Skip to main content

7 petanda gejala diabetes yang sering diabaikan yang akhirnya membawa padah!



Penyakit paling ditakuti kebanyakkan  rakyat Malaysia  ialah penyakit tiga serangkai. Darah tinggi, diabetes dan sakit jantung Memanglah semua penyakit tu datang dari Allah asbab cara hidup kita. Seringkali di usia muda, kita tidak terlalu mengambil berat tentang kesihatan.Bila umur mencecah 30-an pelbagai penyakit mula menjenggah tiba.Masa ini jugaklah sibuk nak cari suplemen dan macam-macam petua nak cuba atasinya.



Tahukah anda bahawa sekali anda didiagnosa mendapat penyakit diabetes,amatlah sukar untuk kembali pulih.Lebih-lebih lagi bila dah di peringkat yang teruk atau akhir sesuatu penyakit itu.

Bercakap mengenai diabetes suka saya nak kongsikan kepada anda 7 gejala awal amaran diabetes yang baru nak melekat pada anda.Ini saya kongsikan pada yang tak pernah jumpa doctor atau tak pernah tahu apa itu diabetes.Sebenarnya setiap daripada kita berpotensi mendapat diabetes.


Definisi  Diabetes

Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin. Insulin membolehkan glukosa memasuki sel-sel dalam badan. Sel-sel ini kemudiannya menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat.Ianya dikenali sebagai kencing manis.



Terdapat 2 jenis diabetes:

I. Diabetes yang bergantung kepada insulin (IDDM atau diabetes Jenis I).
II. Diabetes yang tidak bergantung kepada insulin (NIDDM atau diabetes Jenis II)




7  gejala amaran atau tanda-tanda diabetes yang sering diabaikan:
  1. Kerap membuang air kecil
  2. Terasa amat dahaga
  3. Kabur penglihatan
  4. Nafas berbau manis
  5. Penurunan berat badan
  6. Keletihan
  7. Luka yang lambat sembuh

Gejala diabetes ini adalah untuk kedua-dua jantina, tua ataupun muda adalah serupa. Pesakit diabetes yang tidak bergantung kepada insulin mungkin hanya mendapat sedikit sahaja gejala di atas ataupun tidak mempunyai gejala langsung. 



Jika anda mempunyai gejala seperti di atas,perlulah segera berjumpa dengan doktor,buat pemeriksaaan untuk penyakit diabetes.Lebih awal anda tahu anda dah kena diabetes,lebih mudah untuk anda kawal diabetes anda daripada menjadi lebih teruk.


Komplikasi Diabetes:

Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak didiagnos boleh merosakkan saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang. Ini adalah kesan jangkamasa panjang ya.

Selain daripada mengambil ubat yang disarankan oleh doktor,pesakit diabetes juga perlu mengawal tahap diabetes mereka sendiri agar tidak menjadi bertambah teruk.



Nak kawal Diabetes?

Penjagaan Sendiri :

• Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula dan lemak yang tinggi
• Jangan mengambil snek di antara waktu makan
• Jangan melangkau waktu makan anda
• Berhenti merokok
• Berhenti mengambil alkohol
• Berjumpalah doktor anda selalu
• Bawa bersama-sama anda kad yang mengenalkan anda sebagai pesakit Diabetes (Medic Alert). Kad ini akan menunjukkan jenis dan jumlah dos insulin yang diambil oleh anda.
• Bersenamlah secara tekal, dapatkan ujian darah terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti anda (jangan bersenam selepas sahaja mendapat suntikan insulin).
• Dapatkan pemeriksaan mata anda secara berkala.
• Jaga kaki anda dengan baik. Jangan cuba merawat sendiri belulang yang terdapat di kaki.

Saya juga ingin kongsikan dengan semua bahawa dengan mengamalkan suplemen pesakit juga dapat membantu mengawal tahap diabetes mereka daripada bertambah teruk.Tetapi perlulah mendapatkan nasihat daripda doktor terlebih dahulu.

Shaklee mempunyai suplemen terbaik yang dijamin SELAMAT, BERKESAN & SEMULAJADI untuk kesihatan.Kita perlu juga mengambil suplemen untuk kesihatan,bukan dah sakit baru terhegeh-hegeh nak cari suplemen.Bimbang masa tu dah terlambat,biarpun suplemen yang mahal atau terbaik,mungkin tidak lagi berkesan.Jadi perlulah kita amalkan sebelum kita ada 7 gejala amaran diabetes tu tadi.

Suplemen untuk mengawal tahap diabetes adalah

Suplemen membantu mengawal tahap diabetes
daripada menjadi bertambah teruk.



DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.


Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya

Puan Zainah Mukhtar
No ID : 1137968
Sms / WhatsApp: 019-2598492
FB: zainah mukhtar
FB Page: zaizamrich vitashop
 Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.
COD Bintulu, Niah & Bekenu

Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Benarkah Shaklee ni bisnes MLM yang menipu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share satu video mengenai MLM Shaklee dengan anda semua. Tapi sebelum tu nak juga bagitahu yang saya juga pernah terjebak dengan beberapa syarikat MLM yang lain. Saya pernah mendaftar sebagai ahli untuk beberapa buah syarikat lain. Syarikat apa? Biarlah rahsia...hihii. Tapi setakat ahli sahaja sebab selepas mendaftar ahli, saya akan di bawa ke syarikat mereka untuk dibagitahu "step" seterusnya untuk cepat naik pangkat. Wah time ni seronok tau sebab katanya cepat dapat naik pangkat dan income sangat lebat. Tapi tapi tapi bila dah tahu "step" yang seterusnya tu, saya terkedu. Mana tak, saya disuruh buat pinjaman dengan bank dengan sekian sekian amaun untuk beli pangkat iaitu beli stok banyak-banyak. Ya ampunnnn, saya mana boleh buat pinjaman bank sebab saya surirumah je. Kata mereka suruh jer suami yang buat...aduhhhh. Memang tak la suami nak terlibat. So harapan nak cari income lebih habis kat situ j...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...