Skip to main content

Air banjir punca penyakit membahaya

Banjir besar yang berlaku di negara kita baru-baru ini di Kelantan,Terengganu,Pahang dan Perak disifatkan yang terburuk sejak berdekad lalu.Kejadian banjir itu begitu memilukan hati seluruh rakyat Malaysia.Bukan sahaja harta benda musnah,malah ada nyawa yang terkorban akibat arus deras yang menghanyutkan mangsa banjir.

Tahukah anda atau sedarkah kita semua yang banjir merupakan antara punca utama berlakunya penyakit bawaan air seperti cirit-birit (gastroenteritis akut),kolera,tifoid,hepatitis A,disentri dan keracunan makanan akibat bekalan air dan penyediaan makanan yang tercemar.

Air banjir yang bercampur dengan sampah-sarap serta najis menyebabkan ia tercemar dengan pelbagai jenis bakteria. Menurut pegawai Perubatan Am,Universiti Malaysia Sarawak (Unimas),Dr. Noor Baizura Jamali,penjagaan kesihatan dan sumber makanan dan minuman yang bersih amat penting pada ketika ini memandangkan penularan penyakit bawaan air mampu membawa maut.

Cirit-birit yang merupakan antara simptom utama kebanyakan penyakit bawaan air boleh mengundang maut apabila ia berlaku secara berterusan dan menyebabkan badan pesakit kehilangan air yang banyak. Keadaan ini boleh berlaku dengan pantas akibat kehilangan air yang banyak, menyebabkan kurangnya bekalan darah ke buah pinggang dan akhirnya menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Walau bagaimanapun,langkah pencegahan masih boleh diambil bagi mengelakkan wabak penyakit bawaan air ini.

Pencegahan:
  1. Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan.
  2. Hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya.
  3. Elakkan makanan dan minuman berisiko seperti sayuran mentah,ulam,buah-buahan,makanan jualan penjaja dan ais semasa berlakunya wabak.
  4. Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.
  5. Elakkan ais kecuali yang dibuat daripada air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.
  6. Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan najis yang sesuai terutama selepas banjir atau bencana alam.
  7. Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan.
(Sumber rujukan artikel:Mingguan Malaysia / Ahad 11.01.2015)

Saya mendoakan semoga mangsa-mangsa banjir terus tabah melalui hari-hari mendatang.

Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...

Macam mana nak hilangkan parut chicken pox dengan cepat

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pengunjung blog Zai. Kali ni saya nak share satu testimoni baik punyer. Testimoni daripada suami Zai sendiri. Tahun lepas suami kena chicken pox di usia 43 tahun ok. Boleh bayangkan tak macam mana teruknya. Ramai yang kata kalau kena chicken pox masa dewasa teruk sangat dan terbukti teruk ( merujuk kepada kes suami Zai la). Satu badan dari kepala hingga hujung kaki semua naik biji chicken pox tu. Terlantar 3 hari tak bermaya tanpa makan ok. Parut hitam Jom baca sendiri pengalaman suami Zai ni macam mana dia hilangkan parut chicken pox dengan cepat, parut yang tumbuh melata di seluruh badan beliau...hihiii. Assalamualaikum , nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas. Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Se...