Skip to main content

Resepi Congo Bars

Assalamualaikum dan salam ceria semua.

resepi
Congo Bars

Nak share dengan anda semua resepi Congo Bars yang sedap dan senang dibuat ni.Gerenti menjilat jari..hahaha.Serius sedap dan senang sangat nak buatnya.Resepi saya copy dari dapur kak Ita ,terima kasih kak Ita.Saya panjangkan resepi ni kat blog saya pula.


Congo Bars

Congo Bars

Bahan-bahan:

315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - boleh kurangkan
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional

Cara-cara:


Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.(saya guna acuan 10x10)
Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.




Selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Benarkah Shaklee ni bisnes MLM yang menipu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share satu video mengenai MLM Shaklee dengan anda semua. Tapi sebelum tu nak juga bagitahu yang saya juga pernah terjebak dengan beberapa syarikat MLM yang lain. Saya pernah mendaftar sebagai ahli untuk beberapa buah syarikat lain. Syarikat apa? Biarlah rahsia...hihii. Tapi setakat ahli sahaja sebab selepas mendaftar ahli, saya akan di bawa ke syarikat mereka untuk dibagitahu "step" seterusnya untuk cepat naik pangkat. Wah time ni seronok tau sebab katanya cepat dapat naik pangkat dan income sangat lebat. Tapi tapi tapi bila dah tahu "step" yang seterusnya tu, saya terkedu. Mana tak, saya disuruh buat pinjaman dengan bank dengan sekian sekian amaun untuk beli pangkat iaitu beli stok banyak-banyak. Ya ampunnnn, saya mana boleh buat pinjaman bank sebab saya surirumah je. Kata mereka suruh jer suami yang buat...aduhhhh. Memang tak la suami nak terlibat. So harapan nak cari income lebih habis kat situ j...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...