Skip to main content

Ketumbuhan Di Payudara Hilang Setelah 3 Minggu Konsisten Minum Vivix

Menjadi mimpi ngeri bagi golongan wanita apabila mempunyai masalah dengan payudara mereka. Apatah lagi bila disahkan ada ketumbuhan atau terkena kanser payudara. Payudara kendur pun dah tak senang duduk, inikan pula sakit kronik. Namun setiap penyakit itu ada penawarnya dan jangan pernah berhenti untuk berusaha ihktiar mengubatinya. 

Suka akak nak share satu testimoni atau pengalaman seorang wanita yang disahkan mempunyai 2 ketul ketumbuhan dikesan berada di ‘LOWER & UPPER OUTER QUADRANT' di sebelah kanan payudara beliau. Bukan kanser tetapi sudah cukup untuk membuatkan dunia beliau menjadi gelap seketika. Doktor mencadangkan beliau membuat pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut kerana ketumbuhan tersebut berpotensi untuk menjadi kanser kata doktor. Sangat menakutkan!

Jom baca testimoni penuh beliau.

Ketumbuhan Di Payudara Hilang Setelah 3 Minggu Minum Vivix

kanser payudara, pengedar shaklee bintulu, vivix untuk masalah kanser payudara, shaklee bintulu
Kredit testimoni kepada Supermom Shaklee Story
TESTIMONI 18: ZAMZAKIDAH ABDUL HAMID

[DOKTOR SAHKAN KETUMBUHAN DI PAYUDARA HILANG SETELAH 3 MINGGU AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE]
.

Assalamualaikum, Saya Zamzakidah Binti Abdul Hamid ingin berkongsi 1 pengalaman yang tak pernah terjangka oleh fikiran saya pada suatu ketika dulu dan sebagai seorang wanita, sesiapa pun tidak inginkan apa yang pernah saya alami.
.

Pada Julai 2014, ya pada tahun 2014,sudah hampir 3 tahun perkara ini berlalu. Tapi tak pernah saya lupakan dalan lipatan sejarah kehidupan saya apabila saya telah menerima ujian hebat dengan mengalami simptom-simptom pengidap BARAH PAYUDARA. Allahuakhbar ,betapa dunia saya terasa gelap seketika waktu itu.
.

Bermula dengan lelehan cecair yang berwarna merah kehitaman yang keluar dari ‘nipple’ payudara sebelah kanan adalah permulaan saya menyedari masalah yang saya hadapi. Bukan cecair biasa, tapi berdasarkan dari warna dan bau cecair tersebut confirm DARAH.Pada yang tak boleh bayangkan macam mana rupanya,saya lampirkan sekali untuk anda.Tanpa rasa sakit atau ada bonjolan disekitar payudara, tetiba boleh jadi macam ni. Boleh bayangkan tak perasaan saya masa tu. Memang sangat panik.
.

Keesokkan hari, saya terus mendapatkan pemeriksaan di hospital yang berhampiran untuk mengenalpasti masalah yang saya hadapi walaupun ada perasaan takut jugak sebenarnya. Hasil daripada pemeriksan dan imbasan ULTRASOUND & MAMMOGRAFI yang dijalankan oleh doktor pakar, terdapat 2 ketul ketumbuhan dikesan berada di ‘LOWER & UPPER OUTER QUADRANT' di sebelah kanan payudara saya. Doktor terus menetapkan 1 lagi tarikh untuk saya menjalankan ujian BIOPSI untuk mengambil sampel sebahagian tisu untuk mengenalpasti jenis ketulan tersebut. Dan hasil ujian itu, ketulan ketumbuhan pada payudara saya adalah SEL BUKAN DARI KUMPULAN KANSER. Alhamdulillah, tetapi doktor tetap mencadangkan kepada saya untuk menjalankan pembedahan untuk membuang 2 ketul ketumbuhan itu supaya ianya tidak menjadi potensi untuk terjadinya kanser payudara.
.

Atas pandangan dan nasihat sahabat merangkap upline saya, VIVIX adalah satu-satunya alternatif dan usaha saya untuk mengurangkan risiko menghadapi sebarang kemungkinan sebelum hari pembedahan. Dan setelah hampir 3 minggu konsisten mengamalkan Vivix, hari yang mendebarkan telah tiba. 21 Ogos 2014,sebelum ke dewan bedah saya di bawa sekali lagi untuk membuat pemeriksaan imbasan Ultrasound.
.

Allahuakhbar !!! Ketumbuhan yang 2 ketul tu dah tinggal 1..puas doktor mencari mana hilangnya yang seketul lagi.Confirm tak ada!!! Dan yang tinggal 1 sahaja itu pun saiz nya dah kecil dari saiz asal haritu. (tak tau nak react macam mana..tapi nangis jugak la, sebab Allah permudahkan semuanya untuk saya). Jadi, pembedahan tetap di jalankan juga untuk membuang 1 sahaja ketumbuhan yang masih tinggal. Nasib baik la kan, kalau tak mesti kena tebuk 2 tempat. Alhamdulillah, saya selamat menjalani pembedahan yang tak sampai 1 jam pun operasinya .
.

Inilah Shaklee Story saya untuk tatapan semua. Untuk yang masih ragu-ragu dengan Vivix Si Tonik Ajaib, ini adalah kisah benar saya bersama Vivix. Bagaimana Vivik membantu saya menghadapi saat-saat kemurungan saya untuk seketika. Dan Vivix juga lah yang membuat saya kembali tersenyum gembira. Untuk membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh, Vivix adalah pilihan yang terbaik.

Terima Kasih Vivix Terima Kasih Shaklee.


shaklee bintulu, pengedar shaklee bintulu, ketumbuhan payudara, kanser payudara
Vivix bukan ubat, tetapi sudah terbukti berkesan melalui sains.
Jika mahukan lebih banyak info mengenai vivix atau testimoni vivix sila klik ZAIVITAMIN


Berminat mahu dapatkan Suplemen Shaklee atau menjana pendapatan dengan Shaklee?

Phone: 019-2598492
IG: harihari_vitamin
COD: Bintulu dan kawasan sekitar
POSLAJU: Seluruh Malaysia




Comments

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee ...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...

Set Kencing Tak Lawas Shaklee pilihan bijak!

Kencing Tak Lawas Kencing tidak lawas atau  dikenali sebagai Inkontinens Urinari (UI- urinary incontinence). Ia adalah dianggap normal bagi sesetengah orang oleh kerana mereka beranggapan ini bukanlah merupakan suatu penyakit. Memang benar, ia bukanlah suatu penyakit, tetapi ia merupakan tanda-tanda awal kepada suatu penyakit jika dibiarkan berlanjutan dan akan terus mengganggu gugat kesihatan dan kehidupan seseorang di kemudian hari nanti. H akikatnya sesiapa saja pernah mengalami pengalaman ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup tidak kira berapa pun usia mereka. Tanda-tanda penyakit kencing tak lawas Sakit di kemaluan bila hendak buang air kecil. Kerap terasa nak kencing tapi rasa tak puas kencing Air kencing terasa panas dan berasa pedih bila keluar Tak dapat tahan kencing. Tapi bila dah kencing rasa nak kencing lagi. Kesan daripada penyakit kencing tak lawas 1. Sakit di kemaluan bila hendak buang air kecil. 2. Kerap terasa nak kencing tapi rasa tak puas ke...