Skip to main content

Awas komplikasi disebabkan buasir semasa hamil

Komplikasi membahaya

Walaupun buasir dianggap masalah biasa yang berlaku kepada wanita hamil,namun dalam sedar atau tidak, ia juga boleh mendatangkan komplikasi kepada ibu hamil.
 
Buasir adalah bengkak pada saluran dubur dan rektum.Menurut Pakar O&G Hospital Pakar DEMC Shah Alam, Dr Jumeah Shamsuddin, buasir berlaku disebabkan oleh simpulan dan pengembangan saluran darah (vena varikos) pada dinding dubur dan rektum bersama lapisan tisu di atasnya ke arah saluran usus dan kadangkala boleh membonjol sehingga terkeluar daripada bukaan dubur.

Buasir semasa hamil boeh berlaku di atas sebab2 berikut:
  1. Peningkatan Hormon Progesteron - yang akan memperlahankan pergerakan otot licin di seluruh tubuh termasuk rahim,usus dan pundi kencing. Kesan dari hormon progesteron ini ke atas saluran penghadaman menyebabkan pergerakan makanan melalui usus mengambil masa yang lebih lama berbanding wanita yang tidak hamil. Ini menyebabkan najis yang terbentuk lebih keras dan membawa kepada masalah sembelit yang lebih ketara semasa trimester ketiga. Sembelit meningkatkan kemungkinan terjadinya buasir.
  2. Berlaku kerana peningkatan tekanan intra-abdominal akibat rahim yang membesar dan ini juga menyebabkan pengembangan saluran darah di bahagian dubur dan rektum. Masalah ini selalunya menyebabkan tanda-tanda seperti pendarahan yang berupa titisan darah selepas najis keluar, gatal dubur, sakit dan ada ketikanya najis akan berdarah. Kemungkinan masalah ini berulang semasa atau selepas kelahiran bayi akan meningkat jika ia tidak dikawal.
Komplikasi kepada ibu hamil:
  1. Aneamia (kekurangan sel darah merah) sekiranya mengalami pendarahan yang kronik disebabkan buasir dan tidak mendapat rawatan.
  2. Buasir luaran yang besar boleh menyebabkan kesakitan yang berganda jika saluran darahnya tersempit.
  3. Penggunaan bius semasa hamil dalam rawatan buasir yang berkomplikasi mungkin akan memberi kesan kepada ibu hamil itu sendiri serta mungkin membawa keguguran atau kelahiran pramatang bergantung kepada umur kandungan ketika prosedur dijalankan.
 Pencegahan yang boleh dilakukan:
  • Menjaga kesihatan usus/sistem penghadaman dengan mengambil makanan yang berserat tinggi seperti roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu atau tahan, najis akan menjadi keras dan kering dan ini akan menimbulkan masalah sembelit.
  • membuat senaman lantai pelvis setiap hari boleh membantu mengelakkan buasir daripada berlaku dan juga boleh membantu semasa proses bersalin dan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.
 Dapatkan nasihat doktor jika anda masih mengalami buasir selepas meningkatkan pengambilan serat dan senaman harian.

Menurut Dr Jumeah, cara terbaik untuk mengelakkan buasir adalah dengan memastikan anda tidak sembelit supaya apabila membuang air besar, ia berjalan lancar dan mudah.

Tip-tip berikut mungkin dapat membantu ibu hamil yang mempunyai buasir:
  • Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan daripada menggaru tempat yang gatal kerana ia hanya akan membuatkannya bertambah teruk.
  • Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
  • Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya.
  • Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila mandi.
  • Anda juga boleh minta doktor untuk mempriskripsikan ubat sapu yang lembut atau ubat jenis supositori (yang perlu dimasukkan ke dalam dubur) untuk melegakan kesakitan. 
Dalam kebanyakan kes, buasir akan kecut atau hilang dengan sendiri apabila badan anda sembuh selepas melahirkan.
 (Sumber rujukan artikel:Majalah Keluarga Oktober 2012:Kehamilan)

Jika anda berminat untuk mengatasi buasir dengan mencegah sembelit dengan bantuan suplemen Shaklee,anda boleh mencuba mengambil  SET BUASIR SHAKLEE 

Anda juga boleh terus membuat belian dengan klik pada gambar di bawah ni.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=4a2cde3ca35a41a388c8cc1e19edcbdb




DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.


Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya

Puan Zainah Mukhtar
No ID : 1137968
Sms / WhatsApp: 019-2598492
FB: zainah mukhtar
FB Page: zaizamrich vitashop
 Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.
COD Bintulu, Niah & Bekenu

Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Benarkah Shaklee ni bisnes MLM yang menipu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share satu video mengenai MLM Shaklee dengan anda semua. Tapi sebelum tu nak juga bagitahu yang saya juga pernah terjebak dengan beberapa syarikat MLM yang lain. Saya pernah mendaftar sebagai ahli untuk beberapa buah syarikat lain. Syarikat apa? Biarlah rahsia...hihii. Tapi setakat ahli sahaja sebab selepas mendaftar ahli, saya akan di bawa ke syarikat mereka untuk dibagitahu "step" seterusnya untuk cepat naik pangkat. Wah time ni seronok tau sebab katanya cepat dapat naik pangkat dan income sangat lebat. Tapi tapi tapi bila dah tahu "step" yang seterusnya tu, saya terkedu. Mana tak, saya disuruh buat pinjaman dengan bank dengan sekian sekian amaun untuk beli pangkat iaitu beli stok banyak-banyak. Ya ampunnnn, saya mana boleh buat pinjaman bank sebab saya surirumah je. Kata mereka suruh jer suami yang buat...aduhhhh. Memang tak la suami nak terlibat. So harapan nak cari income lebih habis kat situ j...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...