Skip to main content

Tips hebat berblog yang sangat special!

Assalamualaikum dan salam ceria semua.



Semalam saya dan upline saya Dr Najihah sempat meluangkan masa ke Miri ke rumah Master hebat iaitu Master Azrin Mohd.Pemergian kami berdua bersama-sama anak-anak Dr Najihah jugak adalah bertujuan untuk menimba ilmu blog daripada PM Lyna Noh,yang datang daripada KL khhas untuk sharing.

Memang rasa sangat bersyukur sebab dapat pergi.Paling istimewa lagi,ilmu blog yang dishare oleh PM Lyna adalah yang pertama kali,maksudnya kami adalah orang pertama yang tahu rahsia hebat untuk berblog.

Sempat bergambar kenang-kenangan dgn Atuk Zainul
 sebelum pulang ke Bintulu

Kami Usahawan Shaklee yang bertuah!


Pertama kali juga bagi saya bertemu dengan dua orang Master hebat ni,terasa sangat aura hebat mereka tu.Sempat juga jumpa dengan Atuk Zainul Anuar.Atuk ni kelakar la orangnya,Asyik nak gelak je dengar beliau bercakap.Terasa kemesraan dalam keluarga Shaklee ni.Besttt....

get ready!


Anak-anak main sesama mereka,
sambil ibu-ibu menimba ilmu

Time makan paling best..
Me jawa special air tangan Mamarin.

Walaupun sekejap je gathering ni,ilmu daripada perkongsian PM Lyna sangat2 berguna pada kami yang baru nak berjinak2 dengan blog ni.

Kata Atuk...beruntung korang yang jadi orang pertama tahu rahsia ni,tapi kalau tak buat sama jgk macam tak tahu...sungguh mendalam maksudnya tu.tapi saya sangat setuju dengan Atuk Zainul.

Segala ilmu dan perkongsian ini akan saya applykan untuk memajukan lagi diri saya dalam bisnes Shaklee ni.Saya akan cuba untuk hadirkan diri ke setiap kelas yang akan diadakan pada masa akan datang demi untuk menjadi Pengedar Shaklee yang berilmu bukan sekadar menjual semata-mata.


(kredit gambar pada MamaRin dan Dr Najihah)


Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Benarkah Shaklee ni bisnes MLM yang menipu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share satu video mengenai MLM Shaklee dengan anda semua. Tapi sebelum tu nak juga bagitahu yang saya juga pernah terjebak dengan beberapa syarikat MLM yang lain. Saya pernah mendaftar sebagai ahli untuk beberapa buah syarikat lain. Syarikat apa? Biarlah rahsia...hihii. Tapi setakat ahli sahaja sebab selepas mendaftar ahli, saya akan di bawa ke syarikat mereka untuk dibagitahu "step" seterusnya untuk cepat naik pangkat. Wah time ni seronok tau sebab katanya cepat dapat naik pangkat dan income sangat lebat. Tapi tapi tapi bila dah tahu "step" yang seterusnya tu, saya terkedu. Mana tak, saya disuruh buat pinjaman dengan bank dengan sekian sekian amaun untuk beli pangkat iaitu beli stok banyak-banyak. Ya ampunnnn, saya mana boleh buat pinjaman bank sebab saya surirumah je. Kata mereka suruh jer suami yang buat...aduhhhh. Memang tak la suami nak terlibat. So harapan nak cari income lebih habis kat situ j...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...