Skip to main content

Pengalaman manis saya melahirkan zuriat...

Assalamualaikum dan salam ceria semua.

4 permata hati kami suami isteri

Setiap ibu yang pernah melahirkan pastinya mempunyai pengalaman melahirkan yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang hayat mereka. Begitu juga saya,saya melahirkan 4 orang cahayamata.

Semua anak-anak saya dilahirkan di hospital kerajaan,di tiga buah hospital yang berbeza.Duduk dalam wad kelas yang berbeza.Layanan yang berbeza,pengalaman yang berbeza.

Pengalaman melahirkan anak sulung 

Aysha

Anak sulung saya, Ummi Syafiqa Aysha Zamri dilahirkan di Hospital Besar Kuala Terengganu.Waktu ni memang nak bersalin di kampung, maklumlah anak sulung.
Pengalaman bersalin Aysha bagi saya amat manis. Saya tidak merasa sakit hendak bersalin,cuma pecah air ketuban je. namun apabila diperiksa oleh nurse dan doktor,mendapati Aysha telah berak dalam perut.Bimbang akan keselamatan nyawa anak dalam kandungan,saya dinasihatkan oleh doktor untuk melahirkan secara pembedahan,memandangkan jalan tidak terbuka lagi waktu tu.nak tunggu jalan terbuka memang ambil masa yang lama dan boleh memudaratkan nyawa anak dalam kandungan,jadi saya setuju untuk dibedah.

Alhamdulillah,proses melahirkan secara pembedahan berjalan lancar.Selepas selesai proses pembedahan saya ditempatkan diwad 3 waktu ni,belum layak untuk duduk di wad pertama.Layanan saya terima masa di wad ni,alhamdulillah sangat memuaskan.

Ada satu kes,ni kisah lucu atau cemas saya pun tak pasti nak kategorikan mana satu. Alkisahnya,waktu pagi,masa anak saya ni dah dimandikan,nurse agak kompius,anak saya ni anak cina ke atau anak siapa.Aysha masa ni nampak macam anak cina,putih gebu,mata sepet.Gelang penanda dikaki anak saya tercabut,tertanya2 lah nurse,siapa punyer bayi ni.Nasibla waktu tu,kat bawah tempat tidur bayi tu,ada beg anak saya.kalau tak memang saya tak cam kot...hahahahaa.Cepat2 saya mengaku...aduila...

Saya ditahan agak lama kat hospital,sebab saya ada kena demam sikit,tak dapat keluar selagi ada demam.Doktor bimbang saya kena jangkitan pada tempat pembedahan.Kena tunggu demam hilang baru boleh balik.Stress juga la,sebab lama sangat bertapa kat hospital...tak suka tau...

Pengalaman bersalin anak kedua
Ziyad

Anak kedua saya,Muhd Harith Ziyad Zamri,dilahirkan secara normal dan satu-satunya secara normal.Saya menahan kesakitan selama hampir 16 jam jugak la sbelum anak saya selamat dilahirkan.Saya melahirkan anak kedua ni di Hospital Bintulu.Layanan alhamdulillah boleh tahan baik.

Pengalaman sakit sebelum melahirkan yang saya tak akan lupakan sampai bila-bila.Sakit masa berpantang pun ya juga...huhuuu..dugaan untuk saya.

Pengalaman bersalin anak ketiga

Haziq

Muhammmad Haziq Aiman Zamri,dilahirkan di Hospital Serdang.Layanan wad first class.Pengalaman sakit yang tak tertanggung rasanya..sakit dalam masa sejam rasa macam dunia nak kiamat je...huhuuu.

Haziq dilahirkan lewat 3 hari daripada jangkaan atau due date. Saya kena menyerah diri ke hospital masa ni. Saya diberi ubat untuk mempercepatkan proses bersalin atau orang kata induce.Namun,jalan tidak terbuka jugak...sakit yang amat sangatttt. Haziq pun berak juga dalam perut.Kiranya saat cemas juga la masa ni,kelam kabut juga doktor dan nurse menguruskan saya untuk emergency operation.Waktu ni,gerakkan bayi amat perlahan,jantung bayi juga perlahan.Saya separuh nyawa menahan kesakitan.

Alhamdulillah, saya dan bayi selamat.Pengalaman saat-saat cemas,yang saya tak dapat lupakan juga.

Pengalaman bersalin anak ketiga

Ameera

Anak bongsu, Ummi Syafiqa Ameera Zamri.Dilahirkan di Hospital Bintulu,Sarawak.Ini pun kes menyerah diri untuk operation.Kena operate sebab dah 2 kali kena operate sebelum ni.Dinasihatkan untuk menjalani pembedahan,saya ikut je demi keselamatan saya dan bayi dalam kandungan.

Waktu mengandung Yaya,sangat kena diabetis semasa mengandung.Lagi la berisiko.Alhamdulillah saya dan bayi selamat menjalani pembedahan.Saya tidak merasa konstraksi nak bersalin langsung,sebab menyerah diri la katakan...hihiii.

Itulah pengalaman bersalin saya.Nasib ada 4 orang je,kalau ramai,panjang jugalah entry saya ni.Semoga entry saya ni akan dibaca oleh anak-anak saya suatu hari nanti,dan mereka tahu bahawa saya telah mengalami saat-saat pahit getir waktu nak melahirkan mereka.Tapi pengalaman manis bagi saya.Saya bersyukur sebab Allah memberi saya rezeki dengan mengurniakan saya 4 orang cahayamata yang sihat sempurna.Syukur sangat2.


Penegasan: Kalau boleh ambillah suplemen semasa mengandung dan berpantang,sebab banyak kebaikannya pada kita dikemudian hari kelak.Mungkin dalam masa terdekat kita tak merasai kesannya,namun bila usia dah meningkat,kita akan mula merasai kesan-kesan daripada melahirkan dan berpantang.Mudah letih,selalu lenguh dan sakit urat sendi dan tulang.macam saya,jujur saya mengaku,saya hanya ambil suplemen masa dalam pantang sahaja,waktu ni belum kenal Shaklee.masa mengandung makan vitamin yang klinik bagi,tu pun selalu skip...tak suka bau dia..euuwww. 

Sekarang saya mudah kena sakit2 sendi dan lenguh serta kebas2.Saya dah mula amalkan suplemen Shaklee,nak topup balik zat2 yang hilang.ianya memang ambil masa untuk saya kembali cergas tapi saya akan konsisten sebab saya sayang diri saya.Saya yakin dan percaya pada suplemen keluaran Shaklee.


Mungkin ada yang cakap,ala tak makan suplemen pun tak apa,amalkan yang tradisional punyer pun boleh.Bagi saya memang tak salah kalau nak amalkan pemakanan yang cara tradisional macam minum air kunyit,banyak makan halia,kacip fatimah dan macam-macam lagi la.Bagi saya saya suka yang mudah dan senang,suplemen Shaklee lengkap untuk keperluan nutrisi saya.Saya tak suka minum air kunyit dan makan halia,suplement shaklee memberi saya pilihan yang tepat dan sesuai mengikut keperluan saya.

Saya sekarang amalkan mengambil ostematrix,gla,omega,alfalfa,esp,vita c,vita e,herba lax,b complex,pepermint ginger plus dll....banyakkan,tapi bukan makan sekaligus tau,ada masa dan ketikanya.pecah anak tekak kalau nak telan sekaligus ni.

shaklee
Vitamin Shaklee pilihan saya

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.


Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya

Puan Zainah Mukhtar
No ID : 1137968
Sms / WhatsApp: 019-2598492
FB: zainah mukhtar
FB Page: zaizamrich vitashop
 Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.

Comments

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee

SERIMUKA PANDAN

Serimuka Pandan Kuih talam serimuka pandan yang sedap ni resepi daripada Chef Asma.Saya panjangkan pula di sini. Saya memang pengemar kuih talam serimuka ni,anak-anak pun suka,lagi la bersemangat nak buat. Potong kecil2 senang nak makan. Resepi Talam Seri Muka Sumber: Chef Asma Dr Dapur: Damai Qalbu (Loyang 10x10x2") Bahan Lapisan Bawah: 500 gm beras pulut 250ml santan pekat (asal 300ml) 250 ml air (asal 300 ml) 1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar) Cara: 1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(pulut susu rendam 1 jam) 2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering. 3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit. 4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati. 5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat. 6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan) Bahan Lapisan Atas: Bahan A 250 gm gula kastor/

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Profesio