Skip to main content

Vivix punyer pasal suami asma dah jarang melawat hospital

Assalamualaikum dan salam ceri semua

Kali ni nak kongsi cerita atau testimoni daripada seorang isteri yang suaminya pengidap asma sejak 15 tahun lalu dan asma yang diwarisi daripada keluarga. Penyakit asma ni bila ianya nak menyerang tak kira masa siang atau malam dan semestinya perlukan rawatan segera seperti amik nebulizer di hospital. Pesakit atau pengidap asma ni tak boleh terdedah kepada persekitaran yang berhabuk atau berdebu dan juga sensitif pada keadaan sejuk dan juga ada sesetengahnya alah pada sesetengah jenis makanan. Ok la tak nak cerita panjang korang baca la testimoni daripada Puan Nurul Hidayah bagaimana suaminya kini dah jarang melawat hospital akibat daripada pengambilan VIVIX dan suplemen lain untuk membantu suami beliau yang mengidap asma.

Testimoni Vivix dan Asma




Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera...

Saya Nurul Hidayah bt Zakaria, dan hari ni saya nak kongsikan kisah suami saya, Akmal bin Azmi, seorang penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas.. Dan asmanya diwarisi daripada keluarga.
.
Berkahwin dengan seorang penghidap asma tegar, membuatkan saya tidak senang duduk apabila suami saya diserang asma. Sejak awal perkahwinan kami, saya agak takut setiap kali asmanya menyerang. Suami saya tak boleh mengalami perubahan cuaca yang terlalu drastik (dari sejuk ke panas dan sebaliknya), berurusan dengan persekitaran yang berhabuk dan berdebu serta tidur dalam penghawa dingin terlalu lama. Kadang-kadang kalau silap makan pun, lelahnya boleh menyerang.
.
Lelahnya sering menyerang ketika waktu malam. Kadang-kadang pukul 3 pagi, nafas suami saya berbunyi. Memang sangat menakutkan. Dia saya perhatikan sangat susah untuk bernafas. Dan setiap nafas yang disedut, sangat pendek. Dan di tengah malam tu juga, saya terpaksa drive ke hospital untuk dapatkan rawatan. Walaupun suami saya dibekalkan inhaler oleh doktor, namun ada kalanya lepas 3 kali pam inhaler pun tetap tak berkurang.
.
Hampir setahun dua juga saya berulang alik ke hospital membawa suami saya untuk ambil nebulizer. Boleh dikatakan hampir setiap bulan kami perlu ke hospital. Malah lelahnya semakin hari makin terul dan kerap. Tiada sebarang perubahan. Malah, kalau kami tak ke hospital, suami saya langsung tak boleh baring sebab terlalu sukar nak bernafas.
.
Isteri mana yang tak sayangkan suami sendiri kan? Dalam keadaan yang cukup merisaukan, saya tergerak hati untuk cuba berikan Shaklee kepada suami saya. Saya mula buat beberapa bacaan dan akhirnya saya memilih untuk konsisten dengan Vivix, Vitamin C, Omega Guard & Coq Health.
.
Setelah hampir 3 ke 5 bulan konsisten, saya mula perasan yang suami saya dah jarang pergi hospital untuk neb. Kalau tak dulu, dalam sebulan mesti kena ke hospital. Semakin lama suami saya konsisten, saya perhatikan hospital bukan lagi tempat lawatan kami.. Malah, bila lelah mula datang, dia hanya pam sekali dengan inhaler. Dan lelahnya berkurangan.
.
Saya sangat teruja.. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberikan peluang kepada kami untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat. Kini, saya lebih gembira bila suami saya dah jarang diserang asma. Saya juga tidak risau seperti dulu, bila suami saya lelah sampai susah nak bernafas. Dan kini, rasanya dalam setahun, baru sekali dua je suami saya perlu ke hospital untuk neb.
.
Walaupun saya tahu, penyakit asma tidak boleh diubati, tetapi sekurang-kurangnya suami saya semakin sihat dan asmanya datang sekali sekali dan tidak teruk seperti dahulu. Syukur Alhamdulillah. Penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas telah mendapat kesihatan yang lebih baik sekarang.
.
Sekarang, saya konsisten berikan Omega Guard kepada anak-anak saya. Itulah salah satu usaha yang saya lakukan untuk mereka.. Semoga anak-anak saya bebas daripada asma. InsyaAllah..

Terima Kasih Shaklee.. Kami sayang Shaklee..


Kredit testimoni kepada FB Supermom Shaklee Story



DISCLAIMER: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. 

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya 

Puan Zainah Mukhtar
 No ID : 1137968
 Sms / WhatsApp: 019-2598492
Ig: harihari_vitamin
 FB Page: zaizamrich vitashop
 Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.
 COD Bintulu, Niah & Bekenu 


💗

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee

SERIMUKA PANDAN

Serimuka Pandan Kuih talam serimuka pandan yang sedap ni resepi daripada Chef Asma.Saya panjangkan pula di sini. Saya memang pengemar kuih talam serimuka ni,anak-anak pun suka,lagi la bersemangat nak buat. Potong kecil2 senang nak makan. Resepi Talam Seri Muka Sumber: Chef Asma Dr Dapur: Damai Qalbu (Loyang 10x10x2") Bahan Lapisan Bawah: 500 gm beras pulut 250ml santan pekat (asal 300ml) 250 ml air (asal 300 ml) 1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar) Cara: 1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(pulut susu rendam 1 jam) 2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering. 3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit. 4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati. 5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat. 6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan) Bahan Lapisan Atas: Bahan A 250 gm gula kastor/

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Profesio