Skip to main content

Jenis-jenis gemuk.Anda gemuk jenis yang mana satu?

Apa itu GEMUK?

Sangat tidak seronok bila kita dikategorikan sebagai seorang yang gemuk bukan.

anda gemuk jenis yang mana satu
Kegemukan


Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal.
Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan seperti di bahagian perut,paha,punggung dan betis.


Gemuk boleh dibahagikan kepada 4 jenis utama.


Gemuk Angin
  • Gemuk angin adalah keadaan badan yang macam lembik-lembik bila dipicit. Selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan kerap kentut.Gemuk jenis angin ini agak mudah nak turun beratnya kalau kena kaedah dan cara yang betul.

Gemuk Air
  • Kategori ini disebabkan badan menyimpan kapasiti air yang tidak diperlukan oleh tubuh.Keadaan badan biasanya akan menggelambir dan lembik disebabkan oleh  air yang berlebihan tadi.
  • Kebiasaannya, orang yang gemuk air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Jika ditimbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau lebih.Ini menunjukkan bahawa terdapat lebihan gumpalan air dalam badan. Biasanya gemuk jenis ini tak susah sangat berat nak turun.
Gemuk Daging
  • Keadaan badan biasanya  berasa berat dan pejal. Gemuk jenis ini terjadi disebabkan oleh masalah kegemukan yang telah lama terjadi, contohnya semenjak kecil lagi memang badan jenis tembam dan bulat. Nak tahu macam mana,cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu  dikategorikan sebagai gemuk daging. Proses untuk mengurangkan berat badan bagi gemuk jenis ini adalah agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya,cuma kena banyak bersabar dan berusaha,insyaAllah berkesan.

Gemuk Lemak
  • Boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon,kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak.Lebih kerap berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.
kegemukan
Gemukk???
Apa pun jenis gemuk anda, jika anda ingin mengurangkannya SERTA INGIN HIDUP YANG LEBIH SIHAT DAN BERKEYAKINAN, berusahalah sebaik mungkin dan jangan berputus asa.InsyaAllah pasti berjaya.Apa yang penting,amalkan cara hidup sihat, jaga pemakanan serta selalu bersenam dan boleh juga mengambil suplemen untuk kesan yang terbaik.Shaklee ada menawarkan beberapa produk seperti SET KURUS SHAKLEE .


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.


Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya

Puan Zainah Mukhtar
No ID : 1137968
Sms / WhatsApp: 019-2598492
FB: zainah mukhtar
FB Page: zaizamrich vitashop
Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.
COD Bintulu, Niah & Bekenu





Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Benarkah Shaklee ni bisnes MLM yang menipu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share satu video mengenai MLM Shaklee dengan anda semua. Tapi sebelum tu nak juga bagitahu yang saya juga pernah terjebak dengan beberapa syarikat MLM yang lain. Saya pernah mendaftar sebagai ahli untuk beberapa buah syarikat lain. Syarikat apa? Biarlah rahsia...hihii. Tapi setakat ahli sahaja sebab selepas mendaftar ahli, saya akan di bawa ke syarikat mereka untuk dibagitahu "step" seterusnya untuk cepat naik pangkat. Wah time ni seronok tau sebab katanya cepat dapat naik pangkat dan income sangat lebat. Tapi tapi tapi bila dah tahu "step" yang seterusnya tu, saya terkedu. Mana tak, saya disuruh buat pinjaman dengan bank dengan sekian sekian amaun untuk beli pangkat iaitu beli stok banyak-banyak. Ya ampunnnn, saya mana boleh buat pinjaman bank sebab saya surirumah je. Kata mereka suruh jer suami yang buat...aduhhhh. Memang tak la suami nak terlibat. So harapan nak cari income lebih habis kat situ j...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...