Skip to main content

Resepi Kuih Serimuka Durian paling hot

Assalamualaikum dan salam ceria semua.

Kali ni saya nak share resepi kuih serimuka durian yang telah saya cuba.Resepi asal adalah daripada Chef Asma ...terima kasih chef. Bagi pengemar kuih talam dan durian wajib cuba tau..sangat-sangat sedap.

Sangat sedap..pengemar durian mesti suka

Baik punyer

Resepi Serimuka Durian
Resepi asal: Chef Asma
Sumber C&P:Kak Yatimemories
Dicuba oleh: Zai

Bahan2 utk lapisan bawah:
  • 500gm beras pulut - rendam 4 jam
  • 300ml santan
  • 300ml air
  • 2tsp garam
Cara2:
  1. Cuci beras pulut dan rendamkan 4 jam. (zai pakai beras pulut susu,rendam setengah jam jer)
  2. Tapis beras pulut dan tuang ratakan dlm loyang 10x10x3" bentuk 4 segi.
  3. Sebelum letak pulut, sapukan sedikit minyak di keliling loyang dan lapik loyang dengan plastik saiz 16x16"
  4. Tuang santan yang dah dah digaul dengan garam.
  5. Kukus selama 30 minit.
  6. Sementara tu, kita siapkan bahan2 untuk lapisan atas.
Bahan2 utk lapisan atas:

(A)
  • 140gm tepung beras
  • 60gm tepung ubi
  • 60gm tepung gandum
  • 140gm gula halus - saya guna 200gm gula halus (zai ikut kak yati)
  • 270ml santan
  • 470ml air
  • 1/4 tsp garam
  • 1/4 tsp alkaline water-saya guna air kapur (zai tak letak sebab takde stok)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
(B)
  • 100gm isi durian diblend dgn 100ml air
Cara2:
  1. Satukan semua bahan2 A ke dlm mangkuk besar dan tapis.
  2. Campurkan bahan2 A dengan bahan2 B.
  3. Letak pewarna kuning dan kacau rata.
  4. Masak dalam kuali dgn api perlahan hingga naik wap dan kacau selalu guna whisk.
  5. Tuangkan adunan ke atas permukaan lapisan bawah.Kukus selama 25 minit.
  6. Setelah siap, biarkan betul2 sejuk barulah potong kuih guna pisau plastik supaya cantik.
Selamat mencuba.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee ...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...

Set Kencing Tak Lawas Shaklee pilihan bijak!

Kencing Tak Lawas Kencing tidak lawas atau  dikenali sebagai Inkontinens Urinari (UI- urinary incontinence). Ia adalah dianggap normal bagi sesetengah orang oleh kerana mereka beranggapan ini bukanlah merupakan suatu penyakit. Memang benar, ia bukanlah suatu penyakit, tetapi ia merupakan tanda-tanda awal kepada suatu penyakit jika dibiarkan berlanjutan dan akan terus mengganggu gugat kesihatan dan kehidupan seseorang di kemudian hari nanti. H akikatnya sesiapa saja pernah mengalami pengalaman ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup tidak kira berapa pun usia mereka. Tanda-tanda penyakit kencing tak lawas Sakit di kemaluan bila hendak buang air kecil. Kerap terasa nak kencing tapi rasa tak puas kencing Air kencing terasa panas dan berasa pedih bila keluar Tak dapat tahan kencing. Tapi bila dah kencing rasa nak kencing lagi. Kesan daripada penyakit kencing tak lawas 1. Sakit di kemaluan bila hendak buang air kecil. 2. Kerap terasa nak kencing tapi rasa tak puas ke...