Skip to main content

Pengorbanan dalam misi menuntut ilmu!

Sijil pertama daripada Sykt Shaklee...
sijil2 lain bakal menyusul.

Alhamdulillah syukur pada yang Maha ESA,pada 16hb November,hari Ahad,saya dapat menghadirkan diri ke Bengkel Nutrisi Shaklee yang diadakan di Imperial Palace Miri.

Terima kasih pada suami dan anak2 yang berkorban untuk misi menuntut ilmu ibu ni.Sangat2 menghargainya.Sayang korang semua!

Saya memang dah lama nak join kelas anjuran syarikat,sebab saya nak mendalami lebih detail mengenai produk.Bukan sekadar menjual tapi saya nak share kebaikan produk dengan masyarakat di luar sana.Macammana saya nak share jika saya tak cari ilmu,betul tak?

Di bengkel ni kami para SID semua belajar lebih detail mengenai produk2 Shaklee.Banyak info2 baru yang saya dapat,di mana ianya tak ada kat mr google...hihiii

Yang bestnya Pakar Nutrisionist Shaklee ni iaitu Tracy sangat happening! Penyampaian yang menyeronokkan dan mudah faham,tak sempat nak pancing ikan pun..pancing ikan tu mengantuk la...

Ni diberi percuma untuk kami.
Vita Lea 2 biji seorang.
Dapat cuba masker daripada SCP..kolagen Shaklee
(kredit gambar to Jennifer Balan)

Yang ni dapat hadiah kuiz berkumpulan..No 2.

Banyak hadiah percuma!
(kredit gambar to Jennifer Balan)


Antara SID yang hadir.

Dapat tips daripada Master!

Makanan pun sedap!..hahaaa

Saya menjadi orang pertama yang mendapat hadiah.

Geng Misi Blog MamaRin..Jen  dan Winnie

Masker SCP in the making!
 
Dewan masih kosong..saya jadi yang pertama datang!
Saya sangat bertuah sebab suami saya sangat menyokong usaha saya ni.Sampaikan anak2 terpaksa ponteng sekolah gara2 nak sokong ibunya ni.Sanggup datang daripada Bintulu ke Miri.

Tapi kalau ada masa dan ruang saya nak lagi pergi kelas macam ni,tak kira kat mana sekalipun.Saya nak ilmu dan nak share dengan masyarakat kat luar sana yang memerlukan.

Misi menuntut ilmu yang lain bakal menyusul,takkan berhenti setakat ini sahaja!


Comments

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee ...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...

Laksa Kuah Merah resepi Dari Ganu Sedap

Siapa suka makan laksa kita geng. Kak Zai memang suka laksa, tak kisah la laksa apa pun, kalau ada depan mata semua kak zai ngap. Paling suka laksa kuah masak dan kuah putih dari Terengganu (dah nama pun asal ganu kan..hehehe). Tapi laksa Sarawak dan laksa penang pun akan hantu jugak ok. Sedap wei, kalau seharian makan laksa saja pun akak zai tak kisah. Kata orang makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap, kan sia-sia makan penampo..hehehe Layan gambar dari pakcik gugel..thanks pada empunyer pic.  Laksa penang Laksa Sarawak pun sedap Laksam memang peberet Ok la dah alang-alang cerita pasal laksa akak zai share la satu resepi laksa kuah masak atau kuah merah dari Ganu. Resepi ni akak cedok dari blog MamaSya yang pakar tu...terima kasih mamasya sebab share resepi best ni. Mama Sya izinkan saya pula share ya…lagipun untuk rujukan saya sendiri juga nanti senang kalau nak buat laksa kuah masok ni klik je blog sendiri…hihuhihu.   La...