Skip to main content

Derita bibir kering akibat ulser!

ulser mulut/bibir
Sakitnya bila kena ulser kat bibir.Nak boleh baik makan masa seminggu jugalahkan.Siapa yang pernah kena memang tahulah bagaimana rasa sakitnya tu,derita sekejap.Tidur pun air liur banyak meleleh wei..huhuu.Nak berkumur dan gosok gigi,ya ampunnn sakitnyaaa.Bibir pun jadi kering dan mengelupas.

Saya tengah ada ulser kat bibir sekarang ni.Saya google cari petua nak sembuh cepat.Jadi saya ada jumpa beberapa petua,ada yang pernah saya cuba jugak.Walaupun dah berulangkali kena,masih juga menggoogle cari petua...hahhaaa.

Jadi sekarang saya abadikan kat dalam blog saya ni untuk rujukan saya dimasa depan.Juga untuk dikongsi bersama-sama kepada yang memerlukan..hihiiii.Sebelum ni takde blog,jadi sekali baca lepas tu lupa dah.Bila kena, cari lagi google lagi.

Jom baca perkongsian tentang ulser ni.

Simptom-simptom ulser mulut:

Tompokan warna putih dan terasa sakit apabila tersentuh terutama masa makan. Tompokan ini boleh berlarutan 7 hingga 14 hari.

Bagaimana ulser mulut / bibir boleh terjadi?
  • Jangkitan bakteria, virus atau fungus.
  • Akibat kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah serta terkena dawai alat ortodontik.
  • Kekurangan zat besi, asid folik dan vitamin B 12 dalam badan.
  • Lemah sistem imuniti badan.
  • Punca-unca yang tidak dapat dipastikan.

Petua nak mengatasi atau nak sembuhkan ulser?
Elak makanan masam
Dikatakan makanan masam boleh menyebabkan iritasi pada permukaan kulit yang terkena ulser. Kalau boleh elakkan makanan masam seperti buah limau, oren, lemon dan banyak lagi.Sakit sangat kalau makan makanan masam ni,tak tertahan wooo...kalau nak makan yang masam2 ni kena tunggu ulser sembuh dulu..hihiii
Vitamin B
Dikatakan seseorang yang kekurangan zat besi atau B12 akan lebih mudah untuk mengalami ulser. Kekurangan zat besi dan B12 dalam bandan anda akan menyebabkan anda medah mendapat  ulser. Suplemen vitamin B 12, suplemen B9, serta makanan yang banyak mengandungi zat besi boleh membantu  mencegah dan membantu menyembuhkan ulser.Saya pengamal Vitamin B Complex Shaklee ,memang terbaik!
Air dan baking soda
Air dan baking soda yang telah dicampurkan disapukan pada bahagian ulser. Anda akan mengalami rasa pedih tetapi semakin pedih yang anda rasakan, dikatakan semakin berkesan ianya pada ulser anda. Bahan campuran air dan baking soda ini adalah cara cepat menyembuhkan ulser di bibir.Boleh cuba sendiri,Saya belum pernah cuba...hihiii
Air kelapa
Kadang-kala ulser dikatakan terjadi disebabkan oleh panas berlebihan dalam tubuh. Air kelapa dipercayai dapat memberikan kesan sejuk. Air kelapa juga dikatakan boleh menstabilkan panas tubuh dan membantu mempercepatkan untuk ulser sembuh.
Air dan garam
Ini sangat pedih,saya dah cuba.Air yang dicampur garam juga salah satu cara untuk membantu menyembuhkan ulserdengan lebih cepat. Kumurkan air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa yang ditimbulkan oleh ulser. Air garam juga dipercayai dapat mengurangkan jangkitan pada mulut anda.
Gliserin
Anda boleh mendapatkan gliserin di farmasi atau pasar raya berdekatan dengan rumah anda. Gliserin boleh mengurangkan pengeluaran air liur yang membuatkan ulser semakin dijangkiti. Dengan itu, gliserin boleh membantu penyembuhan ulser anda.Cara ni saya tak pernah cuba.Anda boleh cuba sendiri.
Vitamin C
Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, selain mengambil suplemen vitamin B12 atau menambah pengambilan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi, vitamin C juga mempunyai peranan yang hampir sama dalam mengatasi ulser. Memperbanyakkan penggunaan vitamin C juga dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan ulser.Saya memang ambil Vitamin C Shaklee.
Kalau anda nak dapatkan Vitamin C dan Vitamin B Complex boleh je hubungi saya.Saya boleh bantu...just hubungi no 019-2598492 / Zainah.Nak pm kat FB pun boleh zainah mukhtar kena add friend dulu la.


Comments

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee

SERIMUKA PANDAN

Serimuka Pandan Kuih talam serimuka pandan yang sedap ni resepi daripada Chef Asma.Saya panjangkan pula di sini. Saya memang pengemar kuih talam serimuka ni,anak-anak pun suka,lagi la bersemangat nak buat. Potong kecil2 senang nak makan. Resepi Talam Seri Muka Sumber: Chef Asma Dr Dapur: Damai Qalbu (Loyang 10x10x2") Bahan Lapisan Bawah: 500 gm beras pulut 250ml santan pekat (asal 300ml) 250 ml air (asal 300 ml) 1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar) Cara: 1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(pulut susu rendam 1 jam) 2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering. 3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit. 4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati. 5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat. 6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan) Bahan Lapisan Atas: Bahan A 250 gm gula kastor/

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Profesio