Skip to main content

Jangkitan kulat atau keputihan pada alat sulit,anda perlukan rawatan segera.

Statistik menunjukkan hampir 75 peratus wanita yang berkahwin berdepan dengan masalah keputihan disebabkan aktiviti seksual.Kebanyakan wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan penyakit keputihan,malah menganggap ia sebagai petanda lazim sebelum kitar haid.

Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semulajadi dengan penyakit keputihan yang serius dan memerlukan rawatan perubatan.
kenali dan tahu beza keputihan
Kenali dan tahu beza keputihan yang serius

Menurut Perunding Perbidanan dan Sakit Puan juga Pakar Kesuburan Pusat  Perubatan Tropicana, Dr Nurhazinat Mohamed Yunus; (petikan drpd Metro Ahad:18 Jan.2015)

"Keputihan adalah jangkitan kulat candida albicans yang sering berlaku pada wanita. Bezanya hanya serius atau tidak."

"Dianggarkan dalam 10 wanita yang menjalani pemeriksaan, dua hingga tiga berisiko dijangkiti keputihan."

"Meskipun secara sendiri jangkitan kulat tidak merbahaya, namun jika dibiarkan ia boleh mengundang jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan."

"Keputihan biasa berlaku disebabkan jangkitan bakteria dan kulat. Keputihan disebabkan jangkitan bakteria akan berwarna kuning,berbau hamis dan gatal pada kemaluan."

"Keputihan disebabkan jangkitan kulat pula berwarna putih seperti susu basi atau keju cair. Ia juga boleh menyebabkan rasa gatal dan kemaluan akan membengkak serta menjadi merah."

"Keputihan juga kerap berlaku kepada wanita hamil disebabkan perubahan fisiologi yang berlaku ketika hamil,di mana keadaan hormone estrogen yang tinggi dan kelembapan meningkat pada bahagian vagina menggalakkan pembiakan candida (kulat). Apabila melahirkan anak,biasanya ini hilang sendiri."

"Secara umum, keputihan tidak menyebabkan masalah kesuburan.Namun,jika seseorang wanita merancang untuk mendapatkan anak dan pada masa sama mengalami masalah keputihan yang serius,sebaiknya perlu mendapatkan rawatan.Ini kerana dikhuatiri keputihan yang banyak boleh menganggu pergerakan sperma dari memasuki rahim.Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan untuk bersama."

Cara mengelak keputihan adalah dengan menjaga kebersihan.Elakkan penggunaan pencuci alat sulit wanita (feminine wash) ke dalam kemaluan.Penggunaan di bahagian luar kemaluan tiada masalah.Bagi pasangan suami isteri pula,anda digalakkan membersihkan alat kelamin dengan air bersih sebelum dan selepas melakukan seks untuk kebersihan optimum jika tidak merancang menambah cahaya mata.

Nak tahu cara mencegah penyakit keputihan?? Nantikan post saya yang akan datang.

Semoga sedikit catatan saya ini memberi manfaat pada anda semua.Share post ini dengan klik butang SHARE di bawah post ini jika anda rasakan ianya dapat membantu lebih ramai wanita di luar sana tentang keputihan.

Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Benarkah Shaklee ni bisnes MLM yang menipu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share satu video mengenai MLM Shaklee dengan anda semua. Tapi sebelum tu nak juga bagitahu yang saya juga pernah terjebak dengan beberapa syarikat MLM yang lain. Saya pernah mendaftar sebagai ahli untuk beberapa buah syarikat lain. Syarikat apa? Biarlah rahsia...hihii. Tapi setakat ahli sahaja sebab selepas mendaftar ahli, saya akan di bawa ke syarikat mereka untuk dibagitahu "step" seterusnya untuk cepat naik pangkat. Wah time ni seronok tau sebab katanya cepat dapat naik pangkat dan income sangat lebat. Tapi tapi tapi bila dah tahu "step" yang seterusnya tu, saya terkedu. Mana tak, saya disuruh buat pinjaman dengan bank dengan sekian sekian amaun untuk beli pangkat iaitu beli stok banyak-banyak. Ya ampunnnn, saya mana boleh buat pinjaman bank sebab saya surirumah je. Kata mereka suruh jer suami yang buat...aduhhhh. Memang tak la suami nak terlibat. So harapan nak cari income lebih habis kat situ j...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...