Skip to main content

Resepi kek coklat istimewa untuk anda yang sukakan coklat!

Tengok pun dah meleleh air liur...hahahaa
Assalamualaikum dan salam ceria semua.

Kali ni saya nak kongsikan satu resepi kek coklat yang sangat sedap,moist dan walaweiii, istimewa untuk anda semua pencinta kek coklat dan saya yakin pengemar coklat mesti suka kek ni.

Saya selalu guna resepi ni kalau nak buat kek coklat.Bahannya amat simple dan cara membuatnya amatlah senang.Rasa jangan cakap la,memang terbaik!


KEK COKLAT MOIST

Bahan-bahan:

- 2cwn tepung gandum
- 1sdt baking powder
- 1sdt soda bikarbonat
(satukan dan ayak bahan diatas)

- 1cwn serbuk koko
- 1cwn gula perang
- 1cwn susu pekat
- 1 3/4 cwn ssu cair
- 1cwn minyak masak
( masak sume bahan atas api slow hingga semuanya sebati dan larut.Tak perlu sampai mendidih)

- 2 biji telur gred A
- 1sdt esen vanila

Cara cara:
- pukul telur dengan whisk hingga berbuih (x perlu guna mixer)..masukkan esen vanila.
- masukkan bahan yang dimasak...kacau sebati
- masukkan tepung yang diayak sikit2...sambil kacau hingga larut
- tuang adunan dalam loyang 8" yg dah digris & dialas baking paper
- tutup loyang dengan aluminium foil atau apa saja utk elak air dari menitik
- kukus sejam atau hingga masak dengan api sederhana
- tunggu sejuk sebelum dituang topping

Topping coklat:
- 100ml susu cair
- 300g choc masakan (dicincang kecil2)
- 2sdb butter
- 1sdb serbuk koko

Cara-cara:
~ campurkan semua bahan dlm bekas....d/boil kan sehingga larut
~ tunggu agak suam sebelum siram atas kek.



Boleh juga kukus dalam bekas kecik2 macam ni.

Bersinar2...mengoda anak tekak!

Anda boleh gunakan bunga atau choc rice warna-warni yang readymade,boleh beli dekat kedai yang jual barang/bahan buat kek.Kat kedai runcit macam hypermarket pun kadang2 ada juga jual.


Hiasan simple tapi menarik.Lebihan topping coklat boleh digunakan untuk buat hiasan tepi kek.Topping perlu tunggu sejuk dan agak keras sedikit baru boleh hias kek.

Nota kaki: cawan dan sudu yang saya gunakan adalah cawan dan sudu sukatan metrik khas untuk membuat kek.

Sudu (kredit pic to mr gugel)

Cawan ( kredit pic to mr gugel)

Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh tulis kat bahagian komen ok.

Selamat mencuba!



Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Benarkah Shaklee ni bisnes MLM yang menipu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share satu video mengenai MLM Shaklee dengan anda semua. Tapi sebelum tu nak juga bagitahu yang saya juga pernah terjebak dengan beberapa syarikat MLM yang lain. Saya pernah mendaftar sebagai ahli untuk beberapa buah syarikat lain. Syarikat apa? Biarlah rahsia...hihii. Tapi setakat ahli sahaja sebab selepas mendaftar ahli, saya akan di bawa ke syarikat mereka untuk dibagitahu "step" seterusnya untuk cepat naik pangkat. Wah time ni seronok tau sebab katanya cepat dapat naik pangkat dan income sangat lebat. Tapi tapi tapi bila dah tahu "step" yang seterusnya tu, saya terkedu. Mana tak, saya disuruh buat pinjaman dengan bank dengan sekian sekian amaun untuk beli pangkat iaitu beli stok banyak-banyak. Ya ampunnnn, saya mana boleh buat pinjaman bank sebab saya surirumah je. Kata mereka suruh jer suami yang buat...aduhhhh. Memang tak la suami nak terlibat. So harapan nak cari income lebih habis kat situ j...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...