Skip to main content

Posts

Vivix punyer pasal suami asma dah jarang melawat hospital

Assalamualaikum dan salam ceri semua Kali ni nak kongsi cerita atau testimoni daripada seorang isteri yang suaminya pengidap asma sejak 15 tahun lalu dan asma yang diwarisi daripada keluarga. Penyakit asma ni bila ianya nak menyerang tak kira masa siang atau malam dan semestinya perlukan rawatan segera seperti amik nebulizer di hospital. Pesakit atau pengidap asma ni tak boleh terdedah kepada persekitaran yang berhabuk atau berdebu dan juga sensitif pada keadaan sejuk dan juga ada sesetengahnya alah pada sesetengah jenis makanan. Ok la tak nak cerita panjang korang baca la testimoni  daripada Puan Nurul Hidayah bagaimana suaminya kini dah jarang melawat hospital akibat daripada pengambilan  VIVIX  dan suplemen lain untuk membantu suami beliau yang mengidap asma. Testimoni Vivix dan Asma Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera... Saya Nurul Hidayah bt Zakaria, dan hari ni saya nak kongsikan kisah suami saya, Akmal bin Azmi, seorang penghidap asma sejak 15 ...

Nak berhenti merokok kena kuat dan tahan pancaroba

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Lama tak update info dan cerita baru kat sini.Mood berblog hilang ke laut daaaaa..... Tapi sekarang mood dah balik ke pangkal jalan...yahuuuuu. Ok saya buka nak cerita bab mood bagai ni, saya nak cerita tentang satu kisah yang sangat memberi inspirasi. kata orang kalau kita nak berubah ke arah kebaikan banyak la pancarobanya. Contohnya cerita abang Nasiruddin ni.  Beliau seorang suami dan seorang perokok tegar. Beliau yang ingin berubah dan hendak berhenti merokok telah melalui begitu banyak dugaan dan cabaran. Beliau telah melalui detik diejek oleh rakan-rakan semasa dalam proses nak berhenti merokok ni. Tak nak cerita panjang korang baca la kisah abang ni kat testimoni  VIVIX   ni ya... Testimoni VIVIX...Berhenti merokok Assalamualaikum…Semangat Pagi semua  ☺ Nama saya Nasiruddin Sulong (51th), seorang suami dan bapak 6 org anak. Disini saya ingin kongsikan pengalaman saya mengamalkan produk Shaklee yaitu...

Resepi Kuih Serimuka Durian paling hot

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni saya nak share resepi kuih serimuka durian yang telah saya cuba.Resepi asal adalah daripada Chef Asma  ...terima kasih chef. Bagi pengemar kuih talam dan durian wajib cuba tau..sangat-sangat sedap. Sangat sedap..pengemar durian mesti suka Baik punyer Resepi Serimuka Durian Resepi asal: Chef Asma Sumber C&P: Kak Yatimemories Dicuba oleh: Zai Bahan2 utk lapisan bawah: 500gm beras pulut - rendam 4 jam 300ml santan 300ml air 2tsp garam Cara2: Cuci beras pulut dan rendamkan 4 jam. (zai pakai beras pulut susu,rendam setengah jam jer) Tapis beras pulut dan tuang ratakan dlm loyang 10x10x3" bentuk 4 segi. Sebelum letak pulut, sapukan sedikit minyak di keliling loyang dan lapik loyang dengan plastik saiz 16x16" Tuang santan yang dah dah digaul dengan garam. Kukus selama 30 minit. Sementara tu, kita siapkan bahan2 untuk lapisan atas. Bahan2 utk lapisan atas: (A) 140gm tepung beras...

Kawal kolestrol berlebihan dengan suplemen mampu milik

Apa itu Kolestrol? Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati. Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron. Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah. Kolesterol Jahat , Kolesterol Baik Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kol...

Resepi kuih Cara Manis yang senang dan sedap

Assalamualaikum dan salam ceria semua.Kali ni saya nak nak share resepi kuih Cara Manis yang sedap dan sedap. Semua orang mesti boleh buat punyer.Bahan-bahan yang memang sentiasa ada dalam dapur kita semua. Kuih Cara Manis sedap Resepi asal saya ambil daripada blog  CMG  . Saya kongsikan di sini pula ya.Terima kasih pada CMG,halalkan resepinya ya. Rasanya yang lemak manis...sedappppp Resepi Kuih Cara Manis Sumber:  Dapur CMG Dicuba oleh: Zai @  dapur Zai BAHAN-BAHANNYA :-) 2 cawan tepung gandum 3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh) zai pakai santan kotak jer 2 biji telur 3 helai daun pandan (boleh gantikan dengan 1 st paste pandan..option) Beberapa titik pewarna hijau Gula pasir secukupnya, sebagai inti Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin) Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan Acuan kuih cara atau acuan kuih bahulu bentuk cermai Tudung periuk untuk diguna sebagai penutup acuan kuih CARA MEMBUATNYA ...

Resepi kek Gula Hangus semudah ABC

Kek gula hangus atau kek sarang semut sangat diminati ramai. Sangat mudah untuk membuatnya, semudah abc ajer dan bahan-bahan pun tak banyak. Sangat sedap untuk dinikmati diwaktu petang atau bila-bila masa di mana-mana sahaja. Tak jemu dan tak muak bila dimakan. Walaupun saya kata semudah abc, ada juga yang yang mencuba buat kek sarang semut ni dan  tak berjaya mendapatkan sarang yang cantik. Tak tahu mana silapnya,tapi diharapkan anda tak berputus asa untuk mencuba lagi dan ikut seperti resepi, yang penting jangan menderhaka...hihiii Kek ini mempunyai raya yang kenyal, warna yang agak gelap dan mestilah bersarang..macam sarang semut..hihiii. Kata orang, kalau kejadiannya gebu macam kek sponge, maka tak menjadilah kek gula hangus ni. Ianya harus kenyal. Banyak tips dan teknik nak buat kek ni yang dikongsikan oleh otai-otai kita,anda boleh google sendiri la ya. Ada yang kukus juga kek ni. Ada yang tak pukul telur sampai kembang, masih juga mendapat hasil yang tip top. Say...

Sindrom X suka orang perut buncit???

Sindrom X   atau Sindrom metabolik atau juga dipanggil Sindrom Rintangan Insulin (Insulin Resistance Syndrome) . Sindrom X adalah keadaan di mana insulin yang dirembeskan gagal menghasilkan tindakbalas fisiologi yang cukup daripada sel-sel otot, lemak dan hati. Masalah ini berpunca daripada kesan turun naik melampau paras gula dalam darah beberapa kali dalam masa sehari yang disebabkan oleh stimulasi insulin yang berlebihan.  Sindrom X terjadi akibat pemakanan yang tinggi dengan karbohidrat yang mempunyai GI yang tinggi   (Indeks Glisemik) secara berterusan bertahun-tahun lamanya.Akhirnya akan menyebabkan keadaan pra-diabetik, meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, kolesterol dan penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus). Apa itu Indeks Glisemik Diperkenalkan pada tahun 1981 oleh seorang ahli sains bernama Dr. Jenkins. Beliau telah menerangkan konsep GI ini dalam Jurnal Perubatan Nutrisi Klinikal Amerika (American Journal of Clinical Nutrition) s...