Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Cara mencegah keputihan

Seperti yang dijanjikan saya akan share cara-cara nak mencegah masalah keputihan daripada terjadi. Mencegah lebih baik daripda mengubati,betul tak?? Cara mencegah keputihan; Sentiasa memastikan bahagian faraj dalam keadaan bersih dan kering. Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan. Sentiasa menukar atau menggantikan tuala wanita ketika period/haid. Gunakan pelapik seluar dalam (pantyliner) pada saat diperlukan saja. Elakkan pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada material satin. Jangan guna sebarang produk wanita seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj. Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor. Krangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang. Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktivit

Jangkitan kulat atau keputihan pada alat sulit,anda perlukan rawatan segera.

Statistik menunjukkan hampir 75 peratus wanita yang berkahwin berdepan dengan masalah keputihan disebabkan aktiviti seksual.Kebanyakan wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan penyakit keputihan,malah menganggap ia sebagai petanda lazim sebelum kitar haid. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semulajadi dengan penyakit keputihan yang serius dan memerlukan rawatan perubatan. Kenali dan tahu beza keputihan yang serius Menurut Perunding Perbidanan dan Sakit Puan juga Pakar Kesuburan Pusat  Perubatan Tropicana, Dr Nurhazinat Mohamed Yunus; (petikan drpd Metro Ahad:18 Jan.2015) "Keputihan adalah jangkitan kulat candida albicans yang sering berlaku pada wanita. Bezanya hanya serius atau tidak." "Dianggarkan dalam 10 wanita yang menjalani pemeriksaan, dua hingga tiga berisiko dijangkiti keputihan." "Meskipun secara sendiri jangkitan kulat tidak merbahaya, namu

Bahaya tersedak susu kepada bayi yang boleh membawa maut.

Ketahui macammana bayi boleh tersedak susu yang boleh membahayakan nyawa bayi. Ketahui cara-cara yang betul untuk menyusukan bayi dengan susu botol dan elakkan daripada bayi tersedak. Semoga bermanfaat. Lebih info mengenai penyusuan sila ke  TIPS PENYUSUAN . Sila klik butang share di bawah artikel ini jika anda rasa ianya bermanfaat. Semoga dapat memberi serba sedikit ilmu kepada ibu bapa di luar sana. Terima kasih. (kredit video kepada PA & MA)

Video Teknik Penyusuan Susu Ibu Yang Betul

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share satu video  yang menunjukkan teknik yang betul bagaimana nak menyusukan bayi buat ibu-ibu muda yang baru pertama kali menimang cahayamata. Selalu kalau baca buku atau dengar cerita dari kawan-kawan, kita tak dapat gambaran sebenar tentang bagaimana teknik yang betul nak menyusukan bayi. Dengan adanya video ni senang sikit nak faham yer tak??Kalu nak tunjuk secara live yang betul,malu la kot...hihiii Saya share video ni kat sini semoga bermanfaat kepada ibu-ibu baru yang pertama kali menimang cahayamata. Boleh kongsi tengok bersama-sama suami juga. Jangan lupa untuk klik butang share supaya lebih ramai yang dapat manfaat daripada perkongsian ini. Jika nak tahu info mengenai kehamilan sila ke  INFO IBU HAMIL  . Selamat menonton!!! (Sumber video:  http://www.myhealth.gov.my/  ) Sila tekan butang share di bawah artikel ini jika anda rasa video ini bermanfaat untuk dikongsikan dengan ramai lagi bakal-bakal ibu

PCOS penyebab sukar mengandung lagi!

Ingin saya kongsikan sedikit info mengenai PCOS, hasil daripada bacaan saya. Saya ringkaskan di sini,semoga bermanfaat. Apa itu PCOS?? PCOS atau singkatan kepada POLYCYSTIC OVARY SYNDROME  (Sindrom ovari polisistik) ialah satu keadaan di mana hormon wanita tidak seimbang.Keadaan ini boleh menganggu sistem peranakan wanita di mana folikel-folikel yang terdapat di dalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur untuk disenyawakan yang akhirnya membuatkan wanita sukar hamil. Kenapa PCOS menyebabkan wanita sukar hamil: Memetik kata-kata Dr. Suriati Akmal Mahari iaitu Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras,beliau mengatakan; "Kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorg wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS) punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur. PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yg berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan y

Petua hamil dengan cara moden

Kau ni bila nak ada anak? Kahwin dah lama, ada masalah ker?  Wah,soalan maut yang selalu diajukan kepada pasangan yang belum mempunyai anak dan telah lama berkahwin. Makan hati la pasangan yang kena tu...sabarlah ya. Tak semua orang faham akan masalah yang kita alami. Rezeki anak adalah urusan Allah,siapalah kita nak mempertikaikannya. Namun,kita disuruh berusaha dan berikhtiar ke arah mempunyai anak. Selebihnya biar Allah tentukan dan bukannya berserah tanpa berbuat apa-apa. Perlu juga anda tahu serba sedikit mengenai masalah lambat hamil ni jka anda belum tahu. Semoga lebih senang bagi anda dan pasangan untuk berusaha dan mencari ikhtiar selepas ini.  Saya kongsikan serba sedikit info yang saya dapat melalui bacaan saya. Saya kongsikan di sini pula.Semoga memberi manfaat. Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita: Tiub fallopian tersumbat Endometriosis Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu

Vita-Lea For Children:Multivitamin lengkap untuk kanak-kanak membesar

Formula baru dan wajah baru. Setiap kanak-kanak yang sedang membesar dan aktif memerlukan sumber vitamin dan mineral yang lengkap dari sumber terbaik untuk menyokong perkembangan keseluruhan tubuh dan otak, keperluan pemakanan serta kekebalan sistem imun mereka. Shaklee menawarkan Vita-Lea For Children yang lengkap dengan semua 18 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh mereka. PERBEZAAN VITA-LEA FOR CHILDREN SHAKLEE : Perbezaan yang utama Vita-Lea For Children Shaklee berbanding jenama lain adalah ianya tidak mengandungi perisa, pemanis dan pengawet tiruan. Perisa anggur yang digunakan adalah 100% bersumberkan semulajadi. Pemanis semulajadinya pula diperkaya dengan xylitol yang membantu mencegah kaviti. Setiap tablet juga adalah bebas gluten, maka ia sesuai untuk kanak-kanak yang alergik makanan berasaskan gandum. MANFAAT DAN KEBAIKAN: Melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan yang tidak dapat dipenuhi daripada pemakanan harian. Meningkatkan kesihatan secara menyelur

Apa faedah join ahli Shaklee ni?

Masih ramai yang belum tahu akan faedah dan kebaikan menjadi ahli Shaklee ni.Jika anda pengguna Shaklee amatlah rugi jika anda tidak mendaftar sebagai ahli.  Sebab apa rugi?? Sebab terlalu banyak kelebihan jika join ahli ni,bukan sahaja dapat beli dengan harga ahli yang jauh lebih murah (Shaklee telah melarang ahli berdaftar menjual pada harga ahli kepada yang bukan ahli bagi menjaga kebajikan ahli berdaftar, kalau ada juga yang menjual dengan harga ahli mereka boleh dikenakan tindakan),malah banyak sangat kelebihan lain yang akan anda dapat. Kalau aktif menjual,lagi la banyak masyukkk.Kalau nak makan sendiri je pun memang bagus. Bagaimana nak menyertai/ join ahli Shaklee?  Anda boleh memilih dua cara berikut: Mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran pendaftaran sebanyak RM75 (Semenanjung) dan RM85 (Sabah/Sarawak). Membeli produk Shaklee bernilai lebih kurang RM620 bersamaan 200uv dan anda akan mendapat keahlian percuma seumur hidup! Semua yang mendaf

Air banjir punca penyakit membahaya

Banjir besar yang berlaku di negara kita baru-baru ini di Kelantan,Terengganu,Pahang dan Perak disifatkan yang terburuk sejak berdekad lalu.Kejadian banjir itu begitu memilukan hati seluruh rakyat Malaysia.Bukan sahaja harta benda musnah,malah ada nyawa yang terkorban akibat arus deras yang menghanyutkan mangsa banjir. Tahukah anda atau sedarkah kita semua yang banjir merupakan antara punca utama berlakunya penyakit bawaan air seperti cirit-birit (gastroenteritis akut),kolera,tifoid,hepatitis A,disentri dan keracunan makanan akibat bekalan air dan penyediaan makanan yang tercemar. Air banjir yang bercampur dengan sampah-sarap serta najis menyebabkan ia tercemar dengan pelbagai jenis bakteria. Menurut pegawai Perubatan Am,Universiti Malaysia Sarawak (Unimas),Dr. Noor Baizura Jamali,penjagaan kesihatan dan sumber makanan dan minuman yang bersih amat penting pada ketika ini memandangkan penularan penyakit bawaan air mampu membawa maut. Cirit-birit yang merupakan antara simp

Don't wait!

Renung-renungkan dan selamat beramal. Jangan tunggu kalau nak berubah. Jangan tunggu kalau nak bahagia. Jangan tunggu nak melakar impian. Jangan tunggu kalau nak kaya. Jangan tunggu kalau nak berjaya. Masa tak menunggu kita,ianya akan terus berlalu.  "Sesungguhnya kerana masa ramai manusia dalam kerugian".

Apa itu Indeks Glisemik dan kepentingannya

GI diukur berdasarkan tindak balas glukosa dalam darah selepas makan sejumlah kandungan karbohidrat terkandung dalam makanan berbanding dengan jumlah karbohidrat yang sama dalam makanan rujukan (contoh roti putih atau glukosa). Setiap kali kita ambil makanan karbohidrat, tahap glukosa dalam darah akan meningkat untuk seketika dan kemudiannya kembali ke paras normal.  Berapa tinggi peningkatan dan berapa cepat tahap glukosa dalam darah kembali normal bergantung kepada GI makanan tersebut. Dengan memilih makanan rendah GI, kita sebenarnya membantu sistem badan untuk mengawal paras glukosa darah dalam imbangan.  Makan rendah GI yang mempunyai gred bawah 55, melambatkan penyerapan glukosa di usus kecil. Ini membuatkan kita berasa kenyang untuk masa lebih lama walaupun pengambilan saiz makanan yang kecil. TAHUKAH ANDA??? KESAN MAKANAN TINGGI INDEKS GLISEMIK (GI)? Makanan tinggi GI menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat secara mendadak serta kembali

Resolusi 2015 Aku adalahhh???

Selamat Tahun baru 2015 semua. Semoga kedatangan tahun baru ini akan memberi sejuta kebaikan pada kita semua.Semoga kita semua menggunakan kesempatan dan peluang bertemu tahun 2015 sebaiknya untuk dunia dan akhirat. Bercakap mengenai tahun baru,mesti kita semua teringat akan azam tahun baru. Betul tak? saya pun ada azam atau resolusi tahun baru. Bercakap mengenai resolusi 2015, saya mengharapkan apa yang saya rancang dan saya impikan untuk tahun2015 akan menjadi kenyataan sebelum bulan Disember 2015. Banyak yang saya impikan untuk tahun 2015 ini,terutamanya dari sudut bisnes Shaklee. Saya nak mengembangkan dan membesarkan group shaklee saya. Saya nak bantu lebih ramai orang untuk meningkatkan taraf ekonomi dan juga kesihatan mereka. Saya harap dipermudahkanlah saya untuk bertemu dengan lebih ramai orang yang betul-betul nak ambil peluang untuk buat bisnes Shaklee bersama-sama saya. Saya harap juga tahun 2015 ini,saya dapat bantu lebih ramai orang meningkatkan mutu kesihatan m

Testimoni Pengguna Alfalfa Complex

Kali ni nak share beberapa testimoni pengguna yang telah mengamalkan Alfalfa Complex secara konsisten dan sabar sehingga mendapat hasil yang diidamkan. layannnnn Alfalfa membantu membuang angin  berlebihan yang ada dalam badan. Alfalfa mengurangkan alergik. Alfalfa memainkan peranan dalam hubungan intim suami isteri. Lebih info mengenai Alfalfa sila  KLIK DI SINI   DISCLAIMER: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya Puan Zainah Mukhtar No ID : 1137968 Sms / WhatsApp: 019-2598492 FB: zainah mukhtar FB Page: zaizamrich vitashop  Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak. COD Bintulu, Niah & Bekenu

Manfaat Alfalfa untuk kesihatan

Alfalfa   Shaklee merupakan produk pertama sekali yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950-an. Maka   Alfalfa   Shaklee merupakan produk signature Shaklee Corporation.   Alfalfa atau dalam bahasa saintifiknya Medicago sativa adalah sejenis tanaman yang dimanfaatkan sebagai makanan untuk ternakan. Dikenali sebagai   Alfalfa   dibenua Amerika, ia juga dikenali sebagai lucerne di UK, Australia, Afrika Selatan dan New Zealand Alfalfa Complex Shaklee Kenapa Dr. Shaklee memilih   Alfalfa   Shaklee sebagai supplement pertama?   Alfalfa   merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan   Alfalfa   untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab   Alfalfa mempunyai banyak kebaikkan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak maka Dr. Shaklee merumuskan formula   Alfalfa menjadi supplement   Alfalfa   Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada jutaan manusia. Alfalfa adalah sejenis tanama