibrahim @ ResepiNet ) BAHANNYA : Bahan A      2 cwn tepung gandum     1 cwn serbuk koko     1 sudu teh baking powder     1 sudu teh soda bikarbonat      Bahan B     2 biji telur (Gred A)     1 cwn gula pasir     1 cwn susu pekat manis     1 cwn minyak masak Bahan C     1 cwn air panas CARANYA :   Satu bahan B dalam satu bekas dan pukul sehingga sebati   ( saya guna pakai mixer ) Ayak bahan A. Masukkan ke bahan C, kacau sebati lagi   Last sekali m...

Resepi Kuih Serimuka Durian paling hot

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni saya nak share resepi kuih serimuka durian yang telah saya cuba.Resepi asal adalah daripada Chef Asma  ...terima kasih chef. Bagi pengemar kuih talam dan durian wajib cuba tau..sangat-sangat sedap. Sangat sedap..pengemar durian mesti suka Baik punyer Resepi Serimuka Durian Resepi asal: Chef Asma Sumber C&P: Kak Yatimemories Dicuba oleh: Zai Bahan2 utk lapisan bawah: 500gm beras pulut - rendam 4 jam 300ml santan 300ml air 2tsp garam Cara2: Cuci beras pulut dan rendamkan 4 jam. (zai pakai beras pulut susu,rendam setengah jam jer) Tapis beras pulut dan tuang ratakan dlm loyang 10x10x3" bentuk 4 segi. Sebelum letak pulut, sapukan sedikit minyak di keliling loyang dan lapik loyang dengan plastik saiz 16x16" Tuang santan yang dah dah digaul dengan garam. Kukus selama 30 minit. Sementara tu, kita siapkan bahan2 untuk lapisan atas. Bahan2 utk lapisan atas: (A) 140gm tepung beras...

Resepi kuih Cara Manis yang senang dan sedap

Assalamualaikum dan salam ceria semua.Kali ni saya nak nak share resepi kuih Cara Manis yang sedap dan sedap. Semua orang mesti boleh buat punyer.Bahan-bahan yang memang sentiasa ada dalam dapur kita semua. Kuih Cara Manis sedap Resepi asal saya ambil daripada blog  CMG  . Saya kongsikan di sini pula ya.Terima kasih pada CMG,halalkan resepinya ya. Rasanya yang lemak manis...sedappppp Resepi Kuih Cara Manis Sumber:  Dapur CMG Dicuba oleh: Zai @  dapur Zai BAHAN-BAHANNYA :-) 2 cawan tepung gandum 3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh) zai pakai santan kotak jer 2 biji telur 3 helai daun pandan (boleh gantikan dengan 1 st paste pandan..option) Beberapa titik pewarna hijau Gula pasir secukupnya, sebagai inti Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin) Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan Acuan kuih cara atau acuan kuih bahulu bentuk cermai Tudung periuk untuk diguna sebagai penutup acuan kuih CARA MEMBUATNYA ...

Resepi kek Gula Hangus semudah ABC

Kek gula hangus atau kek sarang semut sangat diminati ramai. Sangat mudah untuk membuatnya, semudah abc ajer dan bahan-bahan pun tak banyak. Sangat sedap untuk dinikmati diwaktu petang atau bila-bila masa di mana-mana sahaja. Tak jemu dan tak muak bila dimakan. Walaupun saya kata semudah abc, ada juga yang yang mencuba buat kek sarang semut ni dan  tak berjaya mendapatkan sarang yang cantik. Tak tahu mana silapnya,tapi diharapkan anda tak berputus asa untuk mencuba lagi dan ikut seperti resepi, yang penting jangan menderhaka...hihiii Kek ini mempunyai raya yang kenyal, warna yang agak gelap dan mestilah bersarang..macam sarang semut..hihiii. Kata orang, kalau kejadiannya gebu macam kek sponge, maka tak menjadilah kek gula hangus ni. Ianya harus kenyal. Banyak tips dan teknik nak buat kek ni yang dikongsikan oleh otai-otai kita,anda boleh google sendiri la ya. Ada yang kukus juga kek ni. Ada yang tak pukul telur sampai kembang, masih juga mendapat hasil yang tip top. Say...

Kuih nona manis sempoi

Kali ni nak kongsi resepi kuih nona manis pula. Sedap tau kuih ni, lemak manis dan masin..serasi bersama,hihiiii. Rupa kuih saya buat ni tidaklah cantik sebab pertama kali cuba dan saya tak dapat nak agak banyak mana nak letak adunan putih tu....ngam ngam jer adunan putih tu. Lain kali nak lebihkan buat adunan putih baru cunnnn... Rupa memang takde...pestime try. Resepi ni saya ambil dari blog kak Ita masam manis yang sangat pandai masak dan blog beliau yang sangat cantik tu. Jadi kepada yang nak cuba silakan ya,kita panjang-panjangkan resepi ni. Kuih nona manis saya warna kuning sebab takde warna hijau epal... saya letak warna lemon yellow. Lain kali nak buat lagi,sebab tak puas makan...hihiii KUIH NONA MANIS Sumber : Azlita Masam Manis Bahan A 1 biji telur 1/2 cawan gula halus 1 cawan santan ~ campur air sikit jadikan 1 cawan 1 cawan tepung gandum - Satukan semua bahan dlm blender n blend sampai halus Bahan B 1/2 cawan santan pekat   1/2 cawan air pand...