Skip to main content

Tips atasi masalah mudah lupa ketika hamil

Ramai di antara wanita hamil mengakui, sering mengalami masalah lupa sepanjang tempoh kehamilan. Malah ada yang lebih menjadi pelupa selepas bersalin. Adakah ini benar atau sekadar satu kepercayaan semata-mata?



Ada kajian yang dijalankan dan diterbitkan oleh The Australian Journal of Advanced Nursing menunujukkan terdapat 68 peratus daripada responden kaji selidik dilaporkan mengalami perubahan memori. Sebanyak 54 peratus dilaporkan mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan dan 52 peratus lagi dilaporkan mengalami masalah lupa ketika sedang hamil.

Bagaimanapun, anda tidak perlu risau terhadap masalah lupa ketika hamil kerana ia bukan satu masalah serius seperti Alzheimer. Ia hanya masalah kecil yang tidak perlu dikhuatirkan dan tidak menjejaskan memeori anda secara langsung.

5 tips atasi masalah pelupa semasa hamil

1 Buat Senarai Pendek atau Notis
Sesetengah wanita lebih gemar membuat senarai pendek terhadap setiap perkara yang perlu dilakukan sepertii bil yang akann dibayar, barang yang perlu dibeli dan sebagainya. Ia adalah cara terbaik untuk mengelakkkan anda daripada terlupa. Jadi senarai pendekkan pada kertas bagi memudahkan anda mengingati perkara yang penting yang perludilakukan.

2 Beri Komitmen
Cuba atasi dengan cara positif. Tidak perlu rasa bersalah kerana masalah lupa anda tetapi cuba beri komitmen untuk mengingati setiap perkara. Anda tidak perlu rasa takut untuk hamil atau menyalahkan kandungan anda sebagai punca anda lupa banyak perkara.
 
3 Banyakkan Rehat dan Tidur.
Kurang tidur juga dikatakan menyumbang kepada masalah lupa. Imsonia dan keletihan adalah lumrah di kalangan wanita hamil terutama di trimester pertama dan ketiga. Masalah lupa juga dikenalpasti berlaku pada fasa ini dan dipercayai berkait rapat dengan masalah tidur yang tidak selesa dan sering keletihan. Bagaimanapun, tiada kajian khusus yang dapat membuktikan wujudnya kaitan kepada dua perkara ini. Jadi anda tak perlu risau sangatlah ya.

4 Elak Minum kafein dan Tidur Awal
Jika masalah keletihan dikatakan menyumbang kepada masalah lupa, jadi anda hanya perlu banyakkan rehat. Ia adalah satu-satunya penawar agar anda dapat tidur dengan nyenyak. Jadi elakkan sama sekali mengambil minuman berkafein sebelum masuk tidur. Masuk tidur lebih awal pada waktu malam dan cuba curi masa untuk tidur seketika di waktu siang.  Biarpun sekejap ia dapat membantu anda mengurangkan masalah lupa.

5 Cuba Relaks dan Usah Terlalu Risau dengan masalah ini
Masalah ini akan hilang dengan sendiri selepas proses kelahiran. Segalanya akan kembali normal dan ingatan anda akan pulih sedikit demi sedikit menjadi seperti sediakala. Adalah lumrah manusia biasa kita akan juga mengalami maslaah lupa ni, biarpun tidak hamil. Ia bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana kita menanggani dan menghadapinya dengan cara yang positif.

Saya nak juga kongsikan dengan anda semua bagaimana saya meningkatakan daya ingatan saya atau cara saya menjaga kesihatan otak atau memori saya selepas melahirkan 4 orang cahayamata. Saya mengamalkan suplemen selain menggamalkan cara hidup sihat. Antara suplemen yang saya amalkan ialah LECITHIN dan juga OMEGA GUARD . Kedua-dua suplemen ini sangat membantu saya dalam menjaga kesihatan dan memori otak saya. Nak tahu lebih lanjut mengenai suplemen yang saya amalkan ni boleh klik pada OMEGA GUARD atau LECITHIN .




Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Bintulu, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Bintulu, Sarawak.
Jimat 15% - 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee.

Puan Zainah Mukhtar
No ID : 1137968
Sms / WhatsApp: 019-2598492
FB: zainah mukhtar
FB Page: zaizamrich vitashop
Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.
COD Bintulu, Niah & Bekenu
POSLAJU seluruh MALAYSIA

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.


Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Benarkah Shaklee ni bisnes MLM yang menipu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share satu video mengenai MLM Shaklee dengan anda semua. Tapi sebelum tu nak juga bagitahu yang saya juga pernah terjebak dengan beberapa syarikat MLM yang lain. Saya pernah mendaftar sebagai ahli untuk beberapa buah syarikat lain. Syarikat apa? Biarlah rahsia...hihii. Tapi setakat ahli sahaja sebab selepas mendaftar ahli, saya akan di bawa ke syarikat mereka untuk dibagitahu "step" seterusnya untuk cepat naik pangkat. Wah time ni seronok tau sebab katanya cepat dapat naik pangkat dan income sangat lebat. Tapi tapi tapi bila dah tahu "step" yang seterusnya tu, saya terkedu. Mana tak, saya disuruh buat pinjaman dengan bank dengan sekian sekian amaun untuk beli pangkat iaitu beli stok banyak-banyak. Ya ampunnnn, saya mana boleh buat pinjaman bank sebab saya surirumah je. Kata mereka suruh jer suami yang buat...aduhhhh. Memang tak la suami nak terlibat. So harapan nak cari income lebih habis kat situ j...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...