Skip to main content

Tahukah anda apa itu Detoks?

Assalamualaikum dan salam ceria semua.

Tahukah anda apa itu detoks? 
Kenapa perlu  detoks ?
Bagaimana nak detoks?


Apa itu detoks?

Detoks adalah proses pengeluaran racun/toksin atau zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh.


Apa itu toksin?

Toksin adalah bahan racun yang berupaya memusnahkan fungsi sel dan struktur sel tubuh. Beberapa jenis toksin bersifat membunuh manakala selebihnya, lebih ringan.

Antara sumber toksin adalah:

Logam berat; contohnya raksa, plumbum, serta aluminium. Orang bandar dan mereka yang tinggal berhampiran kawasan perindustrian sangat rentan tercemar logam-logam ini

Bahan-bahan kimia, ubat-ubatan, bahan pengawet makanan, pestisid dan racun rumput rampai/herbasid. Bahan-bahan ini lazimnya masuk ke dalam tubuh baik secara sengaja (ubat-ubatan) mahupun secara tidak sengaja, (pengawet makanan, pestisid/herbisid yang terdapat pada sayur-sayuran yang tidak dicuci secukupnya).

Kenapa  perlu detoks?

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Tahukah anda bahawa kunci asas untuk kurus adalah detox terlebih dahulu? Sebab itulah kita perlu detoks.

Bagaimana nak detoks?

Sebenarnya nak detoks ini memerlukan perancangan dan idealnya harus dilakukan secara berkala di bawah pengawasan pakar.

Mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan senaman rutin juga membantu pencernaan dan proses detoksifikasi.

Diet : idealnya adalah diet rendah lemak, tinggi karbohidrat kompleks. Cubalah hindari gula, alkohol, lemak, ubat-ubatan yang tidak dibenarkan serta zat-zat lain yang bersifat merosak. Fokuslah pada makanan-makanan berkhasiat yang mengandungi banyak air dan serat larut seperti buah epal dan pear, juga kekacang, brokoli dan kubis.

Pembersihan dan detoksifikasi untuk membersihkan sistem parasit dan bakteria pada usus dan juga organisme-organisme lain. Pembersihan turut meliputi kulit selaku organ perkumuhan paling berkesan, pengeluaran peluh melalui liang roma. Antaranya, program perawatan detoks wajah/facial dan menggunakan pelekat yang ditampal pada telapak kaki mahupun secara rendaman kaki.

Puasa : cara yang cepat untuk membuang zat-zat beracun dan meningkatkan proses pemulihan hati. Jumlah hari dan jenis puasanya adalah pelbagai. Boleh dengan puasa tiga hari hanya dengan air dan jus buah, tetapi pastikan anda mendapatkan nasihat daripada profesional terlebih dahulu. Selama berpuasa, hindari kafein dan minuman bersoda.

Suplement : selain menggunakan suplemen untuk keperluan pemakanan secara umum, gunakan suplemen yang membantu fungsi hati. Pengambilan suplemen juga membantu membersihkan saluran pencernaan dan menunjang fungsi hati.



Kebaikan detoksifikasi

  • Meremajakan sel kulit
  • Menurunkan berat badan berlebihan
  • Meningkatkan tenaga
  • Meningkatkan deria hidu, rasa dan dengar
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Membaiki daya ingatan
  • Menghilangkan penyakit seperti alahan, sakit kepala, kembung
  • Meningkatkan daya tahan tubuh.


Tubuh kita sebenarnya memiliki mekanisme detoksifikasi sendiri. Sistem detoksifikasi tubuh yang utama adalah:

- Kulit, melalui keringat atau peluh

- Usus, melalui najis dan cecair perut

- Buah pinggang, melalui air kencing

- Hati, melalui proses berenzim/enzimatik agar toksin menjadi lebih larut dan efek toksiknya berkurang/hilang.



Kesan buruk jika tidak detoks.

Semakin banyak toksin berkumpul dalam sistem badan kita,semakin kita  berisiko untuk mendapat penyakit.  Penyakit apa?  

Antaranya:
  • Kanser/Tumor
  • Migrain
  • Sembelit
  • Demam/Selsema
  • Berat badan naik
  • Hipertensi
  • Strok
  • Jantung
  • Kadar kolesterol dalam darah berlebihan
  • Badan lemah lesu
  • Lingkaran gelap bawah mata atau hitam di kulit di mana-mana bahagian badan
  • penyakit kulit yang tak sembuh-sembuh (eczmea, psoriasis, jerawat dll)
  • kurang rasa untuk bersenggama
  • selulit
  • sistem imun badan rendah dan lain-lain.
Amacam??? Ada yang berkaitan ke?
Kalau ada itu tandanya anda kena detoks dengan segera,jangan bertangguh lagi.Lagi lama anda bertangguh,lagi tinggi risiko masalah kesihatan anda akan untuk menjadi bertambah buruk.Sayangilah tubuh badan anda,jaga dan hargailah kesihatan anda.



Detoks dengan Shaklee

Cara yang paling selamat,semulajadi dan berkesan untuk detoks adalah dengan menggunakan atau mengamalkan produk vitamin Shaklee iaitu HERBALAX atau ALFALFA COMPLEX.

Alfalfa dan Herba Lax untuk detoks

Kalau ada sebarang pertanyaan mengenai Alfalfa dan Herba-Lax sila hubungi saya ok.Saya sedia membantu.

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.


Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya

Puan Zainah Mukhtar
No ID : 1137968
Sms / WhatsApp: 019-2598492
FB: zainah mukhtar
FB Page: zaizamrich vitashop
 Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.


Comments

  1. Salam kunjungan balas Zainah. TQ sudi singgah blog Along. Zainah jadi pengedar Detoks ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..terima kasih Along sudi singgah sini.Saya pengedar shaklee bintulu Along.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Benarkah Shaklee ni bisnes MLM yang menipu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share satu video mengenai MLM Shaklee dengan anda semua. Tapi sebelum tu nak juga bagitahu yang saya juga pernah terjebak dengan beberapa syarikat MLM yang lain. Saya pernah mendaftar sebagai ahli untuk beberapa buah syarikat lain. Syarikat apa? Biarlah rahsia...hihii. Tapi setakat ahli sahaja sebab selepas mendaftar ahli, saya akan di bawa ke syarikat mereka untuk dibagitahu "step" seterusnya untuk cepat naik pangkat. Wah time ni seronok tau sebab katanya cepat dapat naik pangkat dan income sangat lebat. Tapi tapi tapi bila dah tahu "step" yang seterusnya tu, saya terkedu. Mana tak, saya disuruh buat pinjaman dengan bank dengan sekian sekian amaun untuk beli pangkat iaitu beli stok banyak-banyak. Ya ampunnnn, saya mana boleh buat pinjaman bank sebab saya surirumah je. Kata mereka suruh jer suami yang buat...aduhhhh. Memang tak la suami nak terlibat. So harapan nak cari income lebih habis kat situ j...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...