Skip to main content

Kesan Anemia kepada ibu mengandung

Assalamualaikum dan salam ceria semua.

Kali ini nak share serba sedikit maklumat mengenai kesan anemia kepada ibu mengandung.Tahukah anda apa itu anemia?

Apakah Anemia?

Anemia atau biasa disebut kurang darah adalah keadaan yang mana darah memiliki kekurangan sel darah merah atau hemoglobin. Hemoglobin ialah bahagian sel darah merah yang mengandungi zat besi. Keadaan ini menjejaskan pengaliran oksigen dalam tubuh menyebabkan kelesuan, kelelahan dan membuatkan ibu mengandung kelihatan pucat. 

kesan kepada ibu mengandung
Bahaya anemia kepada ibu mengandung
Berapakah bacaan yang dikatakan anemia? 

WHO ( World Health Organisation) mengklasifikasikan bacaan haemoglobin yang kurang dari 11 g/dL sebagai anemia.


Antara simptom-simptom yang biasa dilihat ada pada ibu mengandung yang mengalami anemia adalah seperti:
  • muka kelihatan pucat & lesu
  • jantung berdegup lebih kencang dari biasa
  • keletihan
  • terasa seakan hendak atau mudah pitam
  • lemah anggota badan
  • loya
  • sakit kepala & pening
  • mudah lupa
  • keradangan pada lidah

kerap merasa keletihan,mudah pitam,letih lesu,kelihatan pucat
Ibu mengandung yang mengalami anemia
 kelihatan pucat,letih lesu


Beberapa penyebab anemia kepada ibu mengandung:
  • merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan
  • penggunaan ubat-ubatan anti konvulsi
  • ibu yang hamil anak kembar
  • jarak kehamilan yang terlalu rapat
  • tabiat pemakanan yang tidak baik


Lain-lain penyebab anemia:
  • Kemusnahan sel darah merah yang terlampau agresif – sel darah merah membentuk sel2 yang abnormal yang dipanggil sel sabit atau sel sickle
  • Kehilangan darah yang banyak – dari kemalangan, kecederaan, tumpah darah atau darah haid yang terlampau banyak
  • Badan yang kurang menghasilkan sel darah merah – badan yang kekurangan nutrisi 


Berikut adalah antara komplikasi dan akibat jika seseorang ibu hamil mengalami anemia:
  • lebih berisiko untuk bersalin awal dan melahirkan bayi pramatang
  • bayi tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya
  • pertumbuhan dan perkembangan bayi mungkin terbantut
  • meningkatkan risiko si ibu untuk mengalami masalah praeklampsia (peningkatan tekanan darah ketika hamil) yang boleh mengundang pelbagai risiko lain termasuk kematian
  • lebih mudah untuk mengalami jangkitan semasa dan selepas bersalin
kesan kepada bayi dalam kandungan
Anemia:Kelahiran bayi yang pramatang

merencat pertumbuhan bayi dalam kandungan
Anemia:Merencat perkembangan dan
pertumbuhan bayi dalam kandungan



Boleh ke anemia dirawat?Bagaimana nak atasi masalah anemia?
Insyaallah boleh. Melalui ubat-ubatan atau suplement dan diet pemakanan yang sesuai dan betul.

Kekurangan nutrisi yang menyebabkan anemia:
Zat besi
Asid folik
Vitamin B12 

Ibu-ibu boleh mengamalkan diet atau mengambil makanan yang kaya dengan zat besi untuk mengatasi masalah anemia seperti:


Daging Merah

Buah Kurma

Pisang
Selain itu ibu-ibu mengandung yang mengalami anemia juga digalakan untuk mengambil suplement tambahan bagi mengatasi masalah anemia ini.

Apakah supplement yang boleh membantu untuk masalah anaemia?

Vita-Lea Iron Formula
  • Mengandungi zat besi yang membantu ibu mengandung yang menghadapi masalah kekurangan zat ini.  
  • Faktor yang menyebabkan kekurangan zat besi ialah kurangnya pengambilan zat besi dalam diet harian, atau badan kurang berupaya menyerap zat besi kerana diet yang tidak betul.


Vita-C 500mg Sustained Released
  • Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi.Kajian menunjukkan vitamin C membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali lebih banyak. 
  • Vitamin C sustained released dilepaskan secara perlahan-lahan untuk membekalkan vitamin C yang secukupnya kepada tubuh. Ini kerana Vitamin C tidak dapat disimpan oleh tubuh. Tubuh manusia normal memerlukan 500mg vitamun C setiap hari yang bersamaan dengan 7 biji oren.


B Complex
  • Asid folik membantu mengawal dan mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan asid folik. 
  • Vitamin B12 mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin B12. 
  • Vitamin B5 dan B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah.


Jadi sekarang anda telah tahu akan kesan anemia kepada ibu mengandung serta bayi dalam kandungan.Jika anda sedang mengalami masalah anemia,anda perlulah mendapatkan nasihat doktor serta perlu mengamalkan diet pemakanan yang sihat.Suplement sangat membantu menampung kekurangan nutrisi dalam badan anda.

Jika anda berminat untuk mendapatkan suplement yang berkaitan 
  • Vita Lea
  • Vitamin C 500mg Sustained Released
  • B Complek
Silalah hubungi saya;
Pn zainah Mukhtar
019-2598492
Pengedar Sah Shaklee Bintulu

Saya boleh membuat penghantaran terus atau COD kepada anda yang berada di Bintulu,Niah dan Bekenu.Penghantaran secara pos ke seluruh Malaysia.

COD Bintulu, Niah & Bekenu
Pengedar Shaklee Bintulu
Terima kasih.



Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Benarkah Shaklee ni bisnes MLM yang menipu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share satu video mengenai MLM Shaklee dengan anda semua. Tapi sebelum tu nak juga bagitahu yang saya juga pernah terjebak dengan beberapa syarikat MLM yang lain. Saya pernah mendaftar sebagai ahli untuk beberapa buah syarikat lain. Syarikat apa? Biarlah rahsia...hihii. Tapi setakat ahli sahaja sebab selepas mendaftar ahli, saya akan di bawa ke syarikat mereka untuk dibagitahu "step" seterusnya untuk cepat naik pangkat. Wah time ni seronok tau sebab katanya cepat dapat naik pangkat dan income sangat lebat. Tapi tapi tapi bila dah tahu "step" yang seterusnya tu, saya terkedu. Mana tak, saya disuruh buat pinjaman dengan bank dengan sekian sekian amaun untuk beli pangkat iaitu beli stok banyak-banyak. Ya ampunnnn, saya mana boleh buat pinjaman bank sebab saya surirumah je. Kata mereka suruh jer suami yang buat...aduhhhh. Memang tak la suami nak terlibat. So harapan nak cari income lebih habis kat situ j...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...