Skip to main content

Selamat Tahun Baru 2017

Selamat Datang 2017, Terima kasih dan selamat tinggal 2016.



Tahun 2016 banyak meninggalkan kenangan pahit manis yang tak akan dilupakan. Banyak sekali nikmat dan anugerah yang Allah kurniakan sepanjang 2016...Alhamdulillah.

Kegagalan pada 2016 pasti dijadikan sebagai pengajaran. Kejayaan yang tertangguh akan diteruskan pada 2017. Never give up and keep it up!

Tahun 2017 ni dikhabarkan keadaan ekonomi akan menjadi sangat mencabar dan getir bagi sesetengah orang. Jadi KZ pun dah mulakan dari tahun 2016 lagi persediaan untuk hadapi keadaan ekonomi 2017 ni. Iaitu mantapkan perjalanan bisnes KZ ni, alhamdulillah banyak juga 'tembok' dah langgar sepanjang 2016.

Kepada kawan-kawan yang belum ada buat apa-apa persediaan untuk menghadapai keadaan ekonomi 2017 ni, terutamanya golongan surirumah macam KZ ni boleh la fikirkan dan rebut peluang yang KZ selalu offer ni untuk sama-sama tingkatkan ekonomi keluarga.

Orang selalu kata kena berjimat,sebanyak mana kita nak berjimat jika semua barang keperluan semakin melambung harganya. Jadi nak tak nak kena juga fikir cara nak tambah pendapatan dari rumah. Salah satunya bisnes online. Sebab bisnes online dah jadi trend dan memang boleh buat income.

Apa-apa pun kita akan lakukan letakkan sepenuhnya kepercayaan pada Allah. Allah suruh kita berusaha untuk ubah kehidupan kita. Berdoa dan bertawakal.

 Allah dah janji..siap yang usaha pasti akan dapat balasannya. Jadi usahalah, berdoalah...moga2 apa yang dihajati untuk tahun 2017 menjadi kenyataan.

Fighting!!



Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Benarkah Shaklee ni bisnes MLM yang menipu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share satu video mengenai MLM Shaklee dengan anda semua. Tapi sebelum tu nak juga bagitahu yang saya juga pernah terjebak dengan beberapa syarikat MLM yang lain. Saya pernah mendaftar sebagai ahli untuk beberapa buah syarikat lain. Syarikat apa? Biarlah rahsia...hihii. Tapi setakat ahli sahaja sebab selepas mendaftar ahli, saya akan di bawa ke syarikat mereka untuk dibagitahu "step" seterusnya untuk cepat naik pangkat. Wah time ni seronok tau sebab katanya cepat dapat naik pangkat dan income sangat lebat. Tapi tapi tapi bila dah tahu "step" yang seterusnya tu, saya terkedu. Mana tak, saya disuruh buat pinjaman dengan bank dengan sekian sekian amaun untuk beli pangkat iaitu beli stok banyak-banyak. Ya ampunnnn, saya mana boleh buat pinjaman bank sebab saya surirumah je. Kata mereka suruh jer suami yang buat...aduhhhh. Memang tak la suami nak terlibat. So harapan nak cari income lebih habis kat situ j...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...