Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Virus zika

Virus zika - 7 langkah pencegahan bagi mengelak jangkitan

Takutnya bila dengar virus zika dah sampai ke negara kita. Denggi pun tak habis-habis, tambah pulak dengan zika ni. Takde vaksin atau ubat pulak tu untuk merawat virus zika setakat ini. Amat penting untuk kita semua mengambil langkah-langkah pencegahan supaya risiko untuk dijangkitan rendah.  Jom tengok apakah langkah-langkah yang boleh kita semua ambil bagi mengelakkan jangkitan virus zika ini.  Tiada ubat atau vaksin untuknya. Tahu tak yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima laporan satu kes jangkitan virus Zika tempatan yang pertama di Malaysia pada 2 September 2016. Pesakit ini ialah seorang lelaki berbangsa Dusun berusia 61 tahun menetap di Taman Public Jaya Likas, Sabah. Pesakit mula mengalami demam pada 27 Ogos 2016 dan mendapatkan rawatan pada kali pertama di Klinik Kesihatan Luyang pada 30 Ogos 2016. Pada 31 Ogos 2016, pesakit mengalami demam yang lebih teruk, sakit otot serta diarrhea, dan telah mendapatkan rawatan lanjut di...