Skip to main content

Resepi kek Minyak

Assalamualaikum dan salam ceria semua.

Kali ni saya nak share resepi kek minyak yang memang telah femes di alam maya ni.Saya telah beberapa kali membuat kek minyak ni,anak-anak suka.Lebih sedap jika disimpan di dalam peti ais...hihii bagi saya la.Duk angkut sikit2 daripada peti ais,sampai naik lebam pintu peti ais dibuatnya,asyik buka tutup je oleh anak beranak....hahahaa..lebam ke?Besi pun boleh lebam...ayooo.

Ok la,saya pun tak ingat asal saya copy resepi kek minyak ni,sebab salin dalam buku.Apa2 pun terima kasih penciptanya.Saya panjangkan kat sini pulak.


Kek Minyak 
Gambar ni daripada FB saya sendiri zainahmukhtar

Kek Minyak

Bahan2:-
5 biji telur
1 st ovellate
1/2 cwn gula
1  cwn susu pekat
2  cwn tepung gandum
1 st serbuk penaik
1 cwn minyak masak
1 st esen vanila
Warna pilihan - biru, oren, pink & purple


Panaskan kukusan.

Loyang di sapu butter & ditabur sedikit tepung utk elak melekat.

Cara saya membuatnya:
1. Pukul telur, gula & ovellate, sampai kembang  (gebu & putih)
2. Masukkan susu pekat. Pukul sebati.
3. Masukkan pula minyak masak . Pukul sebati.

4.Masukkan tepung dan serbuk penaik yang telah diayak bersama.Pukul sebati.
5. Bahagikan kpd beberapa bahagian & warnakan.
6. Sudukan ke tengah loyang berselang seli hingga adunan habis.


7.Kukus sehingga masak (boleh cucuk dengan lidi,jika tidak melekat bermakna kek telah masak).Boleh juga dibakar pada suhu 170 c sehingga masak.

Kalau tak paham boleh tanya ya.
Selamat mencuba!



Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...

Macam mana nak hilangkan parut chicken pox dengan cepat

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pengunjung blog Zai. Kali ni saya nak share satu testimoni baik punyer. Testimoni daripada suami Zai sendiri. Tahun lepas suami kena chicken pox di usia 43 tahun ok. Boleh bayangkan tak macam mana teruknya. Ramai yang kata kalau kena chicken pox masa dewasa teruk sangat dan terbukti teruk ( merujuk kepada kes suami Zai la). Satu badan dari kepala hingga hujung kaki semua naik biji chicken pox tu. Terlantar 3 hari tak bermaya tanpa makan ok. Parut hitam Jom baca sendiri pengalaman suami Zai ni macam mana dia hilangkan parut chicken pox dengan cepat, parut yang tumbuh melata di seluruh badan beliau...hihiii. Assalamualaikum , nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas. Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Se...