Skip to main content

Kurang vitamin semasa hamil :Ibu hamil dan bayi dalam bahaya

  
vitamin ibu mengandung

Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan mencari sumber nutrisi terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrien yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan atau loya serta muntah yang teruk.

Jika keadaan ini berlarutan,si ibu dan bayi dalam kandungan  mungkin akan menghadapi masalah berdepan dengan risiko kematian.Nutrisi yang terbaik dan mencukupi sangat penting kepada si ibu dan juga bayi bagi mengelakkan terjadinya masalah seperti berikut:

  1. Kelahiran pramatang
  2. Kecacatan pada bayi
  3. Kekurangan berat badan bayi semasa dilahirkan
  4. Perkembangan saraf dan otak bayi terencat
  5. Kekurangan air ketuban dan darah pada ibu (Pre-eclampsia )
  6. Kekejangan otot,kerosakan gigi,risiko osteoprosis kepada ibu
  7. Sistem imuniti bayi menjadi lemah
  8. Risiko keguguran dan kematian bayi dalam kandungan/semasa dilahirkan



Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan. 

Bahaya kekurangan vitamin semasa hamil,secara ringkasnya;

Asid Lemak Perlu/omega
Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah lebih baik jika berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.

Protein

Ibu mengandung memerlukan protein sekitar 75gram atau lebih 25gram dari sebelum mengandung. Protein sangat diperlukan untuk pertumbuhan jaringan pada janin. Ia merupakan blok-blok pembinaan asas badan ibu dan bayi. Protein juga membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Kekurangan protein boleh menyebabkan kekurangan air ketuban dan darah serta merencatkan perkembangan rahim, plasenta (uri) dan perkembangan sel-sel badan bayi kerana protein adalah komponen utama dalam pembentukan sel. Kekurangan protein juga dikaitkan dengan peningkatan risiko ‘pre-eclampsia’.

‘Pre-eclampsia’ adalah masalah kesihatan di mana ibu hamil mengalami tekanan darah yang terlalu tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing. Terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada pre-eclampsia tetapi penyelesaiannya hanyalah satu iaitu bersalin sama ada secara ‘induce’ atau ‘Cesarean’. Jika tidak, ibu dan bayi berdepan dengan risiko kematian. ‘Pre-eclampsia’ juga boleh terjadi akibat kekurangan asid lemak omega-3, vitamin D, kalsium, dan magnesium.


Zat Besi
Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu,zat besi juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.
Wanita hamil juga memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.

Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripada paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan hemoglobin. Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menyebabkan badan kita mudah mendapat jangkitan.  

Kalsium
Ibu hamil  memerlukan kalsium bagi membantu pembentukan dan perkembangan  tulang, gigi jantung,saraf serta otot bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot,kerosakan gigi,risiko osteoprosis kepada ibu itu sendiri.

Ibu hamil memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Tubuh kita hanya mampu menyerap kira-kira 500 mg kalsium dalam satu-satu masa. Harus diingat, pengambilan kalsium yang berlebihan akan mengakibatkan masalah sembelit, meningkatkan risiko batu karang dan menghalang keupayaan badan menyerap zink dan zat besi.


Asid Folik
Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

Vitamin B6 dan D

Kekurangan Vitamin B6 berkait rapat dengan masalah mual, muntah-muntah serta hilang selera makan yang biasa dialami oleh ibu mengandung. 

Kekurangan Vitamin D pula boleh merencatkan tumbesaran bayi, perkembangan fizikal bayi serta melemahkan sistem imuniti bayi.

Vitamin K, Idonine, zinc

Kekurangan Vitamin K boleh mengakibatkan pendarahan tidak terkawal semasa bersalin kerana vitamin K diperlukan untuk menghasilkan ‘prothrombin’ (faktor penting dalam pembekuan darah). Perkembangan tulang dan gigi bayi yang tidak sempurna dan lemah adalah kesan kekurangan kalsium dan magnesium.

Kekurangan idonine boleh menyebabkan kecacatan mental dan kerosakan otak serta dikaitkan dengan peningkatan risiko keguguran atau mati ketika lahir.

Kekurangan zinc sering dikaitkan dengan keguguran.

 Apa kata Pakar atau Doktor mengenai pengambilan vitamin yang mencukupi:

vitamin ibu hamil

bahaya kekurangan vitamin pada ibu hamil


ibu hamil perlu ambil vitamin tambahan

Jika anda seorang yang memang mengamalkan diet pemakanan yang mencukupi zat serta nutrisi yang baik sepanjang tempoh kehamilan syabas saya ucapkan. Namun jika tidak,anda perlu segera bertindak untuk mendapatkan suplemen terbaik bagi membantu anda untuk menampung keperluan nutrisi anda yang tidak cukup itu.

Sayangi diri dan bayi dalam kandungan anda.Jangan biarkan diri anda dan bayi dalam kandungan anda dalam bahaya.

Jika anda mahu mengambil vitamin atau suplemen tambahan,saya cadangkan ambillah suplemen Shaklee atau SET IBU HAMIL SHAKLEE. Ini kerana suplemen Shaklee  dijamin SELAMAT, SENTIASA BERKESAN & SEMULAJADI serta dapat membantu untuk mencukupkan keperluan anda sepanjang tempoh kehamilan sehingga melahirkan.


http://zaizamrichvitashop.blogspot.com/search/label/SET%20IBU%20HAMIL

Nak dapatkannya hari ini juga?

Segera hubungi saya, Pn Zainah di talian 019-2598492.Saya boleh membuat penghantaran secara COD di kawasan Bintulu, Sarawak serta poslaju ke seluruh Malaysia.



 DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.


Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya

Puan Zainah Mukhtar
No ID : 1137968
Sms / WhatsApp: 019-2598492
FB: zainah mukhtar
FB Page: zaizamrich vitashop
Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.
COD Bintulu, Niah & Bekenu

Comments

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee

SERIMUKA PANDAN

Serimuka Pandan Kuih talam serimuka pandan yang sedap ni resepi daripada Chef Asma.Saya panjangkan pula di sini. Saya memang pengemar kuih talam serimuka ni,anak-anak pun suka,lagi la bersemangat nak buat. Potong kecil2 senang nak makan. Resepi Talam Seri Muka Sumber: Chef Asma Dr Dapur: Damai Qalbu (Loyang 10x10x2") Bahan Lapisan Bawah: 500 gm beras pulut 250ml santan pekat (asal 300ml) 250 ml air (asal 300 ml) 1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar) Cara: 1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(pulut susu rendam 1 jam) 2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering. 3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit. 4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati. 5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat. 6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan) Bahan Lapisan Atas: Bahan A 250 gm gula kastor/

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Profesio