Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Tips:Bibir seksi menawan

Nak bibir cantik,seksi menawan? Jom ikuti tips di bawah. Bibir Seksi Menawan Sebelum tidur,anda boleh sapukan madu lebah pada bibir untuk mendapatkan bibir yang kemerah-merahan dan kekal lembap sepanjang hari. Elakkan mengigit, menjilat dan menyapu dengan lidah kerana ini hanya akan membuatkan bibir kering. Sapukan salap bibir mengandungi pelindung matahari sebelum memakai gincu atau gincu mengandungi SPF ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Penjagaan yang baik dan sering diberi rawatan, kulit bibir berwarna kemerahan, lebih lembut, dan lembap. Kesannya, bibir akan lebih sihat, menarik dan seksi serta berwarna merah jambu serta semulajadi. Bibir tampak cantik menawan dengan hanya menggunakan pengilat bibir. Sekiranya anda berasakan bentuk bibir kurang sempurna, jangan berasa rendah diri. Untuk bibir yang seksi, hanya gunakan teknik solekan yang perlu dipelajari dan warna gincu yang tepat.Hasilnya nanti anda pasti puas hati dan dap

Senarai branch atau cawangan shaklee di Malaysia

Ibu Pejabat Shaklee Malaysia Shaklee Products (M) Sdn Bhd Level 9, The Pinnacle, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan Tel: 603-5622 3188 Fax: 603-5622 3099 Emel : customerinquiry@shaklee.com.my Waktu Perniagaan Isnin hingga Sabtu: 10:00 pagi hingga 7:00 malam Sila hubungi: Puan Suknit Kaur, Pengurus Jualan & Pemasaran Cawangan Di seluruh Malaysia Kuala Lumpur No. 32, Jln Rampai Maju 3, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur. Telefon : 603-4142 1067 Fax: 603-4142 1027 Hubungi : Ida ( Penyelia Cawangan Penang  No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6, Pusat Komersial Sunway Perdana, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang. Tel:  604-383 8261 Fax: 604-383 8560 Hubungi : Cannie Teoh (Penyelia Cawangan) Ipoh  32, Medan Istana 1,Bandar Ipoh Raya,30000 Ipoh. Telefon: 605-241 8260 Fax: 605-241 8263 Hubungi: Eunice Lau (Penyelia Cawangan) Johor Bahru 14, Jalan Molek 1/10,Taman Molek,81100 Johor Bahru. Telefon

Set Gout Shaklee

Tahukah Anda Apa itu Gout? Gout merupakan sejenis sakit sendi (arthritis) yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi jari kaki dan tangan yang bengkak dan merah . Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Gout:Sendi jari tangan membengkak dan sakit Gout menyerang sendi kaki Apa itu Asid urik? Asid urik berlebihan Asid urik adalah bahan buangan terhasil semasa proses penghadaman sejenis protin bernama purin. Apabila tubuh kita berlebihan asid urik yang terkumpul di dalam sendi, ia akan menyebabkan gout, batu karang, dan kegagalan buah pinggang. Serangan gout terbahagi kepada 2 jenis iaitu:- Serangan akut (tiba-tiba). Serangan kronik yang berpanjangan.  Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang,

Cara Guna eSell untuk Pembelian Secara Online

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni saya nak tunjukkan step by step menggunakan eSell untuk membuat pembelian produk Shaklee secara online.   eSell adalah online ordering system Shaklee yang membolehkan anda boleh membuat pembelian online atau dalam talian, tanpa melalui pengedar shaklee anda.Biasanya melalui blog, macam blog saya ni. Boleh order menggunakan Kad kredit atau kad debit anda. Lebih mudah pantas dan selamat. Tak perlu menghubungi SID jika anda sudah mengetahui apa yang anda perlukan. Jom tengok  dan follow step by step berikut... STEP 1: Setelah anda mengenal pasti produk yang ingin dibeli, klik gambar atau link e Sell yang diberi  untuk order Produk Shaklee. STEP 2: Setelah klik anda akan dibawa ke link online ordering agreement dimana anda perlu klik kat Agree  dan klik Next  untuk ke page seterusnya. STEP 3: Lepas tu akan akan terus nampak gambar produk2 macam gambar kat bawah ni (contoh). So anda boleh tick kat produk

Carotomax Shaklee: 7 manfaat utama yang tak boleh anda abaikan

Jika anda seorang yang mementingkan kesihatan dan sangat menjaga kesihatan,anda sepatutnya tidak mengabaikan 7 manfaat utama Carotomax Shaklee ni.Anda juga seharusnya mengamalkan carotomax jika anda betul-betul inginkan hidup yang sihat dan bahagia. Carotomax Shaklee 7 manfaat utama Carotomax Shaklee: Lebih selamat dari vitamin A - Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu vitamin A. Didapati juga pengambilan berlebihan vitamin A akan menyebabkan toksisiti. Walaubagaimanapun,ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu prekursor Vitamin A, dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan. Mempertingkatkan Penglihatan - Ia menghasilkan 'ungu visual' yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam dimata. Meredakan Penya

Pengalaman manis saya melahirkan zuriat...

Assalamualaikum dan salam ceria semua. 4 permata hati kami suami isteri Setiap ibu yang pernah melahirkan pastinya mempunyai pengalaman melahirkan yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang hayat mereka. Begitu juga saya,saya melahirkan 4 orang cahayamata. Semua anak-anak saya dilahirkan di hospital kerajaan,di tiga buah hospital yang berbeza.Duduk dalam wad kelas yang berbeza.Layanan yang berbeza,pengalaman yang berbeza. Pengalaman melahirkan anak sulung  Aysha Anak sulung saya, Ummi Syafiqa Aysha Zamri dilahirkan di Hospital Besar Kuala Terengganu.Waktu ni memang nak bersalin di kampung, maklumlah anak sulung. Pengalaman bersalin Aysha bagi saya amat manis. Saya tidak merasa sakit hendak bersalin,cuma pecah air ketuban je. namun apabila diperiksa oleh nurse dan doktor,mendapati Aysha telah berak dalam perut.Bimbang akan keselamatan nyawa anak dalam kandungan,saya dinasihatkan oleh doktor untuk melahirkan secara pembedahan,memandangkan jalan tidak terbuka

SERIMUKA PANDAN

Serimuka Pandan Kuih talam serimuka pandan yang sedap ni resepi daripada Chef Asma.Saya panjangkan pula di sini. Saya memang pengemar kuih talam serimuka ni,anak-anak pun suka,lagi la bersemangat nak buat. Potong kecil2 senang nak makan. Resepi Talam Seri Muka Sumber: Chef Asma Dr Dapur: Damai Qalbu (Loyang 10x10x2") Bahan Lapisan Bawah: 500 gm beras pulut 250ml santan pekat (asal 300ml) 250 ml air (asal 300 ml) 1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar) Cara: 1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(pulut susu rendam 1 jam) 2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering. 3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit. 4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati. 5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat. 6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan) Bahan Lapisan Atas: Bahan A 250 gm gula kastor/

Chewable Vita-C Plus 100mg

Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik. Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren. Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. Harga: RM 37.50 

Beg oh beg...

Beg oh beg...ada apa dalam beg saya?Biasalah kalau dalam handbag perempuan mesti banyak barang,apatah lagi kalau seorang ibu...macam-macam ada,macam poket doraemon..hahahahaa Saya surirumah,jadi saya jarang bergaya dengan handbag ni,biasa kalau ke pasar atau supermarket bawa beg kecil saja.Saya suka pakai sling bag,simple. My dream bag. Kat dalam tu ada:  purse, handphone, tisu...itu saja la. Kalau pergi window shopping atau bercuti baru bawa handbag yang besar sikit,kat dalam ada: purse, handphone, powerbank, tisu, wet tisu, compact powder, gincu, galaxy tab anak, buku nota kecil, pen, bisnes card Shaklee (extra banyak,mana tahu kalau jumpa prospek boleh bagi jer), magic book, flyers Shaklee buku bacaan yang bersaiz muat-muat beg,saya suka baca buku kalau perjalanan yang ambil masa panjang. tuala kecil gula-gula atau biskut anak...aduila ni pun masuk sekali. Rahsia dalam handbag saya telah terbongkar...banyak betul barang.Handbag

CoQHEALTH PLUS SHAKLEE

Perbezaan shaklee yang menjadikan CoQHealth Shaklee unik: Mengandungi campuran proprietari CoQ10 dan resveratrol, ramuan-ramuan yang membantu menjana jantung anda. Bagi jantung-satu sistem penghantaran dengan menggunakan minyak zaitun Semulajadi Tahukah anda apa itu CoQ10? CoQ10 adalah nutrien yang larut di dalam lemak, yang dihasilkan oleh tubuh dan wujud di dalam semua sel-sel. Konsentrasi yang tinggi nutrien ini ditemui di dalam organ yang bekerja keras dan memerlukan tenaga selular yang tinggi untuk berfungsi, seperti jantung,hati,buah pinggang dan pankreas. CoQ10 adalah penting bagi bertrilion sel-sel di dalam tubuh yang perlu menghasilkan tenaga mereka sendiri untuk terus hidup. Untuk menghasilkan tenaga, sel akan membakar gula dan lemak yang datang dari makanan yang kita makan. Nutrien-nutrien ini akan dipecahkan dan diangkut melalui laluan penghasilan-tenaga yang memerlukan CoQ10.Proses penghasilan tenaga ini diulangi beribu-ribu kali setiap saat untuk