Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ceritera

Zaman Kanak-kanak Adalah Masa Paling Seronok

Bila mengimbau kenangan zaman kanak-kanak, tentunya yang paling seronok adalah zaman bermain. Antara yang paling kak zai ingat adalah zaman bermain bola selipar, batu seremban, lompat getah dan macam-macam lagi. Main lompat getah..boleh terbang gitu..hihi Bola selipar...lejeng Paling syok kat sekolah pun boleh main. Masa rehat tak rasa sangat nak makan, tapi lebih seronok nak bermain...hahaha Permainan paling femes Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling seronok. Ingat nak main jer...langsung takde masalah.

Bercuti Sambil Belajar Dan Mengenali Alam Sekitar

Cuti sekolah adalah masa yang paling sesuai nak bawa anak-anak berjalan. Timba pengalaman baru dan belajar mengenali alam sekitar dengan lebih dekat.  Kami cuti sekolah kali ni tak ke mana-mana, lepak kat rumah jer sebab abahnya tak dapat cuti. Perancangan untuk cuti terpaksa ditunda kepada cuti sekolah akan datang. Ikut perancangan nak bawa keluarga ke Kuching nak tengok orang utan kat Semenggoh. Last pergi masa haziq umur setahun kot. Bila bagitahu nak pergi tengok orang utan, Yaya paling excited sebab belum pernah tengok. Inshaallah jika diizinkan akan sampai ke sana nanti. Kami suka ke tempat-tempat macam ni berbanding masuk bandar. Suasana yang tenang dan mendamaikan. Bercuti sambil belajar mengenali alam sekitar dan cintai alam sekitar.

Perubahan Setelah Terjebak Dengan Dunia Shaklee

Banyak sangat perubahan yang kak zai alami setelah terjebak dengan dunia shaklee ni. Perubahan dari segi kesihatan, pengurusan masa, perhubungan dengan Allah dan sesama manusia. Sejak join shaklee jugaklah akak dah berani nak ada impian atau kata orang berani untuk dream big! Alhamdulillah akak zai jumpa dengan orang yang betul dan kumpulan yang memang sangat-sangat awesome. Rezeki la kan...ada sesentengah orang terjoin dengan orang yang tak boleh bawa dia ke level seterusnya...lagi sedih ditinggalkan sendirian terkapai-kapai. Dalam group kak zai ni memang selalu kami saling ingat mengingati sesama kami. Bisnes bisnes juga tetapi hubungan dengan Allah paling diutamakan. kalau sebelum join shaklee jarang2 buat solat sunat seperti solat tahajud dan dhuha, sekarang alhamdulillah dah merasa betapa manisnya dhuha dan tahajud. Syukur sangat Allah lorongkan kak Zai ke dunia shaklee ni. Banyak perubahan positif akak dah alami. korang bila lagi? Kalau nak rasai apa yang kak zai dah alami ni bol...

Sentap sebab orang giler je boleh berjaya!

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Pernah dengar tak orang kata “Gila la ko ni,benda tak pernah buat dek orang tu”…selalunya feedback macam ni akan dilontarkan pada idea-idea yang nampak seakan-akan giler dan mustahil untuk berjaya dilakukan pada mereka yang memberi feedback tersebut.Saya sendiri pun pernah juga memberi feedback yang macam ni..hahahaaa jujur you. Kadangkala terdetik dalam hati,giler ke aku ni,buat benda yang tak pernah buat dek orang. Namun, bila kita berjaya melakukannya kita rasa sangat puas dan berbaloi-baloi juga terbukti kita tak giler..hihii Disebabkan idea kita yang dikatakan giler oleh mereka-mereka yang ‘tak nak” tengok kita berjaya tu,kita akan lebih berusaha dan nak buat betul-betul demi membuktikan pada mereka yang kita tak giler…faham tak ni? Kami geng ASB KUCHING MAC 2015 Pada hari sabtu yang lepas saya ke Kuching daripada Bintulu naik flight untuk menghadiri satu kelas atau seminar ASB yang dianjurkan oleh kumpulan Group le...

Keep going no matter what!

Perjalanan hidup kita kena teruskan tidak kira betapa sukar atau menyakitkan sekalipun.Setiap daripada kita dilahirkan ke dunia ada sebabnya.Perjalan hidup kita di dunia hanya sementara,akhirat jua yang kekal abadi. Susah payah itu akhirnya amat manis rasanya bila dah sampai ke puncak! Sekalipun akhirat itu yang kekal abadi,kehidupan di dunia perlulah yang terbaik. Kumpul bekal untuk perjalanan menuju akhirat yang abadi. Jika baik di dunia,inshaallah baik jua pangakhiran kita di akhirat nanti. Setiap daripada kita mempunyai jalan hidup yang berbeza,penuh onak ranjau berduri,penuh suka dan duka. Setiap daripada kita mempunyai impian untuk hidup aman dan bahagia dunia akhirat. Jika anda tidak mempunyai impian dan matlamat hidup,alangkah ruginya. Carilah ilmu,berdampinglah dengan mereka yang baik-baik,berjaya dan kaya. Inshaallah anda akan mengikuti jejak langkah mereka tidak lama lagi. Teruskan mencari ilmu dan teruskan usaha untuk mengapai impian anda. Semoga ki...

Perangai pelik ibu anak 4

Nak cerita mengenai perangai pelik ibu anak 4 atau saya sendiri la...hihiii Saya tak pasti apa perangai pelik saya,mungkin suami atau anak-anak saya lebih arif.Sebab mereka lebih nampak. Yang saya rasa yang agak pelik bagi saya adalah,saya suka mengalih susun atur perabot dalam rumah saya.Dalam setahun 3 atau 4 kali saya akan alih susun aturnya.Tetapi bukan satu rumah dalam satu masa la,mungkin bulan ni ruang tamu,bulan depan bilik tidur macam tu la.Kalau nak buat semua sekaligus memang boleh bengkok pinggang...hahahaa Saya juga suka membuat kek dan memasak,tapi percaya tak,ada antara kek dan masakan yang saya masak tu,saya tak pernah makan...biasanya kek atau kuih muih.Biarpun orang kata kek atau kuih yang saya buat tu sedap,saya tak lalu nak makan.Biarpun dah berkali-kali saya buat...antaranya creampuff,memang saya tak pernah makan.Suka buat untuk keluarga dan kawan-kawan,tapi sendiri tak makan. Itulah perangai pelik saya yang saya rasa pelik.Mungkin bagi pandangan suami dan anak...

Jangan cari perhatian manusia,kelak merana diri!

Tanpa kita sedar dan kadangkala kita lalai. Kita suka mencari perhatian manusia tanpa kita sedari. It's ok . Tapi bila dah sedar, cepat-cepat cari perhatian Allah kerana itu lebih baik. Terlalu mencari perhatian manusia sehingga lupa untuk mencari perhatian Allah sangatlah rugi. Sibuk mencari perhatian boleh membuat kita merana! Manusia tidak dapat memberi kebahagian, hanya dengan mendapat perhatian Allah kita akan merasa dan mendapat kebahagiaan abadi.  Percayalah.

7 sebab kenapa saya memilih Shaklee

Saya agak cerewet dalam memilih suplemen atau produk untuk diamalkan.Saya lebih suka memilih suplemen atau produk keluaran syarikat yang telah lama bertapak dan menunjukkan reputasi yang baik. Saya percaya pada kualiti dan reputasi syarikat. Saya tidak hanya memandang pada nama atau peluang menjana pendapatan lumayan, tapi secara keseluruhannya. Nak tahu kenapa saya memilih Shaklee untuk diamalkan serta untuk saya membuat side income? 7 sebab kenapa Shaklee menjadi pilihan saya: Reputasi Syarikat - Shaklee telah bertapak selama lebih daripada 55 tahun.Sebuah syarikat nutrisi semulajadi N0 1 di Amerika Syarikat. Sudah cukup menyakinkan bagi saya untuk saya mengamalkan suplemen atau produk keluaran Shaklee. Malah saya yakin untuk membina masa depan saya bersama Shaklee! Jaminan Keselamatan Produk - Shaklee sangat mementingkan keselamatan dan standard yang tiada bandingannya. Shaklee menjalankan lebih daripada 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk mengesa bahan pencema...

Mereka kesayangan hamba.

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Setiap daripada kita ada orang yang kita sayang. Begitu juga dengan saya.Keluarga saya adalah kesayangan saya. Kasih sayang adalah anugerah daripada Allah. Jangan dipersiakan anugerah itu. My lovely husband and my youngest daughter Anugerah tak ternilai...keluarga kecilku My parents...Allahyarhamah ibuku al-fatihah My mother & father in law Setiap apa yang kita ada,hargai dan sayangi mereka.Tunjukkan kasih sayang pada mereka. Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka  dunia akhirat. Sayang kamu!

Tekanan hidup membawa padah!

Tanggani stress sebelum ianya membawa padah. Tekanan hidup yang terjadi pada kita pada hari ni sangat ketara.Siapa yang tidak dapat menangganinya dengan baik akan membawa padah. Banyak kesan buruk akan berlaku kesan daripada tekanan hidup yang melampau. Sebagai contoh, selepas harga minyak naik, berita subsidi minyak pula yang akan dimansuhkan. Kecoh satu malaya. Mau tak kecoh,bila harga minyak naik,secara automatiknya harga barang-barang juga akan naik. Bagi yang tiada pendapatan tetap atau bergaji kecil,kesukaran makin bertambah.Tekanan hidup makin berganda. Pelbagai masalah sosial akan berlaku. Semuanya saling berkait antara satu sama lain. Rasanya tak perlu saya ceritakan kot, semua dah boleh agak atau tahu akan kesannya. Macam kes yang terbaru pula,hangat mengenai kes seorang wanita yang ditoreh mukanya oleh perompak. Betapa ganas dan tidak berhati perutnya perompak sekarang ni.Takut sangat bila baca berita macam ni. Rasa tak selamat dah tinggal dalam rumah sendi...

Hargai titik peluh anak-anak,wajib bangga dengan mereka!

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Abang chik dapat Anugerah Pencapaian no 2 dalam kelas. Baru berkesempatan nak share kisah 3 hari yang lepas.Minggu terakhir persekolahan sebelum cuti akhir tahun bermula,sekolah anak saya mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang.Majlis Anugerah Cemerlang SK Kidurong 2014 diadakan di Dewan Suarah Bintulu bagi menghargai murid-murid yang menunjukkan pencapaian cemerlang sepanjang tahun.Kita sebagai ibu bapa  perlu hargai titik peluh anak-anak dan wajib bangga dengan mereka! Abang chik dan Guru Kelas 2 Dahlia..Cikgu Huda. Tahun ni hanya abang chik je yang mendapat anugerah cemerlang tahun 2.Abang ngah tak dapat,sebab kurang cemerlang...huhuuuu..takpe tahun depan abang ngah kena pulun untuk dapat 5A dalam UPSR. Abang chik..Haziq dan rakan sekelas. Syukur alhamdulillah abang chik menunjukkan prestasi yang membanggakan.Terima kasih pada guru-guru yang memberi tunjuk ajar pada abang chik.Jasamu dikenang cikgu. Ab...

Pengorbanan dalam misi menuntut ilmu!

Sijil pertama daripada Sykt Shaklee... sijil2 lain bakal menyusul. Alhamdulillah syukur pada yang Maha ESA,pada 16hb November,hari Ahad,saya dapat menghadirkan diri ke Bengkel Nutrisi Shaklee yang diadakan di Imperial Palace Miri. Terima kasih pada suami dan anak2 yang berkorban untuk misi menuntut ilmu ibu ni.Sangat2 menghargainya.Sayang korang semua! Saya memang dah lama nak join kelas anjuran syarikat,sebab saya nak mendalami lebih detail mengenai produk.Bukan sekadar menjual tapi saya nak share kebaikan produk dengan masyarakat di luar sana.Macammana saya nak share jika saya tak cari ilmu,betul tak? Di bengkel ni kami para SID semua belajar lebih detail mengenai produk2 Shaklee.Banyak info2 baru yang saya dapat,di mana ianya tak ada kat mr google...hihiii Yang bestnya Pakar Nutrisionist Shaklee ni iaitu Tracy sangat happening! Penyampaian yang menyeronokkan dan mudah faham,tak sempat nak pancing ikan pun..pancing ikan tu mengantuk la... Ni diberi percuma...

Membaca jambatan ilmu.

Assalamualaikum dan salam ceria semua! Siapa yang hobi dia suka membaca?Kalau ada kita boleh geng...hihihiii Saya suka baca buku yang bercorak motivasi dan jugak resepi..hahaaa..harus la sebab saya suka membaking.Anda suka baca buku apa pulak? Ini buku yang paling saya suka baca...sangat2 best. Buku ni pun saya sangat2 suka... berulang2 kali baca pun tak jemu. Berikut adalah sebahagian daripada buku2 motivasi yang saya ada, selain daripada koleksi buku2 resepi.Best baca buku2 macam ni,bila rasa semangat tak berapa nak ada,boleh belek2. Koleksi buku2 saya... ada yang belum habis baca jugak ni. Ada lagi beberapa buku yang masih belum saya beli,yang dah lama saya nak beli tapi belum jumpa lagi.Insyaallah akan saya beli nanti. Selain daripada baca buku,untuk mendapatkan ilmu dan motivasi boleh juga hadir ke majlis2 ilmu yang terdekat atau berhampiran.Best juga kalau ke majlis ilmu,aura dia lain berbanding jika hanya baca buku sahaja.Kalau ada peluang d...

Sikit atau banyak perlu bersyukur!

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Syukur adalah tanda terima kasih kita pada Pencipta kita iaitu Allah yang Maha ESA. Hari ini saya amat bersukur kerana :- Saya dapat menulis entry ini. Saya masih meneruskan perjuangan dalam bisnes Shaklee. Saya masih dapat menatap wajah2 kesayangan saya...suami dan anak2 saya serta keluarga saya. Keluarga saya sihat dan gembira. Saya masih bernafas. Saya sihat walafiat. Saya dapat menggunakan akal yang waras. Saya dapat datang ke Miri untuk menghadiri bengkel nutrisi Shaklee pada esok hari!Insyaallah. Saya amat2 bersyukur saya dapat menjadi salah seorang Protege Blog Mamarin...banyak sekali ilmu dan mama sangat memberi inspirasi dan motivasi untuk saya terus berblog.terima kasih Mama. Saya masih boleh menikmati makanan yang sedap2. (kalau sakit tak boleh makan yang sedap mulut dah...jadi perlu bersyukur) Saya beryukur atas segala2 yang Allah kurniakan pada saya.Tidak kira yang baik atau buruk,semua itu ada hikmahnya. ...

Tips hebat berblog yang sangat special!

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Semalam saya dan upline saya Dr Najihah sempat meluangkan masa ke Miri ke rumah Master hebat iaitu Master Azrin Mohd.Pemergian kami berdua bersama-sama anak-anak Dr Najihah jugak adalah bertujuan untuk menimba ilmu blog daripada PM Lyna Noh,yang datang daripada KL khhas untuk sharing. Memang rasa sangat bersyukur sebab dapat pergi.Paling istimewa lagi,ilmu blog yang dishare oleh PM Lyna adalah yang pertama kali,maksudnya kami adalah orang pertama yang tahu rahsia hebat untuk berblog. Sempat bergambar kenang-kenangan dgn Atuk Zainul  sebelum pulang ke Bintulu Kami Usahawan Shaklee yang bertuah! Pertama kali juga bagi saya bertemu dengan dua orang Master hebat ni,terasa sangat aura hebat mereka tu.Sempat juga jumpa dengan Atuk Zainul Anuar.Atuk ni kelakar la orangnya,Asyik nak gelak je dengar beliau bercakap.Terasa kemesraan dalam keluarga Shaklee ni.Besttt.... get ready! Anak-anak main sesama me...