Nak bibir cantik,seksi menawan? Jom ikuti tips di bawah.
Bibir Seksi Menawan |
- Sebelum tidur,anda boleh sapukan madu lebah pada bibir untuk mendapatkan bibir yang kemerah-merahan dan kekal lembap sepanjang hari.
- Elakkan mengigit, menjilat dan menyapu dengan lidah kerana ini hanya akan membuatkan bibir kering.
- Sapukan salap bibir mengandungi pelindung matahari sebelum memakai gincu atau gincu mengandungi SPF ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Penjagaan yang baik dan sering diberi rawatan, kulit bibir berwarna kemerahan, lebih lembut, dan lembap. Kesannya, bibir akan lebih sihat, menarik dan seksi serta berwarna merah jambu serta semulajadi.
- Bibir tampak cantik menawan dengan hanya menggunakan pengilat bibir. Sekiranya anda berasakan bentuk bibir kurang sempurna, jangan berasa rendah diri.
- Untuk bibir yang seksi, hanya gunakan teknik solekan yang perlu dipelajari dan warna gincu yang tepat.Hasilnya nanti anda pasti puas hati dan dapat memukau mata yang memandang.
Selamat Mencuba!
Nota kaki:Tips dan petua ini adalah hasil daripada carian dan bacaan penulis.Risiko jika ada daripada amalan ini adalah ditanggung oleh anda/pembaca sendiri.
good tips.. kena try ni sbb bibir salu kering... ^_^
ReplyDeleteAnil Wanina...try jgn tak try..hehee.
DeleteTq sudi singgah sini.