Skip to main content

Susuku kurang,anakku menangis lapar.

(“Saya terpaksa bagi bayi saya susu formula sebab dia asyik menangis je..saya risau dia tak cukup susu,jadi saya bagi la susu formula tu…” )
("Susu saya kurang,saya risau dan takut bayi saya tak dapat khasiat yang mencukupi..")

Kesiankan.Ibu seharusnya tahu bahawa penyusuan susu ibu bukan proses semula jadi sebaliknya ia memerlukan ibu terus belajar dan mempraktikkan amalan yang boleh merangsang penghasilan susu ibu bagi memenuhi keperluan bayi yang baharu dilahirkan.
Jangan risau dan takut bila keadaan ini berlaku.Apa yang penting ibu-ibu terus memberi bayi susu dengan kerap kerana ia membantu merangsang tubuh menghasilkan susu. Banyak atau tidak susu ibu banyak dipengaruhi oleh keperluan bayi.
Semakin kerap ibu mengosongkan payu dara sama ada dengan menyusukan atau menepam, ianya telah membantu ibu untuk menghasilkan lebih banyak susu. Lagi bagus, terus menggalakkan bayi menyusu dengan lebih kerap. Ingatlah bahawa bekalan susu ibu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan. Bayi baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam. Tetapi ada juga bayi yang menyusu lebih daripada jumlah tersebut.

Nak tahu kaedah penyususan yang betul sila keBreasfeeding
Ibu-ibu juga perlu cari dan kenalpasti apakah punca sebenar susu ibu-ibu boleh kurang atau merudum.
Antara punca kepada masalah susu kurang adalah:

1. Ibu gagal mengamalkan konsep Demand & Supply.
Ada sesetengah daripada ibu-ibu gagal memberi rangsangan secukupnya kepada badan untuk menghasilkan susu. Rangsangan ini melalui bayi ‘direct feed’ atau pump.
Berikut antara beberapa kesilapan yang sering ibu- ibu lakukan;
  • Pump tak konsisten atau jarak masa antara sesi pump terlalu jauh. Ibu digalakkan untuk pump 2-3 jam sekali supaya badan sentiasa dirangsang untuk hasilkan susu. Kurang rangsangan maka kuranglah supply.
  • Pump bila breast penuh atau breast bengkak. Ini SILAP BESAR! Jika ibu pump bila breast dah penuh atau bengkak, badan ibu akan memberi signal kepada otak bahawa baby tak perlukan banyak susu. Jadi automatik otak akan suruh badan kurangkan penghasilan susu. Jika cara ini dibuat berterusan, sudah pasti susu memang kurang.
  • Pump suka hati bila boleh. Ibu-ibu digalakkan untuk mengikut  jadual pump ikut masa terluang ibu itu sendiri sebab perjalanan penyusuan setiap ibu berbeza. Ikut jadual pump tu dengan konsisten. Kenapa? Supaya badan lama-lama terlatih dan faham bila perlu hasilkan susu. Bila pump tak konsisten production susu pun tak konsisten. Walaupun breast rasa lembik kena pump juga.Perlu konsisten dan berdisiplin.
  • Pump bila susu keluar dan berhenti pump bila susu stop mengalir. Ini memang konsep yang salah. Ibu kena pump setiap breast minimum 20 minit untuk 1 sesi pump. Walaupun susu dah stop teruskan pump kerana di hujung mungkin ibu akan mengalami ‘let-down’ sekali lagi.

 2. Keadaan fizikal dan mental si ibu
  • Letih
  • Stress
  • Period
  • Sedang mengandung



Semua di atas juga boleh menjadi punca susu merudum. Ini kerana penyusuan susu ibu  amat berkait rapat dengan 2 hormon iaitu prolaktin (hasilkan susu) dan oksitosin (merangsang susu keluar atau dipanggil juga hormon gembira).

Dalam suasana yang betul dan ibu happy tak stress, hormone oksitosin ni di hantar ke otak untuk rangsang pengeluaran hormone prolaktin. Hormon prolaktin ni pula di hantar ke kelenjar susu. Hasilnya badan pun keluarkan susu. 
Jadi kalau ibu stress dan penat, hormone oksitosin ni pun kurang dirembes. Jadi kurang lah hormone prolaktin yang akhirnya membawa kepada kurangnya penghasilan susu. Akhirnya si ibu stress, dan makin stress makin merudum lah susu.
Tentang period dan mengandung tu memang kuasa Allah. Yang tu memang tak mampu nak atasi lah kan.Itu dah rezeki namanya.

3. Pengambilan air kosong tidak cukup
Ibu yang menyusu badan disarankan minum air kosong minimum 3L sehari. Ini adalah kerana susu ibu komponen utamanya adalah air. Badan ibu juga perlukan air untuk sistem2 dalam badan berfungsi.. Bila kurang air kuranglah susu terhasil.

4. Diet harian tidak seimbang
Nampak remeh tapi susu ibu adalah apa yang ibu makan. Kalau badan ibu sendiri kurang khasiat, dari mana pula badan ibu nak dapatkan khasiat yang cukup untuk hasilkan susu ibu? Jadi diet tu diet juga tapi pastikan pengambilan makanan harian itu seimbang.

5. Pump tidak sesuai
Ramai ibu yang mengadu  bila pump rasa sakit tapi susu keluar sikit je. Punca utama adalah penggunaan pump yang tidak sesuai. Bila guna pump yang tak sesuai, suction kadang2 menyakitkan, pumping tak optimum dan hasilnya susu pun tak banyak diperah. Bayangkan 1 baju tak boleh muat dengan semua orang kan. Jadi sama juga dengan pump. Kesimpulannya kena cari pump yang sesuai dengan bentuk breast kita.

Dah kenal pasti punca dan dah cuba atasi,tapi masih juga kurang susu?
Ibu-ibu boleh juga mengambil beberapa suplemen untuk membantu ibu-ibu menghasilkan lebih banyak susu.Sebagai tambahan kepada pemakanan harian ibu-ibu.
Ibu-ibu boleh mengambil suplemen Alfalfa dan juga ESP Shaklee sebagai Milk Booster Shaklee
Jangan takut dan bimbang harga mampu milik.Sekarang ni anda cuma kena buat keputusan nak bagi susu pada bayi anda sehingga usia bayi 2 tahun atau berhenti sebab tak ada susu?

Orang lain boleh susukan bayi mereka sehingga usia bayi 3 tahun.Anak-anak yang menyusu ibu memang lebih bijak dan lebih sihat,sistem imun mereka adalah terbaik.jadi anda juga perlu berikan bayi anda yang terbaik,iaitu susu ibu.

Anak tak nak ke anak anda sihat dan bijak?Susu ibu adalah yang terbaik.
membantu meningkatkan penghasilan susu ibu

Bagaimana Alfalfa boleh membantu?
Dikenali sebagai raja segala tumbuhanIanya membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu.
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.
Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pada bayi..susah nak kena kembung.
Apa peranan ESP? 

ESP adalah sumber protein terbaik untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu. Susu akan menjadi lebih pekat dan bayi akan merasa lebih cepat kenyang. 

Apa yang perlu anda tahu, badan anda memerlukan 3 elemen penting untuk menghasilkan susu badan iaitu lemak, air dan protein. Jadi, ESP perlu ada dalam menu harian anda bagi memastikan penghasilan susu badan tidak terjejas. Protein yang disalurkan kepada bayi melalui susu ibu akan turut membantu tumbesaran bayi.

Jadi ibu-ibu tak perlu rasa risau dan takut kerana masalah kurang susu ini sebenarnya boleh diatasi jika ibu-ibu rajin dan mahu berusaha.Perlukan kesabaran dan konsisten sahaja.


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.




Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya

Puan Zainah Mukhtar
No ID : 1137968
Sms / WhatsApp: 019-2598492
FB: zainah mukhtar
FB Page: zaizamrich vitashop
 Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.
COD Bintulu, Niah & Bekenu

Comments

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee

SERIMUKA PANDAN

Serimuka Pandan Kuih talam serimuka pandan yang sedap ni resepi daripada Chef Asma.Saya panjangkan pula di sini. Saya memang pengemar kuih talam serimuka ni,anak-anak pun suka,lagi la bersemangat nak buat. Potong kecil2 senang nak makan. Resepi Talam Seri Muka Sumber: Chef Asma Dr Dapur: Damai Qalbu (Loyang 10x10x2") Bahan Lapisan Bawah: 500 gm beras pulut 250ml santan pekat (asal 300ml) 250 ml air (asal 300 ml) 1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar) Cara: 1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(pulut susu rendam 1 jam) 2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering. 3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit. 4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati. 5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat. 6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan) Bahan Lapisan Atas: Bahan A 250 gm gula kastor/

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Profesio