Skip to main content

Posts

Showing posts with the label PCOS

PCOS penyebab sukar mengandung lagi!

Ingin saya kongsikan sedikit info mengenai PCOS, hasil daripada bacaan saya. Saya ringkaskan di sini,semoga bermanfaat. Apa itu PCOS?? PCOS atau singkatan kepada POLYCYSTIC OVARY SYNDROME  (Sindrom ovari polisistik) ialah satu keadaan di mana hormon wanita tidak seimbang.Keadaan ini boleh menganggu sistem peranakan wanita di mana folikel-folikel yang terdapat di dalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur untuk disenyawakan yang akhirnya membuatkan wanita sukar hamil. Kenapa PCOS menyebabkan wanita sukar hamil: Memetik kata-kata Dr. Suriati Akmal Mahari iaitu Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras,beliau mengatakan; "Kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorg wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS) punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur. PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yg berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan y...