Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Resepi Kuih Serimuka Durian paling hot

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni saya nak share resepi kuih serimuka durian yang telah saya cuba.Resepi asal adalah daripada Chef Asma  ...terima kasih chef. Bagi pengemar kuih talam dan durian wajib cuba tau..sangat-sangat sedap. Sangat sedap..pengemar durian mesti suka Baik punyer Resepi Serimuka Durian Resepi asal: Chef Asma Sumber C&P: Kak Yatimemories Dicuba oleh: Zai Bahan2 utk lapisan bawah: 500gm beras pulut - rendam 4 jam 300ml santan 300ml air 2tsp garam Cara2: Cuci beras pulut dan rendamkan 4 jam. (zai pakai beras pulut susu,rendam setengah jam jer) Tapis beras pulut dan tuang ratakan dlm loyang 10x10x3" bentuk 4 segi. Sebelum letak pulut, sapukan sedikit minyak di keliling loyang dan lapik loyang dengan plastik saiz 16x16" Tuang santan yang dah dah digaul dengan garam. Kukus selama 30 minit. Sementara tu, kita siapkan bahan2 untuk lapisan atas. Bahan2 utk lapisan atas: (A) 140gm tepung beras

Kawal kolestrol berlebihan dengan suplemen mampu milik

Apa itu Kolestrol? Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati. Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron. Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah. Kolesterol Jahat , Kolesterol Baik Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kol

Resepi kuih Cara Manis yang senang dan sedap

Assalamualaikum dan salam ceria semua.Kali ni saya nak nak share resepi kuih Cara Manis yang sedap dan sedap. Semua orang mesti boleh buat punyer.Bahan-bahan yang memang sentiasa ada dalam dapur kita semua. Kuih Cara Manis sedap Resepi asal saya ambil daripada blog  CMG  . Saya kongsikan di sini pula ya.Terima kasih pada CMG,halalkan resepinya ya. Rasanya yang lemak manis...sedappppp Resepi Kuih Cara Manis Sumber:  Dapur CMG Dicuba oleh: Zai @  dapur Zai BAHAN-BAHANNYA :-) 2 cawan tepung gandum 3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh) zai pakai santan kotak jer 2 biji telur 3 helai daun pandan (boleh gantikan dengan 1 st paste pandan..option) Beberapa titik pewarna hijau Gula pasir secukupnya, sebagai inti Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin) Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan Acuan kuih cara atau acuan kuih bahulu bentuk cermai Tudung periuk untuk diguna sebagai penutup acuan kuih CARA MEMBUATNYA :-) Daun pandan di