Skip to main content

Sembelit dikalangan bayi dan kanak-kanak

Assalamualaikum dan salam ceria semua.

Sembelit dikalangan bayi dan kanak-kanak adalah perkara yang biasa dialami oleh para ibu bapa.

Tahukah anda bahawa sembelit bukanlah satu penyakit dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari tidak membuang air besar. Malah,jika 3 hari sekalipun masih tidakmembuang air besar, ianya masih dikira normal jika bayi atau kanak-kanak itu tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami sembelit.

Sembelit dikalangan bayi dan kanak-kanak

Bagaimana sembelit terjadi?

Anak sering sembelit terjadi kerana najis menjadi keras dan kering.  Ia adalah kerana anak kita jarang membuang air besar.  Faktor utama sembelit adalah kerana kekurangan kandungan serat di dalam diet harian anak kita.
Anak kita juga kurang minum air masak yang secukupnya.  Serat dan jumlah air yang cukup adalah sangat penting untuk pergerakan makanan di dalam usus. Gangguan pergerakan makanan dalam usus akan menyebabkan najis terkumpul dan akan menyebabkan najis keras dan menyukarkan pembuangan air besar.

Sembelit: Meneran ketika sedang membuang air besar.


Tanda-tanda sembelit terjadi:

ü  Bayi atau kanak-kanak itu akan menangis atau resah dan tidak selesa semasa membuang air besar.
ü  Kana-kanak yang lebih besar akan mengadu kesakitan dankelihatan meneran ketika sedang membuang air besar.
ü  Najis mereka akankelihatan keras, kering dan berbiji-biji.
ü  Kentut dan najis mereka lebih berbau busuk.
ü  Kekerapan membuang air besar juga semakin kurang (3 kali dalam seminggu).
ü  Bayi dan kanak-kanak tidak selera makan.
ü  Perut menjadi kembung.

Sembelit dikalangan kanak-kanak


Bahaya sembelit:

Penyakit saraf – Sembelit adakalanya menjadi petanda kepada penyakit lain seperti penyakit saraf, cerebral palsy dan masalah tulang belakang.

Jangkitan air kencing – Ini adalah kerana najis keras akan menekan saluran air kencing dan mengganggu pengaliran air kencing.

Pendarahan dan dubur luka – Pengumpulan najis yang terlalu lama akan menyebabkan usus bengkak.  Kesukaran membuang air besar akan menyebabkan anak anda meneran sehingga bahagian luar duburnya akan luka dan berdarah.  Kadangkala ia akan menyebabkan pendarahan.

Kesan psikologi – Kajian doktor mendapati kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit mempunyai kurang keyakinan diri.

Sembelit dikalangan bayi



Cara mengatasi sembelit untuk jangkamasa panjang dan supaya ianya tidak berulang adalah dengan mengamalkan diet yang sihat dan cara hidup sihat. Anda juga boleh memberikan Meal Shakes kepada anak-anak anda bagi mengatasi masalah sembelit mereka.

Atasi masalah sembelit bayi dan kanak-kanak


Apakah Mealshakes Shaklee ini?

Mealshakes Shaklee merupakan minuman yang kaya dengan kandungan SERAT di samping mengandungi Vitamin B-12 yang merupakan komponen Vitamin B yang berfungsi untuk melancarkan penghadaman perut.


Bagaimana Mealshakes Shaklee membantu anak yang sering sembelit?

Kandungan serat di dalam Mealshakes Shaklee ini adalah jenis yang larut di dalam air dan akan bertindak sebagai 'pencuci' usus dan perut anak kita
Serat ini akan mengumpul sisa makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh dan juga membuang kolestrol berlebihan.

Apabila semua sisa makanan ini telah berkumpul, ia akan menjadi gumpalan najis, 

Serat akan membantu najis tersebut menyerap air supaya najis lembut. Sembelit dapat dielakkan 

Di sinilah pentingnya anak kita minum air masak mencukupi.


Akhirnya, serat di dalam Mealshakes Shaklee akan mengaktifkan sistem pembuangan najis anak kita dan membantu tubuh mengeluarkan najis dengan mudah.


Bulan ni Oktober 2014 ada Promo Meal Shakes Beli 3 percuma 1...harga sangat-sangat murah berbanding harga biasa.Jika anda nak berjimat, cepat-cepat bagitahu saya ok.

Nak beli sendiri..cuma perlu klik di gambar ya.



Hubungi saya jika anda mahu saya hantar terus kepada anda.

COD bintulu,niah & bekenu
COD Bintulu, Niah & Bekenu


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.


Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya

Puan Zainah Mukhtar
No ID : 1137968
Sms / WhatsApp: 019-2598492
FB: zainah mukhtar
FB Page: zaizamrich vitashop
 Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.


Comments

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee ...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...

Laksa Kuah Merah resepi Dari Ganu Sedap

Siapa suka makan laksa kita geng. Kak Zai memang suka laksa, tak kisah la laksa apa pun, kalau ada depan mata semua kak zai ngap. Paling suka laksa kuah masak dan kuah putih dari Terengganu (dah nama pun asal ganu kan..hehehe). Tapi laksa Sarawak dan laksa penang pun akan hantu jugak ok. Sedap wei, kalau seharian makan laksa saja pun akak zai tak kisah. Kata orang makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap, kan sia-sia makan penampo..hehehe Layan gambar dari pakcik gugel..thanks pada empunyer pic.  Laksa penang Laksa Sarawak pun sedap Laksam memang peberet Ok la dah alang-alang cerita pasal laksa akak zai share la satu resepi laksa kuah masak atau kuah merah dari Ganu. Resepi ni akak cedok dari blog MamaSya yang pakar tu...terima kasih mamasya sebab share resepi best ni. Mama Sya izinkan saya pula share ya…lagipun untuk rujukan saya sendiri juga nanti senang kalau nak buat laksa kuah masok ni klik je blog sendiri…hihuhihu.   La...