Skip to main content

Posts

Resepi kek Gula Hangus semudah ABC

Kek gula hangus atau kek sarang semut sangat diminati ramai. Sangat mudah untuk membuatnya, semudah abc ajer dan bahan-bahan pun tak banyak. Sangat sedap untuk dinikmati diwaktu petang atau bila-bila masa di mana-mana sahaja. Tak jemu dan tak muak bila dimakan. Walaupun saya kata semudah abc, ada juga yang yang mencuba buat kek sarang semut ni dan  tak berjaya mendapatkan sarang yang cantik. Tak tahu mana silapnya,tapi diharapkan anda tak berputus asa untuk mencuba lagi dan ikut seperti resepi, yang penting jangan menderhaka...hihiii Kek ini mempunyai raya yang kenyal, warna yang agak gelap dan mestilah bersarang..macam sarang semut..hihiii. Kata orang, kalau kejadiannya gebu macam kek sponge, maka tak menjadilah kek gula hangus ni. Ianya harus kenyal. Banyak tips dan teknik nak buat kek ni yang dikongsikan oleh otai-otai kita,anda boleh google sendiri la ya. Ada yang kukus juga kek ni. Ada yang tak pukul telur sampai kembang, masih juga mendapat hasil yang tip top. Say...

Sindrom X suka orang perut buncit???

Sindrom X   atau Sindrom metabolik atau juga dipanggil Sindrom Rintangan Insulin (Insulin Resistance Syndrome) . Sindrom X adalah keadaan di mana insulin yang dirembeskan gagal menghasilkan tindakbalas fisiologi yang cukup daripada sel-sel otot, lemak dan hati. Masalah ini berpunca daripada kesan turun naik melampau paras gula dalam darah beberapa kali dalam masa sehari yang disebabkan oleh stimulasi insulin yang berlebihan.  Sindrom X terjadi akibat pemakanan yang tinggi dengan karbohidrat yang mempunyai GI yang tinggi   (Indeks Glisemik) secara berterusan bertahun-tahun lamanya.Akhirnya akan menyebabkan keadaan pra-diabetik, meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, kolesterol dan penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus). Apa itu Indeks Glisemik Diperkenalkan pada tahun 1981 oleh seorang ahli sains bernama Dr. Jenkins. Beliau telah menerangkan konsep GI ini dalam Jurnal Perubatan Nutrisi Klinikal Amerika (American Journal of Clinical Nutrition) s...

Kenapa saya pilih kalsium ni?

Saya tak pernah mengambil apa-apa suplemen kalsium sehinggalah saya bertemu dengan kalsium bernama Ostematrix ni. Saya berani mencuba untuk mengambilnya kerana saya tahu akan tahap jaminan keselamatan dan keberkesanannya. mana boleh ambil suplemen sebarangan, takut la dengan kesan jangkamasa panjangnya nanti.Ok, jom lihat kenapa saya pilih Ostematrix bukan kalsium yang lain. Ostematrix Shaklee suplemen kalsium terbaik. Fakta mengenai Ostematrix Shaklee ini : Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan. Ostematrix Shaklee ini membekalkan tubuh kita dengan : 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang ...

Kuih nona manis sempoi

Kali ni nak kongsi resepi kuih nona manis pula. Sedap tau kuih ni, lemak manis dan masin..serasi bersama,hihiiii. Rupa kuih saya buat ni tidaklah cantik sebab pertama kali cuba dan saya tak dapat nak agak banyak mana nak letak adunan putih tu....ngam ngam jer adunan putih tu. Lain kali nak lebihkan buat adunan putih baru cunnnn... Rupa memang takde...pestime try. Resepi ni saya ambil dari blog kak Ita masam manis yang sangat pandai masak dan blog beliau yang sangat cantik tu. Jadi kepada yang nak cuba silakan ya,kita panjang-panjangkan resepi ni. Kuih nona manis saya warna kuning sebab takde warna hijau epal... saya letak warna lemon yellow. Lain kali nak buat lagi,sebab tak puas makan...hihiii KUIH NONA MANIS Sumber : Azlita Masam Manis Bahan A 1 biji telur 1/2 cawan gula halus 1 cawan santan ~ campur air sikit jadikan 1 cawan 1 cawan tepung gandum - Satukan semua bahan dlm blender n blend sampai halus Bahan B 1/2 cawan santan pekat   1/2 cawan air pand...

Kekurangan potassium akan meningkatkan risiko penyakit kronik.

Potassium adalah salah satu mineral penting untuk tubuh manusia berfungsi dengan baik. Kita tidak harus mengabaikan pengambilan potassium dalam diet harian kita. Selain dari bertindak sebagai electrolit, mineral ini diperlukan untuk mengekalkan jantung, otak, buah pinggang, tisu-tisu otot dan organ-organ penting yang lain dalam badan dalam keadaan yang baik. Selain itu, potassium yang mencukupi membantu kestabilan tekanan darah, menguatkan tulang dan merendahkan risiko penyakit strok. Sebaliknya , apabila kekurangan potassium pula akan mengancam kesihatan buah pinggang serta mengganggu fungsi jantung, akan mengalami sembelit, kekejangan, lemah sendi dan mudah berasa letih. Ada kajian menunjukkan kekurangan potassium akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit darah tinggi. Jadi,pastikan anda mendapat potassium yang mencukupi bagi mengelakkan mendapat penyakit kronik seperti darah tinggi dan strok sebagai contoh. Bagi kaum wanita sendiri, mereka memerlukan 4 7...

Kekurangan zat besi pada wanita boleh menyebabkan penyakit lemah jantung

Tahukah anda bahawa zat besi merupakan sumber utama dalam pembuatan sel darah merah, zat besi amat penting khasnya bagi wanita. Sebab apa penting kepada wanita? Ini kerana wanita sering kehilangan zat besi akibat haid. Wanita hamil juga memerlukan zat besi yang mencukupi untuk menghasilkan sel darah merah yang cukup disepanjang tempoh kehamilan mereka. Jika tidak mencukupi,ianya boleh membahyakan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan. Kekurangan zat besi akan mempengaruhi pengeluaran sel darah merah, menyebabkan anemia serta kekurangan oksigen yang membuatkan seseorang itu : Pucat Mudah letih Lemah daya ingatan Rambut gugur Kurang daya ketahanan tubuh Jika keadaan kekurangan zat besi ini dibiarkan berlarutan, ianya akan membawa kepada penyakit lemah jantung. Zat besi yang diperolehi daripada daging, hati, kerang, telur ayam, kekacang dan sayuran hijau adalah paling ideal untuk tubuh. Pakar Pemakanan Dee Sandquist dari American Dietetic Association, menjelaskan unt...

Tips atasi masalah mudah lupa ketika hamil

Ramai di antara wanita hamil mengakui, sering mengalami masalah lupa sepanjang tempoh kehamilan. Malah ada yang lebih menjadi pelupa selepas bersalin. Adakah ini benar atau sekadar satu kepercayaan semata-mata? Ada kajian yang dijalankan dan diterbitkan oleh The Australian Journal of Advanced Nursing menunujukkan terdapat 68 peratus daripada responden kaji selidik dilaporkan mengalami perubahan memori. Sebanyak 54 peratus dilaporkan mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan dan 52 peratus lagi dilaporkan mengalami masalah lupa ketika sedang hamil. Bagaimanapun, anda tidak perlu risau terhadap masalah lupa ketika hamil kerana ia bukan satu masalah serius seperti Alzheimer. Ia hanya masalah kecil yang tidak perlu dikhuatirkan dan tidak menjejaskan memeori anda secara langsung. 5 tips atasi masalah pelupa semasa hamil 1 Buat Senarai Pendek atau Notis Sesetengah wanita lebih gemar membuat senarai pendek terhadap setiap perkara yang perlu dilakukan sepertii bil yang...