Skip to main content

Resolusi 2015 Aku adalahhh???

Selamat Tahun baru 2015 semua. Semoga kedatangan tahun baru ini akan memberi sejuta kebaikan pada kita semua.Semoga kita semua menggunakan kesempatan dan peluang bertemu tahun 2015 sebaiknya untuk dunia dan akhirat.

Bercakap mengenai tahun baru,mesti kita semua teringat akan azam tahun baru. Betul tak? saya pun ada azam atau resolusi tahun baru.



Bercakap mengenai resolusi 2015, saya mengharapkan apa yang saya rancang dan saya impikan untuk tahun2015 akan menjadi kenyataan sebelum bulan Disember 2015. Banyak yang saya impikan untuk tahun 2015 ini,terutamanya dari sudut bisnes Shaklee. Saya nak mengembangkan dan membesarkan group shaklee saya. Saya nak bantu lebih ramai orang untuk meningkatkan taraf ekonomi dan juga kesihatan mereka. Saya harap dipermudahkanlah saya untuk bertemu dengan lebih ramai orang yang betul-betul nak ambil peluang untuk buat bisnes Shaklee bersama-sama saya.

Saya harap juga tahun 2015 ini,saya dapat bantu lebih ramai orang meningkatkan mutu kesihatan mereka melalui supplement Shaklee. Malah,saya amat berbesar hati jika ada antara kalangan pembaca blog saya yang ingin bersama-sama saya untuk membantu lebih ramai orang mendapatkan supplement untuk menambah nilai pada kesihatan mereka dengan share entry blog saya ni kepada lebih ramai orang.

Saya harap perkongsian saya diblog ni akan memberi manfaat pada yang memerlukan. sedikit perkongsian saya ini mungkin dapat merubah diri orang yang membacanya. Sama-sama kita share dan doakan.

Pada tahun 2015 ni,saya nak buat lebih banyak perkongsian ilmu dan maklumat yang berguna dan bermanfaat mealaui blog saya ni. Doakan saya semoga saya diberi ilham dan idea-idea kreatif dan berguna ya. Doakan juga semoga saya terus istiqamah untuk menulis.

Tahun 2015 tahun saya membantu lebih ramai orang untuk menambah nilai pada kehidupan mereka. Insyaalllah.


Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Benarkah Shaklee ni bisnes MLM yang menipu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share satu video mengenai MLM Shaklee dengan anda semua. Tapi sebelum tu nak juga bagitahu yang saya juga pernah terjebak dengan beberapa syarikat MLM yang lain. Saya pernah mendaftar sebagai ahli untuk beberapa buah syarikat lain. Syarikat apa? Biarlah rahsia...hihii. Tapi setakat ahli sahaja sebab selepas mendaftar ahli, saya akan di bawa ke syarikat mereka untuk dibagitahu "step" seterusnya untuk cepat naik pangkat. Wah time ni seronok tau sebab katanya cepat dapat naik pangkat dan income sangat lebat. Tapi tapi tapi bila dah tahu "step" yang seterusnya tu, saya terkedu. Mana tak, saya disuruh buat pinjaman dengan bank dengan sekian sekian amaun untuk beli pangkat iaitu beli stok banyak-banyak. Ya ampunnnn, saya mana boleh buat pinjaman bank sebab saya surirumah je. Kata mereka suruh jer suami yang buat...aduhhhh. Memang tak la suami nak terlibat. So harapan nak cari income lebih habis kat situ j...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...