Skip to main content

Hargai titik peluh anak-anak,wajib bangga dengan mereka!

Assalamualaikum dan salam ceria semua.

Abang chik dapat Anugerah Pencapaian no 2 dalam kelas.
Baru berkesempatan nak share kisah 3 hari yang lepas.Minggu terakhir persekolahan sebelum cuti akhir tahun bermula,sekolah anak saya mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang.Majlis Anugerah Cemerlang SK Kidurong 2014 diadakan di Dewan Suarah Bintulu bagi menghargai murid-murid yang menunjukkan pencapaian cemerlang sepanjang tahun.Kita sebagai ibu bapa  perlu hargai titik peluh anak-anak dan wajib bangga dengan mereka!

Abang chik dan Guru Kelas 2 Dahlia..Cikgu Huda.

Tahun ni hanya abang chik je yang mendapat anugerah cemerlang tahun 2.Abang ngah tak dapat,sebab kurang cemerlang...huhuuuu..takpe tahun depan abang ngah kena pulun untuk dapat 5A dalam UPSR.

Abang chik..Haziq dan rakan sekelas.

Syukur alhamdulillah abang chik menunjukkan prestasi yang membanggakan.Terima kasih pada guru-guru yang memberi tunjuk ajar pada abang chik.Jasamu dikenang cikgu.

Abang chik dan rakan sekelas...yang dapat no 1,2 dan 3.


Proud of you my son.
 Saya amat bangga dengan abang chik dan abang ngah sebab menunjukkan peningkatan dalam pelajaran. Walaupun abang ngah tak dapat anugerah cemerlang tapi abang ngah juga dah menunjukkan prestasi yang membanggakan.Teruskan usaha anak-anakku.

Abang ngah dan abang chik ni kat rumah tak belajar mana pun,sekadar siapkan kerja sekolah je.Mungkin mereka fokus semasa dalam kelas kot,itu la yang membantu mereka meningkatkan prestasi masing-masing tu.Anak-anak lelaki berbeza dengan anak perempuan.Jika nak bandingkan,anak perempuan saya, kak long lebih rajin membuat ulangkaji di rumah.

Setiap anak ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing.Kita sebagai ibu bapa perlu memberi dorongan dan sokong serta nasihat sepanjang masa.Perlu memastikan mereka sentiasa gembira ketika turun ke sekolah,kena peluk cium sebelum lepaskan mereka ke sekolah.Bagi aura positif.Dengan aura positif mereka akan lebih gembira dan dapat memberi fokus pada pelajaran di sekolah.

Sebelum turun sekolah anak-anak saya wajib ambil sarapan pagi. Paling simple pun mesti ambil susu campur Meal Shake.Tenaga untuk mereka sehingga tiba waktu rehat.

Yaya pun nak interprem gak..hihii


Persembahan istimewa daripada guru-guru SK Kidurong.

Apa-apa pun hargai anak-anak kita,ucapkan syabas pada kejayaan dan usaha yang mereka berikan.Mungkin ada yang tidak mendapat anugerah cemerlang,tetapi mereka tetap cemerlang dihati setiap ibu bapa.Sentiasa memberi dorongan dan sokongan agar  mereka terus berusaha lebih gigih di tahun mendatang.






Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...

Macam mana nak hilangkan parut chicken pox dengan cepat

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pengunjung blog Zai. Kali ni saya nak share satu testimoni baik punyer. Testimoni daripada suami Zai sendiri. Tahun lepas suami kena chicken pox di usia 43 tahun ok. Boleh bayangkan tak macam mana teruknya. Ramai yang kata kalau kena chicken pox masa dewasa teruk sangat dan terbukti teruk ( merujuk kepada kes suami Zai la). Satu badan dari kepala hingga hujung kaki semua naik biji chicken pox tu. Terlantar 3 hari tak bermaya tanpa makan ok. Parut hitam Jom baca sendiri pengalaman suami Zai ni macam mana dia hilangkan parut chicken pox dengan cepat, parut yang tumbuh melata di seluruh badan beliau...hihiii. Assalamualaikum , nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas. Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Se...