Skip to main content

Anak bongsu masuk sekolah mak emosi lebih

Tahun 2017 ni tibalah giliran Yaya pulak masuk sekolah! Terasa dah makin berusia ibu bila hantar Yaya masuk kelas semalam. Pengalaman terakhir ibu hantar anak masuk darjah satu. Maklumlah Yaya kan anak bongsu. Tengok, ibu dah feeling dah..huhuhuu

Yaya sangat teruja nak pergi sekolah. Hampir setiap hari tanya, berapa hari lagi nak sekolah. PAgi semalam pun dia bangun awal. Sibuk tanya kenapa lambat sangat nak gi sekolah, dah tengahari ni, padahal baru pukul 8 pagi. Kejap-kejap tanya, tengok jam dia cakap jam rosak..hahhaaYaya yaya


Dah besar Yaya. Terasa macam baru semalam lahirkan Yaya, menyusukan Yaya....rindu dengan baby Yaya. Inilah perasaan ibu-ibu bila anak-anak makin besar, rindu saat anak-anak masa kecil.


Excited betul Yaya nak sekolah..jumpa kawan2 baru. Semoga Yaya happy selalu dan semoga dipermudahkan untuk menuntut ilmu anakku. Mendapat ilmu yang berkat untuk dunia dan akhirat. Panjang lagi perjalanan Yaya dalam menuntut ilmu ni...
Anak bongsu masuk darjah satu...terasa ibu dah makin berusia...huhuhuu

ps: catatan ini untuk Yaya tersayang, bila dah besar boleh dijadikan sebagai kenangan.

Sayang Yaya.

Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...

Macam mana nak hilangkan parut chicken pox dengan cepat

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pengunjung blog Zai. Kali ni saya nak share satu testimoni baik punyer. Testimoni daripada suami Zai sendiri. Tahun lepas suami kena chicken pox di usia 43 tahun ok. Boleh bayangkan tak macam mana teruknya. Ramai yang kata kalau kena chicken pox masa dewasa teruk sangat dan terbukti teruk ( merujuk kepada kes suami Zai la). Satu badan dari kepala hingga hujung kaki semua naik biji chicken pox tu. Terlantar 3 hari tak bermaya tanpa makan ok. Parut hitam Jom baca sendiri pengalaman suami Zai ni macam mana dia hilangkan parut chicken pox dengan cepat, parut yang tumbuh melata di seluruh badan beliau...hihiii. Assalamualaikum , nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas. Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Se...