Skip to main content

PCOS penyebab sukar mengandung lagi!

Ingin saya kongsikan sedikit info mengenai PCOS, hasil daripada bacaan saya. Saya ringkaskan di sini,semoga bermanfaat.

Apa itu PCOS??


PCOS atau singkatan kepada POLYCYSTIC OVARY SYNDROME (Sindrom ovari polisistik) ialah satu keadaan di mana hormon wanita tidak seimbang.Keadaan ini boleh menganggu sistem peranakan wanita di mana folikel-folikel yang terdapat di dalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur untuk disenyawakan yang akhirnya membuatkan wanita sukar hamil.

Kenapa PCOS menyebabkan wanita sukar hamil:

Memetik kata-kata Dr. Suriati Akmal Mahari iaitu Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras,beliau mengatakan;

"Kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorg wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS) punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.

PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yg berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yng memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.

Kajian menunjukkan 90% wanita yg mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal untuk hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya. Ia juga turut dikenali sebagai Stein-Leventhal Syndrome"

Rajah: Perbezaan ovari normal dengan ovari PCOS

Kaitan PCOS dengan Kesuburan.

PCOS berpunca dari kelenjar pituitari lagi. Kelenjar pituitari yang terletak pada otak adalah kelenjar utama badan manusia yang memainkan peranan dalam mengawal rembesan hormon untuk seluruh tubuh kita.

Disebabkan ketidaknormalan pada kadar rembesen hormon LH dan FSH dari pituitari, folikel folikel yang membentuk pada awal kitaran haid gagal matang, menyebabkan telur tidak dilepaskan dan ovulasi tidak berlaku.

Disebabkan tiada ovulasi, kadar rembesan hormon progesteron menjadi rendah dan tidak seimbang dengan hormon tahap hormon lain seperti estrogen dan androgen. Progesterone adalah hormon yang penting untuk memastikan kitaran haid yang normal.

Kekurangan hormon progestrone menyebabkan haid tidak teratur atau tiada langsung kadang kadang berbulan bulan lamanya. Bila haid bermula, pengidap PCOS selalunya akan mengalami haid yang banyak dan sakit senggugut yang melampau disebabkan oleh tisu tebal dan darah yang terkumpul akibat dari haid yang lewat.

PCOS juga menyebabkan konsentrasi yang lebih tinggi terhadap hormon lelaki (androgen) menyebabkan ramai pengidap PCOS mengalami bulu badan yang berlebihan. Disamping itu, ramai pengidap PCOS mengalami tahap insulin yang tinggi yang boleh menganggu tumbesaran folikel menyebabkan follikel gagal matang, maka terjadilah cyst-cyst kecil pada ovari . Cyst-cyst yang terlalu banyak akan menyebabkan ovari menjadi bengkak dan ini boleh dilihat pada ujian Ultrasound.

Gejala PCOS:

Tanda-tanda PCOS adalah berbeza pada setiap wanita. Antaranya;

• Masalah kesuburan yang disebabkan oleh kegagalan ovulasi.
• Haid yang jarang atau tidak teratur.
• Hirsuitism – pertambahan bulu badan pada muka, dada, perut, belakang, tangan dan kaki.
• Cyst pada ovari
• Jerawat, kulit berminyak atau kelemumur
• Pertambahan berat badan atau obesiti, biasanya dengan tambahan berat sekitar pinggang
• Botak atau penipisan rambut – corak kebotakan macam lelaki



Menurut Konsultan Obstetrik dan Ginakologi, Hospital Pakar DEMC Shah Alam, Dr. J. Thaneemalai, PCOS ialah gangguan yang berpunca daripada tahap hormon tertentu yang tidak normal. Ia biasa dialami 20 peratus daripada wanita.

"Antara simptom PCOS ialah kitaran haid tidak teratur, sukar hamil, berat badan berlebihan, kulit berminyak serta berjerawat selain mengalami perubahan dari segi mood. Simptom yang ditunjukkan berbeza bagi setiap wanita.

"Wanita dengan PCOS sering mempunyai tanda-tanda yang berbeza. Gejala ini kadang-kadang datang dan pergi menyebabkan ia sukar untuk didiagnosis.

"Diagnosis biasanya dibuat apabila ada simptom seperti kitaran haid yang tidak teratur, sukar hamil dan pertumbuhan rambut yang berlebihan di muka atau badan," beritahu beliau.

Tambahnya, kaedah rawatan bagi PCOS bergantung kepada simptom yang dialami. Rawatan jangka panjang mungkin perlu jika seseorang itu mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, peningkatan gula dalam darah dan penyakit jantung.

"Yang penting, penghidap PCOS perlu menjalani gaya hidup sihat dan mengamalkan diet yang seimbang serta kerap bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, tiga kali seminggu," ujarnya.

PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari. Ini menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular 

Risiko Jangka Panjang PCOS:
Risiko untuk mendapat kanser rahem dan kencing manis adalah tinggi. 

Risiko penyakit jantung, tahap kolesterol yang tidak normal dan tekanan darah tinggi. 

Dikatakan bahawa PCOS adalah masalah yang dialami sejak anda dilahirkan dan setakat ini tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya. Walaubagaimanpun dengan rawatan yang tepat, gejala PCOS pasti dapat dikawal. Kaum wanita yang ingin hamil amatlah digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan membuat pemeriksaan dengan pakar jika mengalami apa-apa sahaja tanda-tanda PCOS.


Atasi PCOS dengan suplemen???

Tak cuba tak tahu.Suplemen ni merawat dan memulihkan sel2 yang rosak dan membantu hormon2 dalam badan berfungsi dengan lebih baik.

TESTIMONI PENGIDAP PCOS YANG BERJAYA HAMIL

Saya juga ingin kongsikan beberapa suplemen yang boleh diambil oleh wanita yang mempunyai masalah berkaitan kitaran haid tidak teratur akibat hormon yang tidak seimbang dan mempunyai masalah berat badan berlebihan disamping mempunyai masalah penyakit kencing manis.

Anda boleh mengamalkan GLA COMPLEX bagi menolong mengatasi masalah kitaran haid tidak teratur yang disebabkan masalah hormon. Lebih detail mengenai GLA COMPLEX sila ke SINI.

Bagi membantu mengatasi masalah berat badan berlebihan anda boleh mengamalkan ESP dan Cinch. Sila ke SINI dan SINI untuk info lanjut.


( Sumber artikel: kosmo.com.my patient.co.uk)

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee.
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Bintulu, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Bintulu, Sarawak.

Puan Zainah Mukhtar
No ID : 1137968
Sms / WhatsApp: 019-2598492
FB: zainah mukhtar
FB Page: zaizamrich vitashop
Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.
COD Bintulu, Niah & Bekenu



Comments

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee

SERIMUKA PANDAN

Serimuka Pandan Kuih talam serimuka pandan yang sedap ni resepi daripada Chef Asma.Saya panjangkan pula di sini. Saya memang pengemar kuih talam serimuka ni,anak-anak pun suka,lagi la bersemangat nak buat. Potong kecil2 senang nak makan. Resepi Talam Seri Muka Sumber: Chef Asma Dr Dapur: Damai Qalbu (Loyang 10x10x2") Bahan Lapisan Bawah: 500 gm beras pulut 250ml santan pekat (asal 300ml) 250 ml air (asal 300 ml) 1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar) Cara: 1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(pulut susu rendam 1 jam) 2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering. 3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit. 4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati. 5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat. 6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan) Bahan Lapisan Atas: Bahan A 250 gm gula kastor/

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Profesio