Skip to main content

Bahaya Bahan Merkuri Dalam Produk Kosmetik

Kebelakangan ni banyak sekali kewujudan produk kosmetik. Dah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Dalam keghairahan untuk kelihatan cantik dengan kulit putih cerah dan flawless, ramai wanita lupa atau terlepas pandang dengan bahaya bahan merkuri dalam produk kosmetik yang mereka gunakan.




Ramai juga para wanita yang masih tidak menyedari tentang kehadiran merkuri dalam produk kosmetik mereka. Malah ramai yang tidak mengetahui kesan merkuri pada kesihatan mereka untuk jangka masa yang panjang.

Merkuri selalunya digunakan dalam kosmetik mencerahkan kulit muka. Ia dijual dalam bentuk krim, losyen atau sabun.

KESAN KERACUNAN MERKURI

Tau tak yang keracunan merkuri yang juga dikenali sebagai hydragyria atau mercurialism, ialah suatu penyakit yang disebabkan oleh pendedahan merkuri dan pengumpulannya dalam tubub pada jangka masa yang lama. Apa yang paling ditakuti adalah ianya akan menyebabkan kerosakan saraf terutama pada tangan. Pesakit juga akan berasa gatal dan rasa terbakar pada kulit tangan mereka. 

Selain itu, kesan jangkaasa panjang bahaya merkuri ini adalah pesakit boleh merasa lemah, mempunyai emosi yang tidak stabil dan mempunyai masalah ingatan yang kurang baik. Malah ada juga yang mengalami tanda-tanda seperti mengigil, letih, pening, hilang ingatan dan berasa terlalu penat.

Keracunan merkuri juga akan menyebabkan warna kulit bertukar menjadi pidar (discoloration) dan menggelupas. Bagi sesetengah kes kulit menjadi kelabu dan mengalami masalah alahan kulit yang teruk.

Tau tak yang merkuri juga menghalang penguraian (degradation) biokimia catecholamines dalam tubuh, menyebabkan pengumpulan epinephrine dalam tubuh. Apabila berlaku seperti ni, pesakit akan mengalami perpeluhan yang luar biasa (hyperhidrosis). Kadangkala ia menyebabkan degupan jantung bertambah laju dan tekanan darah menjadi tinggi. Sangat menakutkan jika ini yang berlaku.




BAHANA MERKURI!

Tau tak? Keracunan merkuri telah menyebabkan kerosakan ginjal dan ianya ada dilaporkan berlaku di China, Hong Kong dan UK. Malangnya ramai diantara mereka yang lambat berjumpa doktor bagi mengesan kerosakan ginjal diperingkat awal.

Namun, janganlah kita menunggu kehadiran simptom-simptom seperti yang saya nyatakan di atas baru kita nak mengelak dari menggunakan bahan-bahan kosmetik yang mengandungi merkuri ni.

Bagi wanita hamil pula harus ingat bahawa kesan toksin merkuri ini juga menjejaskan perkembangan otak dan sistem saraf janin. Selain itu ia juga boleh dipindahkan melalui air susu ibu dari ibu kepada bayi.

Sebagai pengguna kita harus berhati-hati ketika membeli produk kosmetik yang dijual. Perlu menyemak label pada produk dan pastikan syarikat pengeluar adalah syarikat yang berintegriti.

Oh ya saya nak kongsikan juga satu tips mudah untuk menguji jika bahan kosmetik kita tu ada merkuri atau tak dengan menyapukan krim pada tangan dan sapukan pada cincin atau barang kemas yang diperbuat dari emas. Jika produk tu mengandungi merkuri, krim akan menjadi kelabu. Satu lagi petanda adalah semaki gelap perubahan warna, semakin banyaklah kandungan merkuri dalam produk tu.





Alhamdulillah saya juga mengamalkan dan menggunakan produk kosmetik untuk kulit. Saya pilih jenama Shaklee sebab memang terbukti ianya selamat, berkesan dan semulajadi dan juga dari sebuah syarikat yang berintegriti dan sudah beratus tahun bertapak. Shaklee juga satu-satunya company yang ada landmark study.

Jika korang berminat nak tahu boleh hubungi saya.

Wallahu a'lam.

Pengedar Shaklee | Zainah Mukhtar | 019-2598492 | COD Bintulu | Poslaju Seluruh Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee ...

Macam mana nak hilangkan parut chicken pox dengan cepat

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pengunjung blog Zai. Kali ni saya nak share satu testimoni baik punyer. Testimoni daripada suami Zai sendiri. Tahun lepas suami kena chicken pox di usia 43 tahun ok. Boleh bayangkan tak macam mana teruknya. Ramai yang kata kalau kena chicken pox masa dewasa teruk sangat dan terbukti teruk ( merujuk kepada kes suami Zai la). Satu badan dari kepala hingga hujung kaki semua naik biji chicken pox tu. Terlantar 3 hari tak bermaya tanpa makan ok. Parut hitam Jom baca sendiri pengalaman suami Zai ni macam mana dia hilangkan parut chicken pox dengan cepat, parut yang tumbuh melata di seluruh badan beliau...hihiii. Assalamualaikum , nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas. Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Se...