Skip to main content

Kenapa Vitamin C Penting Untuk Terus Sihat?

Vitamin C adalah antara nutrien yang penting, selamat dan efektif untuk menjamin kesihatan yang menyeluruh.

Menurut Mark Moyad, seorang doctor dari Uni of Michigan, yang membuat kajian berkaitan vitamin C, “Semakin kita mengkaji Vitamin C, semakin kita faham bahawa Vitamin C bermanfaat kepada kita dalam pelbagai sudut, termasuklah sistem kardiovaskular, kanser, strok, kesihatan mata dan sistem imuniti.”




Berikut kak Zai kongsikan betapa bermanfaatnya Vitamin C kepada kesihatan kita:

    Antioksidan

Vitamin C bertindak sebagai pelindung daripada molekul berbahaya yang dipanggil radikal bebas termasuklah asap rokok dan pencemaran udara. Radikal bebas ini lama-kelamaan akan merosakkan DNA dan menukarkan sel sihat kepada sel kanser.

 Selain itu, radikal bebas ini turut menyumbang kepada penuaan, penyakit jantung dan artritis.

Antioksidan bertindak menghalang kerosakan yg disebabkan radikal bebas

Antioksidan bertindak menghalang kerosakan yg disebabkan radikal bebas

    Demam dan asma

Pengambilan Vitamin C pada hari kita jatuh selesema tidak akan merawatnya serta merta, namun jika diambil secara berterusan, mampu mengurangkan frekuensi, tempoh masa dan demam kita lebih mild jika dibandingkan dengan tidak mengambil vitamin C.

 Menurut kajian, ia turut mengurangkan risiko untuk sakit yang lebih kronik seperti asma, pneumonia dan jangkitan paru-paru.

    Membentuk kolagen

Tanpa vitamin C, kolagen tak dapat dihasilkan. Kolagen adalah sejenis protein antara beribu protein dalam tubuh kita. Ianya teramat dan paling banyak diperlukan dalam pembentukan kulit, jantung, salur darah, tulang, gigi, gusi, mata, senang kata seluruh badan kita memerlukan kolagen.

Untuk memastikan kesemua sel dan organ kita berfungsi secara optimum, sistem tubuh kita akan membuang dan mengganti sel rosak dengan sel baru. Sebab itulah penting untuk kita menghasilkan kolagen yang cukup, dengan pengambilan vitamin C secara berterusan.

    Meningkatkan imuniti

Vitamin C diperlukan untuk meningkatkan penghasilan sel darah putih iaitu barisan pertahanan yang akan bertindak melawan virus-virus yang menyerang badan kita.

 Ketika jatuh sakit, sel darah putih dalam badan akan berkurang, sebab itu disarankan untuk menambah dos vitamin C untuk menaikkan kembali sel darah putih dan  sistem immuniti kita akan lebih kuat dan efisen.

    Baik untuk kulit

Vitamin C dengan sifat antioksidan, melindungi kulit kita daripada radikal bebas dan sinaran UV yang boleh merosakkan kulit. Selain membantu mengurangkan kedutan dan menganjalkan kulit, vitamin C juga turut merawat luka supaya cepat sembuh. Dan kesemua efek ini lebih mantap jika vitamin C dan E diambil bersama.

    Kurus

Mengikut kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik daripada Arizona State University, vitamin C diperlukan untuk memecahkan lemak yang tersimpan dan menukarnya kepada tenaga.

Kalau sebelum ini kita kurang mengambil vitamin c, mungkin ini dapat menjelaskan mengapa kita masih tak kurus sedangkan dah banyak bersenam ?


    Vitamin tambahan untuk pesakit kencing manis

Berdasarkan kajian yang disediakan oleh National Center for Complementary and Integrative Health (NCCIH), Pengambilan insulin bersama-sama vitamin C akan meningkatkan sensitiviti terhadap insulin dan meningkatkan fungsi saluran darah, seterusnya mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit yang lebih kronik akibat diabetes.

Dah tahu kan betapa pentingnya vitamin c kepada kita untuk terus kekal sihat.

Hubungi kak zai untuk konsultasi produk secara percuma.

Zainah Mukhtar
WA 019-2598492
FB: Zainah Mukhtar
IG: @harihari_vitamin
COD Bintulu
Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura

Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...

Macam mana nak hilangkan parut chicken pox dengan cepat

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pengunjung blog Zai. Kali ni saya nak share satu testimoni baik punyer. Testimoni daripada suami Zai sendiri. Tahun lepas suami kena chicken pox di usia 43 tahun ok. Boleh bayangkan tak macam mana teruknya. Ramai yang kata kalau kena chicken pox masa dewasa teruk sangat dan terbukti teruk ( merujuk kepada kes suami Zai la). Satu badan dari kepala hingga hujung kaki semua naik biji chicken pox tu. Terlantar 3 hari tak bermaya tanpa makan ok. Parut hitam Jom baca sendiri pengalaman suami Zai ni macam mana dia hilangkan parut chicken pox dengan cepat, parut yang tumbuh melata di seluruh badan beliau...hihiii. Assalamualaikum , nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas. Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Se...