Menakutkan |
Kanser perut atau kanser gastrik bukanlah penyakit baru dalam dunia perubatan. Ia seperti juga penyakit kanser yang lain,perlu dirawat awal untuk mencegah daripada merebak yang akhirnya boleh sampai ke tahap kronik kerana ia mampu memusnahkan sistem dalam perut seseorang.Adakah kerap gastrik dan sakit perut petanda awal kanser perut?Jom baca lagi.
Menurut pakar bedah dan runding gastrousus, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Ramesh Gurunathan, tanda-tanda awal kanser perut sama seperti gastrik iaitu kembung perut, sakit perut apabila makan dan cepat kenyang.
Apabila ada tanda-tanda sebegini, ramai yang cuba merawat penyakit mereka dengan membeli ubat di farmasi untuk melegakan kesakitan walaupun keadaan tersebut berulang setiap bulan,” ujarnya.
Ramai yang tidak sedar bahawa ia adalah tanda-tanda awal kanser perut kerana simptomnya sama dengan sakit perut biasa dan gastrik. Jadi tak kisah sangat untuk buat pemeriksaan lanjut...anggap tidak serius je.Anda silap besar!
Hanya satu cara saja untuk mengesan sama ada kesakitan tersebut disebabkan kanser atau tidak ialah dengan melakukan pemeriksaan endoskopi. Pemeriksaan endoskopi dilakukan dengan cara,kamera akan dimasukkan ke dalam perut bagi mengesan ketumbuhan atau ulser dan bakteria di dalam perut. Jika seseorang itu memilih untuk merawat sendiri, maka dia akan terlepas peluang mengesan kanser pada tahap awal,” jelasnya.
Simptom kanser perut pada tahap satu dan dua sama seperti gastrik kerana ia tidak menunjukkan perbezaan. Walaupun mempunyai simptom yang sama, tetapi gastrik dan kanser perut adalah dua penyakit yang berbeza.
Seseorang yang menghidap simptom seperti tiada selera makan, berat badan turun secara mendadak, muntah-muntah sejurus habis makan dan najis berwarna hitam pada tahap tiga dan empat yang boleh menyebabkan kematian.
Kanser pada tahap dua dan tiga boleh dirawat melalui pembedahan, manakala tahap empat biasanya pesakit akan menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi kerana sel kanser telah merebak ke hati dan paru-paru.
(sumber: SINI )
Jadi sekarang anda dah tahu serba sedikit mengenai gejala-gejala atau tanda-tanda awal kanser perut.Jika anda kerap mengalaminya dan tidak pernah membuat pemeriksaan doktor,sekaranglah masanya anda pergi jumpa doktor buat pemeriksaan,jangan tunggu dah serius baru nak jumpa doktor,bimbang nanti dah terlambat.
Tahukah anda?
Bakteria H.Pylori |
Penemuan bakteria Helicobacter pylori ( atau lebih dikenali sebagai H. Pylori ) oleh dua orang saintis Warren dan Marshall pada 1982 menguatkan lagi bahawa kanser gastrik perlu diatasi. Ini kerana bakteria H. Pylori boleh hdup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis enzim yang meneutralkan asid tersebut.
Kenali Kanser Gastrik ( Perut )
Seperti mana organ-organ yang lain di dalam tubuh, perut terdiri daripada pelbagai jenis sel. Kanser perut (Gastrik) berlaku apabila sel-sel di kawasan perut menjadi tidak normal dan mula membahagi tanpa kawalan. Penggandaan sel-sel ini akan menjejaskan sel-sel yang sihat disekitarnya.
Lapisan perut disebut epitelium dilapisi banyak lipatan. Epitelium ini pula disaluti bahan lendir (mukosa gastrik) yang dikeluarkan oleh kalenjar khas. Kanser perut didapati merebak dari pelbagai peringkat yang menjejaskan epitelium.
Tanda-tanda awal lain kanser perut (gastrik) yang perlu diawasi:
Berat badan menyusut dan rasa letih tanpa sebab bersama-sama dengan simptom-simptom berikut:
- senak dan pedih hulu hati
- rasa tidak selesa atau sakit di dalam abdomen
- perut terasa kembung selepas makan
- hilang selera makan
- pendarahan (muntah darah atau najis berdarah)
Salah satu daripada tanda-tanda ini mungkin disebabkan oleh kanser atau masalah kesihatan lain yang tidak begitu serius, umpamanya virus di dalam perut atau ulser. Jika anda mengalami mana-mana satu tanda-tanda ini,anda haruslah berjumpa doktor dengan segera.Mencegah adalah lebih baik daripada merawat andainya kanser gastrik sudah pada tahap kronik.
Punca yang menyebabkan Kanser Perut ( Gastrik)
Ia terbahagi kepada 2 punca:
1.Kanser perut yang TIADA kaitan dengan bakteria H. Pylori.
- Tidak kerap berlaku,tetapi kini kian bertambah. Para penyelidik percaya bahwa amalan memakan makanan yang telah diawet sama ada dikeringkan, disalai, dimasinkan atau jeruk yang boleh menyebabkan kanser perut. Pendedahan kepada habuk atau asap yang tertentu juga telah dikaitkan dengan peningkatan risiko yang lebih tinggi daripada biasa untuk mendapat kanser perut.
2.Kanser perut yang dikaitkan dengan bakteria H.Pylori.
- Bakteria H.Pylori telah dikelaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai Karsinogen Definitif Kumpilan 1 (agen penyebab kanser) yang menyebabkan kanser. Bakteria H.Pylori lazim didapati hidup di dalam lapisan perut. Ia dipercayai punca yang menyebabkan kebanyakkan ulser duo-denum (usus kecil) dan lebih dua pertiga daripada ulser perut yang menunjukkan tanda-tanda seperti pedih hulu hati, senak dan rasa tidak selesa dan sakit di dalam abdomen.
- H.Pylori lazimnya dikaitkan dengan gastritis yang tidak teruk dan kadangkala dengan gastritis atropik kronik yang boleh beransur teruk menjadi kanser gastrik. H.Pylori meningkatkan sehingga 6 kali ganda risiko seseorang itu mendapat kes kanser gastrik. Di sesetengah negara, 60 peratus daripada kes kanser gastrik dipercayai berpunca daripada H.Pylori.
Kanser Gastrik (perut) |
Tuhakah anda?
Berdasarkan 10 kanser teratas yang paling umum menyerang masyarakat Malaysia, kanser perut berada di tangga ketujuh menyerang lelaki manakala di tangga yang kesepuluh menyerang wanita.
Statistik mendedahkan golongan lelaki lebih ramai mendapat kanser perut mungkin kerana tabiat minum minuman keras dan merokok.
Di Malaysia sejak tahun 1997, sekitar 700 kes baru kanser perut dilaporkan. Sedekad kemudian, angka tersebut meningkat dua kali ganda iaitu sebanyak 1,400 kes.
Daripada jumlah tersebut, setiap tahun sekurang-kurangnya 10 peratus penghidap kanser meninggal dunia. Peningkatan itu dikaitkan dengan kurangnya pengetahuan orang ramai terhadap tanda-tanda awal penyakit itu. (Sumber:SINI )
Takut kan, kanser menyerang dalam senyap,sedar-sedar dah kronik.Senyap tu maksudnya kita tak pernah menyangka bahawa sakit perut yang kita anggap biasa tu adalah petanda kita menghidap kanser perut!
Oleh itu,sama-samalah kita amalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan diet seimbang yang sihat,melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam,melakukan aktiviti rohani serta mengamalkan suplemen sebagai langkah pencegahan bermula daripada sekarang.Masih belum terlambat kalau nak mulakan sekarang,bak kata orang putih, "Better Late Then Never"
Sesekali harus juga buat detoks usus dengan suplemen Shaklee iaitu Herblax atau Alfalfa Complex,detoks dan cuci usus tarik keluar lemak dan bahan-bahan sisa yang bertoksik sejak sekian lama ada kat dalam usus tu.Kita berusaha untuk mencegah,Allah jua yang menentukan.
Suplemen untuk detoks |
Detoks Usus |
Jika anda berminat nak detoks usus atau berminat nak tahu suplemen apa yang sesuai untuk meningkatkan tahap kesihatan anda,bolehlah hubungi saya untuk kita sama-sama bercerita. Setiap orang keperluan suplemen adalah berbeza-beza,perlu tahu keadaan diri sendiri sebelum mengambil apa-apa suplemen supaya ianya memberi kesan yang terbaik dan tidak membazir.Perlu bertanya dan jangan asal beli dan makan saja,kena ada ilmu dan pengetahuan juga ok.
DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan
untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.
Jika
anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan
dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi
saya
Puan
Zainah Mukhtar
No ID : 1137968
Sms
/ WhatsApp: 019-2598492
FB:
zainah mukhtar
FB
Page: zaizamrich vitashop
Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.
COD
Bintulu, Niah & Bekenu
Comments
Post a Comment