Skip to main content

Kuih nona manis sempoi

Kali ni nak kongsi resepi kuih nona manis pula. Sedap tau kuih ni, lemak manis dan masin..serasi bersama,hihiiii. Rupa kuih saya buat ni tidaklah cantik sebab pertama kali cuba dan saya tak dapat nak agak banyak mana nak letak adunan putih tu....ngam ngam jer adunan putih tu. Lain kali nak lebihkan buat adunan putih baru cunnnn...

Rupa memang takde...pestime try.

Resepi ni saya ambil dari blog kak Ita masam manis yang sangat pandai masak dan blog beliau yang sangat cantik tu. Jadi kepada yang nak cuba silakan ya,kita panjang-panjangkan resepi ni.


Kuih nona manis saya warna kuning sebab takde warna hijau epal... saya letak warna lemon yellow. Lain kali nak buat lagi,sebab tak puas makan...hihiii


KUIH NONA MANIS
Sumber : Azlita Masam Manis

Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan ~ campur air sikit jadikan 1 cawan
1 cawan tepung gandum
- Satukan semua bahan dlm blender n blend sampai halus

Bahan B
1/2 cawan santan pekat 
1/2 cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis (nak mudah, guna pandan paste n campur dgn air 1/2 cwn)
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple

Bahan C
1 cawan santan pekat ~ campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan pun boleh
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam


Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat
Tunggu dia suam sikit dan masukkan dlm piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )


Sebelum dikukus

Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung/masak.




Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan
Kukus selama 7 ~ 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan.




Selamat mencuba!


Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Benarkah Shaklee ni bisnes MLM yang menipu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share satu video mengenai MLM Shaklee dengan anda semua. Tapi sebelum tu nak juga bagitahu yang saya juga pernah terjebak dengan beberapa syarikat MLM yang lain. Saya pernah mendaftar sebagai ahli untuk beberapa buah syarikat lain. Syarikat apa? Biarlah rahsia...hihii. Tapi setakat ahli sahaja sebab selepas mendaftar ahli, saya akan di bawa ke syarikat mereka untuk dibagitahu "step" seterusnya untuk cepat naik pangkat. Wah time ni seronok tau sebab katanya cepat dapat naik pangkat dan income sangat lebat. Tapi tapi tapi bila dah tahu "step" yang seterusnya tu, saya terkedu. Mana tak, saya disuruh buat pinjaman dengan bank dengan sekian sekian amaun untuk beli pangkat iaitu beli stok banyak-banyak. Ya ampunnnn, saya mana boleh buat pinjaman bank sebab saya surirumah je. Kata mereka suruh jer suami yang buat...aduhhhh. Memang tak la suami nak terlibat. So harapan nak cari income lebih habis kat situ j...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...