Skip to main content

Ostematrix Shaklee: Sakit sendi akibat kurang kalsium

Assalamualaikum dan salam ceria semua.

Sakit sendi diusia muda jangan dipandang remeh. Anda mungkin kekurangan kalsium dalam badan yang telah menyebabkan anda mudah diserang sakit sendi.Jangan anggap orang-orang berusia sahaja yang kena sakit sendi tau! Tapi jangan bimbang ostematrix Shaklee ada untuk membantu. Macam mana? Jom baca lagi.


sakit sendi sebab kurang kalsium dalam badan
Kekurangan kalsium penyebab sakit sendi

Sakit sendi diusia muda

Ramai yang orang memandang remeh atau ringan bila sebut sakit sendi.Ramai yang mengaitkan sakit sendi dengan golongan warga emas sahaja.Tetapi kini golongan muda mudi pun ramai yang kena sakit sendi.Ianya tidak mengenal usia lagi.Pentingnya kita mempunyai jumlah kalsium yang mencukupi sejak dalam kandungan ibu lagi, bagi mengelakkan badan kita kekurangan kalsium.

Sendi sihat tulang kuat


Tahukah anda bahawa sakit sendi adalah salah satu petanda bahawa badan anda kekurangan kalsium

Apa itu KALSIUM?

Kalsium adalah satu mineral yang sangat penting untuk tubuh badan kita bagi mengekalkan tulang yang kuat dan gigi yang sihat. Kalsium memegang peranan paling penting untuk keseimbangan tubuh dan kesihatan badan. 99% kalsium terdapat di dalam tulang dan juga gigi. Bagi ibu mengandung pula,mereka memerlukan lebih kurang 1100mg kalsium untuk tubuh badan mereka ketika mengandung untuk memastikan bayi mereka mendapat kalsium yang secukupnya.

Bagaimana kita nak mengetahui yang kita ada sakit sendi?
Gejala radang sendi adalah seperti berikut:
  • Sakit sendi.
  • Sendi bengkak.
  • Keupayaan sendi untuk bergerak semakin berkurangan.
  • Kemerahan pada kulit di sekeliling sendi.
  • Ketegangan, terutamanya di waktu pagi.
  • Kehangatan sekeliling sendi
Kesan kekurangan Kalsium dalam badan

RHEUMATOID ARTHRITIS (RA)


  • Lebih kerap dihidapi kaum wanita 
  • Disebabkan oleh tindakan daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri 
  • Menyebabkan kekejangan sendi di waktu pagi 
  • Kekejangan mengambil masa lebih dari tiga puluh minit untuk reda pada waktu pagi 
  • Sendi-sendi terlibat adalah jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki. 


Kesan kekurangan Kalsium dalam badan


Bolehkah sakit sendi diusia muda dicegah?

Pencegahan :


  • Kurangkan berat badan- ini mengurangkan tekanan pada sendi 
  • Kerap bersenam- senaman membantu melancarkan pengaliran darah, memastikan tulang dan otot kita kuat. Ia juga membantu pergerakan sendi. Seimbangkan rehat dan senaman dan elakkan dari menggagahkan diri untuk bersenam jika anda megalami kesakitan 
  • Makan makanan yang seimbang – mustahak untuk mempunyai berat badan yang unggul dan mempunyai cukup zat. Elakkan dari makan makanan yang kaya dengan purin contohnya makanan laut, daging jika anda mengidap gout 
  • Pelihara sendi anda- kurangkan tekanan pada sendi, gunakan mekanisma badan dan postur yang betul . Ambil berat tentang kesakitan dan rehat jika penat. 
Pencegahan boleh juga dilakukan dengan mengamalkan 4 biji Ostematrix setiap hari.Ini kerana Ostematrix Shaklee adalah sumber kalsium terbaik untuk menangani sakit sendi diusia muda. Ianya dijamin SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI juga HALAL.

Ostematrix Shaklee sumber kalsium terbaik


Kenapa saya katakan Ostematrix Shaklee terbaik? Bukan sahaja terbaik malah sangat penting untuk diambil, banyak kelebihan dan manfaat ostematrix ni.


Juga sebab ianya bukan sekadar kalsium biasa malah lebih daripada Sekadar Kalsium.


Ostematrix shaklee penawar sakit sendi
Ostematrix Shaklee terbaik untuk kesihatan tulang


OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.


 OsteMatrix Shaklee membekalkan:


· 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi

· 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya

· 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium


kelebihan ostematrix shaklee
Kelebihan Ostematrix Shaklee
Jika anda seorang yang aktif dan mempunyai gaya hidup yang sibuk,tidak dapat mengamalkan pemakanan seimbang secara konsisten,saya sarankan anda mengambil vitamin ostematrix sebagai sumber kalsium harian anda seperti saya! Saya tidak suka minum susu,jadi saya memilih untuk mengambil Ostematrix 4 biji sehari sebelum tidur setiap hari.Saya pernah mengalami sakit2 kaki dan tumit kaki serta sendi2 jari tangan. Tetapi sejak mengamalkan 4 biji ostematrix sehari saya gembira dengan hasil dan kesannya.

Jika anda mahu mengetahui lebih detail mengenai kebaikan dan kelebihan Ostematrix sila ke SINI



Jika sakit sendi anda berada pada tahap yang teruk anda boleh juga mencuba Set Sendi Shaklee,tetapi perlu juga mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil Set Sendi ini.

Penawar dan ubat untuk sakit sendi anda
Set Sendi Shaklee
Set Sendi Shaklee memang dijamin BERKESAN, SELAMAT DAN SEMULAJADI.


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya

Puan Zainah Mukhtar
No ID : 1137968
Sms / WhatsApp: 019-2598492

                                   

 Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.
COD kawasan Bintulu,Niah Bekenu


Comments

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee

SERIMUKA PANDAN

Serimuka Pandan Kuih talam serimuka pandan yang sedap ni resepi daripada Chef Asma.Saya panjangkan pula di sini. Saya memang pengemar kuih talam serimuka ni,anak-anak pun suka,lagi la bersemangat nak buat. Potong kecil2 senang nak makan. Resepi Talam Seri Muka Sumber: Chef Asma Dr Dapur: Damai Qalbu (Loyang 10x10x2") Bahan Lapisan Bawah: 500 gm beras pulut 250ml santan pekat (asal 300ml) 250 ml air (asal 300 ml) 1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar) Cara: 1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(pulut susu rendam 1 jam) 2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering. 3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit. 4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati. 5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat. 6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan) Bahan Lapisan Atas: Bahan A 250 gm gula kastor/

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Profesio