Skip to main content

Petua Menghilangkan Migrain atau Sakit Kepala tanpa panadol

Assalamualaikum dan salam ceria semuanya.

Kali ni saya nak share beberapa petua untuk menghilangkan migrain atau sakit kepala tanpa panadol.Hasil mengoogle ni...jom baca.


Petua mengatasi Migrain atau Sakit Kepala

Migrain??? oh tidakkkkkk

Sakit kepala memang boleh membuatkan kita hilang fokus terhadap suasana sekeliling, berperangai macam ‘singa kelaparan’ dan merosakkan hari gembira kita.
Ada pelbagai sebab kenapa sakit kepala berlaku. Biasanya kebanyakkan daripada  kita hanya makan ubat panadol dan tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang selepas bangun nanti.
Bagaimana pula jika anda alergik terhadap ubat migrain? atau sakit kepala masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat.

Berikut adalah beberapa tips berguna dalam mengatasi sakit kepala tanpa ubat atau PANADOL:


1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh

Air putih yang mencukupi sangat perlu


 Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.


2.Minuman Isotonik


Caranya dengan mencampurkan minuman isotonic dengan air putih pada kadar 1:1 atau 1:2. ( Secawan minuman isotonic dengan 2 gelas air putih biasa)

3.Lepaskan ikatan rambut

Add caption

Ikatan rambut atau sanggul yang terlalu ketat boleh membuatkan kulit kepala menjadi tegang.Peredaran darah menjadi terganggu dan boleh mencetuskan sakit kepala.

4.Epal Hijau

Epal Hijau untuk migrain

Ambil sebiji epal hijau dan dibelah 2.Rebus buah epal hijau yang dibelah 2 tadi dengan 2 gelas air.Rebus sehingga air tinggal menjadi segelas sahaja.Minum air rebusan itu tadi secara begitu sahaja tanpa perlu menambah gula dsb.

5.Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
Teknik pernafasan secara betul dapat meredakan migrain


Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

6. Spa/ Stim/ Mandi air panas

Sauna/stim

 Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

7.Picit/ Urutan kepala

Urutan kepala dapat meredakan sakit kepala

 Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

8. Meditasi/ Tidur

Tidur yang berkualiti

Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.

9.Daun Bunga Raya

Bunga Raya

Ambil beberapa helai daun bunga raya,kemudian ramas-ramas daun dengan air.Sapu air ramasan tadi ke atas kepala.

10.Rendam Kaki dalam air suam

Rendam kaki dalam air panas suam

Rendamkan kaki kedalam besen yang mengandungi air suam.Ia dapat menolong meredakan tekanan darah turun dari kepala anda.


Lain-lain tips berguna dalam mengurangkan dan menghilangkan sakit kepala secara semulajadi tanpa ubat-ubatan:

1.Tips Hilangkan Sakit Kepala
Bahan-bahan - Segenggam Asam - Secawan Santan
Santan Kelapa

 Cara-caranya: - Tapis perahan Asam dan Campurkan bersama Santan - Lumurkan keseluruh kepala - Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering - Setelah selesai, Bersihkan rambut dengan air dan syampu.


2.Tips Hilangkan Sakit Kepala
 Bahan-bahan: - Daun Lemuni
Daun Lemuni

 Cara-caranya: - Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. - Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. - Amalkan 2-3 hari.

3.Tips Hilangkan Sakit Kepala
 Bahan-bahan: - Diri Sendiri
Cara-caranya: - Senaman ringan. - Duduk dan luruskan kaki. - Cuba capai ibu jari kaki dan luruskan belakang.

4.Sujud

Khasiat Bersujud

Waktu solat Subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan


Diharapkan perkongsian petua menghilangkan migrain atau sakit kepala tanpa panadol ini memberi manfaat untuk semua.

Nota:Saya tidak pernah mencuba semua seperti yang di atas,ada beberapa sahaja yang saya cuba.Anda boleh cubanya sendiri.

Selamat mencuba!




Bagi saya pula,kalau kena sakit kepala atau migraine saya cuma mengambil sebiji vitamin B Complex Shaklee dan 4 biji vitamin Ostematrix Shaklee.Alhamdulillah ianya sangat berkesan,malah dijamin selamat dan juga semulajadi.

Vitamin B Complex Shaklee


Vitamin Ostematrix Shaklee


Lebih senang dan mudah bagi saya.

Comments

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee

SERIMUKA PANDAN

Serimuka Pandan Kuih talam serimuka pandan yang sedap ni resepi daripada Chef Asma.Saya panjangkan pula di sini. Saya memang pengemar kuih talam serimuka ni,anak-anak pun suka,lagi la bersemangat nak buat. Potong kecil2 senang nak makan. Resepi Talam Seri Muka Sumber: Chef Asma Dr Dapur: Damai Qalbu (Loyang 10x10x2") Bahan Lapisan Bawah: 500 gm beras pulut 250ml santan pekat (asal 300ml) 250 ml air (asal 300 ml) 1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar) Cara: 1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(pulut susu rendam 1 jam) 2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering. 3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit. 4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati. 5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat. 6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan) Bahan Lapisan Atas: Bahan A 250 gm gula kastor/

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Profesio