Sindrom X atau Sindrom
metabolik atau juga dipanggil Sindrom Rintangan Insulin (Insulin Resistance
Syndrome). Sindrom X adalah keadaan di mana insulin yang dirembeskan gagal
menghasilkan tindakbalas fisiologi yang cukup daripada sel-sel otot, lemak dan
hati. Masalah ini berpunca daripada kesan turun naik melampau paras gula dalam
darah beberapa kali dalam masa sehari yang disebabkan oleh stimulasi insulin
yang berlebihan.
Sindrom X terjadi akibat pemakanan yang tinggi dengan karbohidrat yang
mempunyai GI yang tinggi (Indeks Glisemik) secara berterusan bertahun-tahun lamanya.Akhirnya akan
menyebabkan keadaan pra-diabetik, meningkatkan risiko penyakit jantung koronari,
kolesterol dan penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus).
Apa itu Indeks Glisemik
Diperkenalkan pada tahun 1981 oleh seorang ahli sains bernama Dr. Jenkins. Beliau telah menerangkan konsep GI ini dalam Jurnal Perubatan Nutrisi Klinikal Amerika (American Journal of Clinical Nutrition) sebagai panduan untuk seseorang mengekalkan kestabilan gula dalam darah. Beliau telah mengklasifikasikan karbohidrat berdasarkan bagaimana tubuh manusia bertindakbalas kepadanya.
Diperkenalkan pada tahun 1981 oleh seorang ahli sains bernama Dr. Jenkins. Beliau telah menerangkan konsep GI ini dalam Jurnal Perubatan Nutrisi Klinikal Amerika (American Journal of Clinical Nutrition) sebagai panduan untuk seseorang mengekalkan kestabilan gula dalam darah. Beliau telah mengklasifikasikan karbohidrat berdasarkan bagaimana tubuh manusia bertindakbalas kepadanya.
Kadar penyerapan karbohidrat dan kepantasannya menjadi glukosa dalam
darah dikira sebagai satu indeks atau petunjuk. Indeks ini dipanggil Indeks
Glisemik (GI). GI menunjukkan kedudukan makanan dalam skala 0 hingga 100
mengikut paras sesuatu makanan itu menaikkan paras gula dalam darah selepas ia
di makan.
Kadar kenaikan paras gula dalam darah dikira dengan teknik yang
ditetapkan. Beliau telah mendefinisi GI sebagai kadar kenaikan paras gula dalam
darah selepas pengambilan makanan yang diuji dibandingkan dengan makanan yang
ditetapkan standard (ie: glukosa = 100)
Apabila kita makan makanan yang mempunyai GI tinggi, kadar kenaikan
paras glukosa dalam darah yang pantas akan menyebabkan paras glukosa memuncak.
Insulin akan dirembeskan sebagai tindakbalas tubuh kerana paras gula yang
memuncak untuk menurunkan paras glukosa ini dengan segera. Tubuh manusia tidak
sepatutnya mempunyai paras gula yang terlalu tinggi dalam darah. Hanya sebahagian
dapat digunakan sebagai tenaga dan selebihnya akan disimpan sebagai lemak.
Lemak yang tersimpan tidak akan digunakan sebagai sumber tenaga utama malah akan terus disimpan dan berkumpul
semakin lama semakin banyak. Lemak yang terkumpul ini terutamanya di dalam
bahagian abdomen dan di sekeliling organ dalaman manusia. Keadaan ini akan
menyebabkan seseorang kelihatan ‘buncit’.. Tubuh akan mula merasa lapar
semula apabila paras gula turun mendadak dan ini menyebabkan rasa lapar yang
berulang-ulang walaupun baru makan beberapa jam sebelumnya.
Keadaan yang berterusan ini dipanggil Stress Glisemik (glycemic stress). Berlakunya peningkatan aktiviti radikal bebas apabila berlakunya inflamasi sel endotelium saluran darah akibat meningkatnya paras gula dalam darah selepas makan makanan karbohidrat yang mempunyai GI tinggi. Kesan ini menyebabkan ‘stress oksidasi’ kepada sel dinding saluran darah arteri dan kapilari. Kesan secara berulang-ulang ini akhirnya menyebabkan kerosakan pada dinding sel dan bermulanya masalah ‘rintangan insulin’.
Amat mudah kita lihat tanda-tanda di atas dalam masyarakat kita sekarang terutamanya apabila umur telah meningkat melebihi dari 30 tahun. Berat badan mula bertambah, saiz pinggang bertambah dan perut semakin buncit. Ujian darah menunjukkan paras kolesterol yang tinggi. Ini adalah tanda-tanda anda mempunyai Sindrom ‘X’ yang meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Jadi tidak hairanlah di dalam masyarakat kita sekarang ramai yang kita dengar mendapat serangan jantung seawal usia 30an dan 40an.
lemak di perut |
Untuk mencegah Sindrom ‘X’ ini daripada melarat hingga mendapat penyakit
kronik yang lebih serius, pengambilan makanan yang mempunyai Indeks Glisemik
yang rendah amat penting dalam rutin pemakanan kita. Kita perlu mengurangkan
pengambilan gula, kurangkan minuman yang manis, kurangkan makan makanan proses,
kurangkan pengambilan makanan berasaskan tepung gandum dan makanan segera.
Lebihkan sayur-sayuran , buah-buahan dan makanan yang mempunyai kandungan serat
yang tinggi. Mengurangkan pengambilan gula adalah yang paling utama kerana
penggunaan gula yang berlebihan adalah punca utama kepada masalah Sindrom’X’
ini.
Suka saya nak kongsikan dengan anda semua bahawa di Shaklee ada makanan tambahan yang rendah GI bagus untuk diamalkan demi menjaga kesihatan. Ianya adalah ESP Shaklee. ESP Shaklee ni GI nya iaitu hanya 39 sahaja, ianya tiada kolestrol, dihasilkan daripada soya yang non GMO, sangat tinggi kandungan proteinnya, tanpa lactosa dan bebas pengawet dan pemanis. Nak tahu lebih detail mengenai ESP ni silalah ke SINI
Nak tengok testimoni boleh ke TESTIMONI ESP
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi
tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang
betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar
Bintulu, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Bintulu,
Sarawak.
Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar
sebagai ahli/pengedar sah Shaklee.
Puan Zainah Mukhtar
No ID : 1137968
Sms / WhatsApp: 019-2598492
FB: zainah mukhtar
FB Page: zaizamrich
vitashop
Pengedar Sah Shaklee di
Bintulu, Sarawak.
COD Bintulu, Niah &
Bekenu
POSLAJU seluruh MALAYSIA
DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan
untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.
Comments
Post a Comment