Skip to main content

Resepi Kek Coklat Moist Kukus semudah ABC

Saya nak share resepi kek coklat moist kukus semudah ABC sahaja. Kek yang saya buatkan untuk Yaya bawa ke majlis sambutan Hari Guru di tadika dia khamis lepas.

Resepi yang amat mudah dan rasa yang sangat sedap. Saya sudah berpuluh kali mot guna resepi ni. Terbaik!




KEK COKLAT KUKUS BADARIAH
( sumber : Puan Badariah Ibrahim @ ResepiNet )

BAHANNYA :

Bahan A
     2 cwn tepung gandum
    1 cwn serbuk koko
    1 sudu teh baking powder
    1 sudu teh soda bikarbonat
    
Bahan B
    2 biji telur (Gred A)
    1 cwn gula pasir
    1 cwn susu pekat manis
    1 cwn minyak masak

Bahan C
    1 cwn air panas

CARANYA :


  1.  Satu bahan B dalam satu bekas dan pukul sehingga sebati  ( saya guna pakai mixer )
  2. Ayak bahan A. Masukkan ke bahan C, kacau sebati lagi 
  3. Last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi. Masukkan sedikit demi sedikit ya.
  4. Adunan siap sedia dikukus. (Saya bakar dalam bentuk kupkek)
  5. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Boleh test dengan mencucuk lidi ke dalam kek untuk tengok dah masak belum ya..Kukus dengan api yang sederhana perlahan. Pastikan air telah mendidih baru mula mengukus ya.


Untuk Topping : (saya tak buat)

    2 sudu majerin
    3 sudu besar susu cair @ air panas
    1/2 cawan serbuk koko
    4 sudu besar susu pekat

- Masak secara double boiler / biarkan sejuk sebentar & Curahkan atas kek.




*saya tak buat topping dan saya bakar kek ni dalam versi kupkek. suhu 175 selama 10-15 minit sahaja.

Selamat mencuba!
 

Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Benarkah Shaklee ni bisnes MLM yang menipu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share satu video mengenai MLM Shaklee dengan anda semua. Tapi sebelum tu nak juga bagitahu yang saya juga pernah terjebak dengan beberapa syarikat MLM yang lain. Saya pernah mendaftar sebagai ahli untuk beberapa buah syarikat lain. Syarikat apa? Biarlah rahsia...hihii. Tapi setakat ahli sahaja sebab selepas mendaftar ahli, saya akan di bawa ke syarikat mereka untuk dibagitahu "step" seterusnya untuk cepat naik pangkat. Wah time ni seronok tau sebab katanya cepat dapat naik pangkat dan income sangat lebat. Tapi tapi tapi bila dah tahu "step" yang seterusnya tu, saya terkedu. Mana tak, saya disuruh buat pinjaman dengan bank dengan sekian sekian amaun untuk beli pangkat iaitu beli stok banyak-banyak. Ya ampunnnn, saya mana boleh buat pinjaman bank sebab saya surirumah je. Kata mereka suruh jer suami yang buat...aduhhhh. Memang tak la suami nak terlibat. So harapan nak cari income lebih habis kat situ j...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...