Skip to main content

Pengedar Shaklee Bintulu: Antioksidan???...VIVIX???...Vita E???



Assalamualaikum dan salam ceri semua!

Kali ni saya nak kongsikan sedikit info mengenai apa itu antioksidan dan radikal bebas.Ringkas saja,jika anda nak info yang lebih detail boleh terus menggoogle ye.Ini pun saya petik daripada mr google jugak.

Mengenali Antioksidan dan Radikal Bebas
Seringkali kita diberitahu akan kepentingan vitamin A, C dan E sebagai antioksidan. 

Tahukah anda apa itu antioksidan?

APA ITU ANTIOKSIDAN?
Antioksidan merupakan bahan semulajadi yang bertindak untuk menghentikan atau menghalang kerosakan pada tubuh badan yang disebabkan oleh radikal bebas (free radicals). Tubuh kita memerlukan antioksidan untuk menstabilkan radikal-radikal bebas ini supaya sel-sel tubuh terpelihara daripada terus rosak.

Memahami Radikal Bebas (Free Radicals) Secara Ringkas

Kita sedia maklum yang sel tubuh kita ini terdedah kepada oksigen setiap masa. Oksigen memang sangat penting untuk kesihatan kita secara keseluruhan, namun pendedahan kepada oksigen juga membuatkan sel tubuh teroksida ~ pengoksidaan. Pengoksidaan ini menyebabkan bahan kimia dalam tubuh berubah dan terjadinya radikal bebas. Selain daripada pengoksidaan, pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari, asap rokok, alkohol dan pencemaran turut menyebabkan terjadikan radikal bebas di dalam tubuh.

Radikal bebas ini akan menyebabkan reaksi berantai dalam tubuh yang membawa kepada kerosakan bahan kimia penting, DNA dan juga sel tubuh badan. Para saintis percaya bahawa radikal bebas ini turut menyumbang kepada proses penuaan, kanser, kencing manis dan sakit jantung.

BAGAIMANA DAN DARI MANA NAK DAPATKAN ANTIOKSIDAN?

Secara semulajadi, tubuh kita memang menghasilkan antioksidan yang berfungsi untuk melawan radikal bebas yang dibebaskan secara oleh tubuh semasa proses biasa. Selain itu, kita juga boleh mengamalkan diet yang sihat untuk melawan radikal bebas. Antara makanan yang kaya antioksidan termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin ACE, beta-carotene, lutein, lycopene dan selenium.

Kita juga boleh mengamalkan suplemen yang bersifat anti-oksidan. Pastikan anda mendapatkan maklumat yang betul dan tepat sekiranya mahu mengambil suplemen. Suplemen daripada sumber semulajadi adalah yang terbaik.





MAKANAN YANG KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN
  • Vitamin A - terdapat dalam susu, hati, mentega, telur
  • Vitamin C - terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan. Buah betik, kiwi, oren, dan strawberi adalah yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.
  • Vitamin E - terdapat dalam kekacang dan bijirin seperti badam dan bunga matahari ; sayuran berdaun hijau seperti bayam ; minyak seperi kacang soya, canola oil, minyak bunga matahri.
  • Beta-karotene - terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan pelbagai warna seperi lobak merah, kacang peas, betik, mangga, labu dan keledek ; sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kubis.
  • Lutein - terdapat dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam. kubis, collard
  • Lycopene - terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna merah jambu dan merah seperti anggur merah, tembikai, aprikot dan tomato.
  • Selenium - terdapat dalam bijirin seperi beras, jagung dan oats ; kacang ; legumes ; sumber dari haiwan seperti ikan, ayam, telur, keju ; roti dan pasta.


Apapun, variasikan makanan dalam diet seharian anda, dan pastikan ianya berzat serta seimbang.Sekiranya anda bercadang untuk mengambil suplemen, pastikan pengambilan suplemen juga mengikut kesesuaian dan taraf kesihatan anda.


Antara contoh antioksidan Vitamin A,C dan E, lycopene, beta carotene dan beberapa lagi.
Sebaik-baiknya kita perlu mendapatkan diet yang kaya dengan antioksidan dalam makanan bagi menjamin pelbagai zat berbanding nutrien khusus dalam satu-satu jenis suplemen.

Antara antioksidan yang terbaik untuk badan adalah glutathion - amat diperlukan bagi melindungi molekul dalam badan. Glutathion dihasilkan oleh sel badan secara semulajadi dan berperanan menyingkirkan toksik badan, menggalakkan sistem imun badan dan memelihara protein sel badan.

Bagaimanapun glutathione berkurangan apabila usia meningkat dan menghidap penyakit seperti Alzheimer, Parkinson dan kanser. Bercerita mengenai antioksidan, buah-buahan dalam kumpulan beri mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding buah dan sayur. 


Vivik Shaklee antara supplement yang sangat bagus untuk menentang radikal bebas dan ianya anti oksidan juga.





Jika anda inginkan keterangan lanjut mengenai supplement VIVIX dan Vita E bolehlah hubungi saya ok.Jangan biarkan diri anda dibelenggu persoalan...hihiiii




DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.


Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya 


Puan Zainah Mukhtar
[ ID No : 1137968) ]
Sms / WhatsApp: 019-2598492
FB: zainah mukhtar
FB Page: zaizamrich vitashop
 Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.
zaizamrich vitashop.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee

SERIMUKA PANDAN

Serimuka Pandan Kuih talam serimuka pandan yang sedap ni resepi daripada Chef Asma.Saya panjangkan pula di sini. Saya memang pengemar kuih talam serimuka ni,anak-anak pun suka,lagi la bersemangat nak buat. Potong kecil2 senang nak makan. Resepi Talam Seri Muka Sumber: Chef Asma Dr Dapur: Damai Qalbu (Loyang 10x10x2") Bahan Lapisan Bawah: 500 gm beras pulut 250ml santan pekat (asal 300ml) 250 ml air (asal 300 ml) 1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar) Cara: 1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(pulut susu rendam 1 jam) 2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering. 3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit. 4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati. 5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat. 6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan) Bahan Lapisan Atas: Bahan A 250 gm gula kastor/

Set Kencing Tak Lawas Shaklee pilihan bijak!

Kencing Tak Lawas Kencing tidak lawas atau  dikenali sebagai Inkontinens Urinari (UI- urinary incontinence). Ia adalah dianggap normal bagi sesetengah orang oleh kerana mereka beranggapan ini bukanlah merupakan suatu penyakit. Memang benar, ia bukanlah suatu penyakit, tetapi ia merupakan tanda-tanda awal kepada suatu penyakit jika dibiarkan berlanjutan dan akan terus mengganggu gugat kesihatan dan kehidupan seseorang di kemudian hari nanti. H akikatnya sesiapa saja pernah mengalami pengalaman ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup tidak kira berapa pun usia mereka. Tanda-tanda penyakit kencing tak lawas Sakit di kemaluan bila hendak buang air kecil. Kerap terasa nak kencing tapi rasa tak puas kencing Air kencing terasa panas dan berasa pedih bila keluar Tak dapat tahan kencing. Tapi bila dah kencing rasa nak kencing lagi. Kesan daripada penyakit kencing tak lawas 1. Sakit di kemaluan bila hendak buang air kecil. 2. Kerap terasa nak kencing tapi rasa tak puas kencin