Skip to main content

Apa itu Indeks Glisemik dan kepentingannya

GI diukur berdasarkan tindak balas glukosa dalam darah selepas makan sejumlah kandungan karbohidrat terkandung dalam makanan berbanding dengan jumlah karbohidrat yang sama dalam makanan rujukan (contoh roti putih atau glukosa). Setiap kali kita ambil makanan karbohidrat, tahap glukosa dalam darah akan meningkat untuk seketika dan kemudiannya kembali ke paras normal. 

Berapa tinggi peningkatan dan berapa cepat tahap glukosa dalam darah kembali normal bergantung kepada GI makanan tersebut. Dengan memilih makanan rendah GI, kita sebenarnya membantu sistem badan untuk mengawal paras glukosa darah dalam imbangan. 

Makan rendah GI yang mempunyai gred bawah 55, melambatkan penyerapan glukosa di usus kecil. Ini membuatkan kita berasa kenyang untuk masa lebih lama walaupun pengambilan saiz makanan yang kecil.




TAHUKAH ANDA???

KESAN MAKANAN TINGGI INDEKS GLISEMIK (GI)?

Makanan tinggi GI menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat secara mendadak serta kembali ke tahap normal secara sangat cepat.

Kadar peningkatan dan penurunan yang mendadak menyebabkan ketidakseimbangan paras glukosa dalam darah. Akibatnya, individu mudah mendapat rintangan insulin (insulin resistance) dalam jangka masa yang panjang.

Rintangan insulin berkait rapat dengan masalah kesihatan kronik seperti diabetes jenis dua, obesiti, tekanan darah tinggi, strok dan penyakit jantung.

KEBAIKAN MAKANAN RENDAH INDEKS GLISEMIK (GI)

Bagi pesakit kencing manis makanan rendah GI berjaya memperbaiki pengawalan paras glukosa dalam darah. Pengambilan makan rendah GI juga dapat mengurangkan kolestrol dan melambatkan rasa lapar. (Sumber:Sini)


Penting bagi kita tahu apa itu indeks glisemik (GI) supaya kita dapat memilih sumber makanan yang bersesuaian dengan keprluan tubuh badan kita. Setiap individu keperluannya berbeza.

ESP merupakan salah satu supplemen sumber protein yang rendah GI dan sangat bagus untuk diamalkan.Lebih banyak info mengenai ESP sila klik  segalanya mengenai ESP


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.


Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya

Puan Zainah Mukhtar
No ID : 1137968
Sms / WhatsApp: 019-2598492
FB: zainah mukhtar
FB Page: zaizamrich vitashop
 Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.
COD Bintulu, Niah & Bekenu

Comments

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee

SERIMUKA PANDAN

Serimuka Pandan Kuih talam serimuka pandan yang sedap ni resepi daripada Chef Asma.Saya panjangkan pula di sini. Saya memang pengemar kuih talam serimuka ni,anak-anak pun suka,lagi la bersemangat nak buat. Potong kecil2 senang nak makan. Resepi Talam Seri Muka Sumber: Chef Asma Dr Dapur: Damai Qalbu (Loyang 10x10x2") Bahan Lapisan Bawah: 500 gm beras pulut 250ml santan pekat (asal 300ml) 250 ml air (asal 300 ml) 1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar) Cara: 1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(pulut susu rendam 1 jam) 2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering. 3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit. 4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati. 5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat. 6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan) Bahan Lapisan Atas: Bahan A 250 gm gula kastor/

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Profesio