Skip to main content

Motivasi Memburu kejayaan:Erti sebuah kegagalan

Ada ke orang kat dunia ni,tak pernah mengalami kegagalan dalam hidup dia? Mustahil tak ada kan. Orang-orang yang kaya dan berjaya kebanyakkannya pernah gagal sebelum mereka berjaya...itu lumrah.Bezanya mereka tidak berputus asa,terus mengejar cita-cita mereka sehingga berjaya.

Sesungguhnya kekecewaan dan kegagalan adalah sebahagian daripada asam garam kehidupan.Kejayaan sebenarnya adalah hasil daripada beberapa percubaan nekad yang disulami dengan kegagalan- trial and error.

Tahukah anda apa erti sebuah kegagalan?


ERTI SEBUAH KEGAGALAN

Kegagalan bukanlah bererti anda seorang yang gagal.
Ianya adalah bererti anda 'MASIH BELUM' berjaya lagi.

Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa.
Ia sebenarnya bererti anda sudah 'MEMPELAJARI' sesuatu.

Kegagalan bukanlah bererti anda seorang bodoh kerana mencuba.
Ia bererti anda 'BERANI', anda 'BERHATI TEGUH', 'BERSEMANGAT WAJA' - berbanggalah dengan diri anda. Ia hanyalah bermakna anda 'MEMERLUKAN' sedikit lagi masa.

Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang.
Ia hanyalah bermakna anda 'BERPELUANG' untuk 'BERMULA SEMULA' , mencuba sesuatu yang 'BARU'.

Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda.
Ia hanyalah bermakna dia 'MEMPUNYAI' rancangan yang 'LEBIH BAIK'. Jadi benarlah kegagalan itu tidak 'MUKTAMAD'.

Dr. Robert Schuller

Tahukah anda bahawa kegagalan sebenar hanya berlaku apabila kita berhenti mencuba, berhenti berjuang, berhenti mencabar keupayaan diri, berhenti belajar dan paling teruk,berhenti berfikir.Orang yang sebegini memang telah benar-benar gagal.

Biar pun gagal 1000 kali,bangkitlah untuk yang ke 1001



Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...

Macam mana nak hilangkan parut chicken pox dengan cepat

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pengunjung blog Zai. Kali ni saya nak share satu testimoni baik punyer. Testimoni daripada suami Zai sendiri. Tahun lepas suami kena chicken pox di usia 43 tahun ok. Boleh bayangkan tak macam mana teruknya. Ramai yang kata kalau kena chicken pox masa dewasa teruk sangat dan terbukti teruk ( merujuk kepada kes suami Zai la). Satu badan dari kepala hingga hujung kaki semua naik biji chicken pox tu. Terlantar 3 hari tak bermaya tanpa makan ok. Parut hitam Jom baca sendiri pengalaman suami Zai ni macam mana dia hilangkan parut chicken pox dengan cepat, parut yang tumbuh melata di seluruh badan beliau...hihiii. Assalamualaikum , nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas. Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Se...